Bab 23

2.1K 89 0
                                    

Zariel Iqbal tiba di rumah pada malam itu. Sengaja dia pulang lewat malam.Dia mahu memberikan ruang untuk Hayfa Natalia.

Kelihatan rumah itu sungguh sunyi sepi.Kelibat gadis itu dicari.

"Hayfa?"

"Kau kat mana?"

Dia menuju ke dapur.

Kosong.

Kaki diatur ke arah anak tangga.

Dia memberanikan dirinya untuk ke bilik gadis itu.

"Hayfa?"

"Aku kat luar bilik kau ni.."

Tombol pintu bilik gadis itu dipulas.

"Hayfa!"

Namun,tetap sama.

Kosong.

Ke mana gadis itu pergi?Dia teringat kejadian siang tadi.Adakah gadis itu sudah pergi meninggalkan dirinya?

Dia mula membuka almari pakaian gadis itu.Kosong.

"Mana kau pergi ni,Hayfa?Kenapa kau tinggalkan aku?Aku perlukan kau di sisi aku,Hayfa.."

Dia kembali menutup almari pakaian itu.Dia duduk di atas katil.

"Aku akan tunggu kepulangan kau.." nekadnya.

***

Dua tiga hari itu,keadaan Zariel Iqbal tidak bermaya.Sungguh kusut.Dia melangkah masuk ke bilik yang menempatkan papanya.

"Zarièl,sampai bila nak macam ni?Lupakanlah si Hayfa tu.Kalau betul dia isteri yang baik,dia takkan tinggalkan kamu macam ni.." ujar Puan Farah  risau melihat keadaan anak lelakinya tidak terurus itu.

"Zariel akan tunggu Hayfa.Mama jangan risau ye?" balas Zariel Iqbal perlahan sambil sempat menghadiahkan senyuman manis kepada mamanya.

Dia mula mengatur langkah untuk ke bahagian sofa yang ada bilik itu.Di saat itu,dia berasa kepalanya berpinar-pinar.Langkahnya juga sudah tidak berapa betul.

Dia kemudian rebah.

Terkejut Puan Farah dibuatnya.Segera dia mendapatkan anak lelakinya itu.

"Zariel?!"

"Zariel kenapa ni?!"

***

Zariel Iqbal ditempatkan di wad.Dia terbaring lemah di atas katil dengan keadaan begitu pucat.

Kata doktor anak lelakinya itu keletihan dan demam.Itu yang menyebabkan anaknya itu jatuh pengsan.

Dia jadi risau kerana rasanya pada tahun itu kerap sangat Zariel demam.Takut sekiranya anak lelakinya itu ada penyakit lain.

Dia mengusap lembut ubun-ubun kepala Zariel Iqbal.

"Beratnya ujian mama,sayang.Anak dan suami mama sakit.Mama tak dapat bayangkan kalau dua-dua kesayangan mama ni pergi tinggalkan mama.." ujarnya sendirian.

Zara Ilyana yang baru tiba di bilik abangnya itu terdengar kata-kata mamanya.

"Ma.."

Bahu mamanya disentuh lembut.

"Zara.."

"Erm..mama jaga papa.Biar Zara jaga abang.." katanya memberi cadangan.

"Ye lah,nanti apa-apa bagitahu mama ye?Zariel,mama jenguk papa dulu.Nanti ada masa mama jenguk Zariel pula.." ujar Puan Farah sambil sempat mengucup lembut dahi anak lelakinya itu.

Dia mula melangkah pergi.

Zara Ilyana mengambil tempat di sisi abangnya.Dia memerhati abangnya.

"Sayang betul kan abang pada Kak Hayfa?Mungkin Zara tak faham apa yang sedang abang lalui tapi Zara sentiasa sokong apa sahaja keputusan abang.." ujarnya tidak lama kemudian.

"Abang jangan tinggalkan kami tau?Zara tak tahu hidup Zara dengan mama kalau abang dengan papa pergi.Siapa nak jaga kami?Zara minta maaf kalau selama ni Zara ada kurang ajar dengan abang.."

Air matanya mula mengalir.

"Zara sayàng abang.Terima kasih sebab jadi abang yang paling terbaik untuk Zara.."

Tiba disaat itu,Zariel Iqbal mula menggerakkan jari jemarinya.Kelopak matanya juga dibuka.

Segera Zara Ilyana menyeka air matanya.Malu dia jika abangnya tahu dia menangis.

"Zara?"

Zariel Iqbal membangunkan tubuhnya dari pembaringan.

"Abang?Abang nak ke mana ni?Abang kan tak sihat lagi.." soal Zara Ilyana pelik dan risau akan keadaaan abangnya.

"Kak Hayfa mana?Abang nak jumpa dia.."

Mata Zariel Iqbal meliar mencari kelibat gadis itu.

"Abang lupa eh?Kak Hayfa kan pergi bawa diri.Zara pun tak tahu ke mana Kak Hayfa pergi.Abang jangan lah macam ni.Zara yakin satu hari nanti Kak Hayfa akan kembali ke pangkuan abang semula.Sekarang ni,abang rehat dulu.Okay?" pujuk Zara Ilyana.

Zariel Iqbal hanya menuruti kata-kata adiknya.Tubuhnya kembali dibaringkan.

'Semoga hati kau kembali lembut,Hayfa.Aku rindukan kau..' getusnya di dalam hati.


T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now