"Apa?!"
Suara Hayfa Natalia bergema di ruang tamu itu.Sungguh dia terkejut dengan khabar berita yang diterimanya.
"Apa salahnya Zariel duduk rumah kita?Lagipun,kamu berdua senang nak ke sekolah bersama.." ujar Encik Fauzan.
"Salah,ayah.Hayfa tak nak dia duduk sini.Macam lah dia nak sangat duduk rumah kita ni.." kata Hayfa Natalia yang masih tidak berpuas hati dengan cadangan ayahnya.
"Hayfa,rumah kita dengan sekolah dekat.Apa salahnya kalau Zariel tumpang sekali?Setahun setengah je.Bukan lama pun.Petang ni keluarga Mak Su sampai.Hayfa jangan nak buat perangai.."
Hayfa Natalia segera beredar naik ke bilik.Dia duduk di atas katil queen miliknya.Maklumlah,dia seorang sahaja anak perempuan keluarganya.Itu yang manja terlebih.
***
Pada petang itu,keluarga Puan Farah tiba di rumah Hayfa Natalia.Disebabkan Zariel Iqbal turut mendapat tawaran tingkatan 6 di sekolah anak buahnya,dia terpaksa menerima cadangan abang tengahnya yang mahu anaknya itu tinggal di situ.
Ikutkan rasa hati,dia tidak mahu bersetuju.Sudahlah dia tidak berapa rapat dengan kakak iparnya.
Mereka satu keluarga berkumpul di ruang tamu.
"Kau jangan risau lah.Abang Ngah akan jaga Zariel ni macam anak Abang Ngah sendiri.." ujar Encik Fauzan.
"Farah kenal anak Farah ni,Abang Ngah.Farah cuma tak percayakan si Hayfa ni.Harapnya dia pandailah jaga diri dia.." kata Puan Farah sedikit menyindir.
"Apa maksud Farah?Kak Ngah tak faham.." soal Puan Naurah yang baru tiba sambil menatang dulang.
"Kak Ngah ni.Bila dah satu rumah ni,kena lah jaga-jaga.."
"Mak Su nak cakap Hayfa ni murah sangat ke?" sampuk Hayfa Natalia yang dari tadi mendengar perbualan itu.
Sempat dia menjeling ke arah Zariel Iqbal yang hanya sibuk membelek telefon.
"Kamu ni memang suka menyampuk bila orang tua bercakap kan?Abang Ngah,tolong lah nasihat si Hayfa ni sikit.."
"Hayfa.." ujar Encik Fauzan sedikit menekan.
"Mak Su yang cakap Hayfa ni perempuan murah.Siapa je tak angin?" kata Hayfa Natalia tidak berpuas hati.
"Sudah lah tu.Mari kita minum.." ajak Puan Naurah ingin meredakan keadaan yang agak tegang.
Hayfa Natalia mula berdiri.Malas dia berlama-lamaan di ruang tamu itu.Dia menuju ke anak tangga.
"Biadapnya.Tetamu datang rumah bukan nak layan.." ujar Puan Farah yang melihat tindak tanduk Hayfa Natalia.
Hayfa Natalia yang mendengar hanya buat tidak tahu.Biarlah ibu saudaranya itu mahu mengata tentang dirinya.Dia sudah tidak ambil peduli.
Itu lah salah satu sebab mengapa dia membantah Zariel Iqbal menumpang di rumahnya.Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan ibu saudaranya itu terhadap diri mahupun keluarganya.
***
Selesai sahaja menunaikan solat Isyak secara berjemaah,Zariel Iqbal duduk di halaman luar rumah.
Diperhatikan bulan dan bintang pada malam itu.Telefon yang berada di tangan dihidupkan.Dia melepaskan keluhan seketika.
Bosan.
Itulah apa yang dirasakan ketika itu.
"Zariel?Buat apa dekat sini sorang-sorang?" tegur Encik Fauzan yang kebetulan baru mengambil sesuatu dari keretanya.
Dia terlihat anak buahnya yang duduk bersendirian di luar rumah.
"Zariel tak seronok ke tinggal dengan Pak Ngah?"
Zariel Iqbal berasa serba salah pula apabila ayah saudaranya berkata begitu.
"Bukan macam tu,Pak Ngah.Zariel cuma masih nak sesuai diri tapi tu bukan bermakna Zariel tak seronok duduk sini.."
"Okay lah kalau Zariel kata macam tu.Senang hati Pak Ngah dengar.."
Zariel Iqbal turut tersenyum walaupun dia sebenarnya kekok dengan ayah saudaranya.Yelah,mereka bukannya rapat pun.
Hanya disebabkan dia mendapat tawaran tingkatan 6 di sekolah yang berdekatan rumah ayah saudaranya sahaja yang menyebabkan dia terpaksa duduk satu bumbung dengan keluarga itu.
"Mari lah masuk.Mak Ngah ada sediakan cekodok pisang tu.Nanti sejuk tak sedap pula.." ajak Encik Fauzan.
"Pak Ngah lah masuk dulu.Zariel nak ambil angin sekejap.."
"Ye lah.Jangan lama-lama sangat.."
Encik Fauzan mula bergerak meninggalkan perkarangan halaman rumah.Tidak lama kemudian,Zariel Iqbal juga masuk ke dalam rumah.
Read,vote and comment.Thank you🥰
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
Ficción GeneralFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...