Hayfa Natalia melangkah keluar dari bilik air.Zureen dan Fasha menunggunya di luar.Adelia tidak ada bersama kerana demam.
"Kau ni,pergi tandas ke buat tandas?" kata Fasha sambil menyindir sahabatnya.
Hayfa Natalia hanya mengangkat peace kepada dua sahabatnya itu.
"Agak-agak Madam dah sampai belum?" ujar Zureen pula.
Yelah,sekarang waktu subjek Muet.Itu yang dia bertanya.Risau jika Madam Suliana sudah tiba.
"Belum kot.." balas Hayfa Natalia selamba.
Mereka tiba di muka pintu kelas.Semua mata memandang ke arah mereka bertiga.
"Where are you going,girls?" ujar Madam Suliana.
Mereka bertiga hanya tersengih.Kemudian Zureen membalas pertanyaan Madam Suliana.
***
Mereka bertiga menuju ke kantin apabila kelas tambahan selesai.
"Hayfa,kucing tu duduk sebelah kau lah.." ujar Fasha.
"Hah?!"
Hayfa Natalia mula berhenti menikmati kuey tiaw goreng kegemarannya.Hilang seleranya apabila Fasha berkata begitu.
Dia memandang ke arah sebelah.Terdapat seekor kucing berwarna putih duduk di sebelahnya.
"Kau tolong halau weh.Please?" ujarnya takut-takut.
Dia sememangnya penakut dengan kucing.Nak kata kena cakar dengan kucing,tak pernah pula.Tapi,normal lah kan kalau dia takut dengan kucing.
"Apa pula halau?Tak baik lah,Hayfa.Kucing ni pembawa rezeki tau?" kata Zureen tidak puas hati.
Ada ke patut kucing secomel itu disuruh halau?
Belum sempat Zureen mengambil kucing itu,ada sepasang tangan laju menyambar.
Zureen memandang gerangan itu.Ternyata Danial Haikal.
"Ish,sibuk je!" ujarnya sedikit geram.
"Werk!Siapa cepat dia dapat!" kata Danial Haikal tidak mahu mengalah.
Zariel Iqbal yang berada di sebelah turut tersengih melihat mereka.Dia memandang pula ke arah Hayfa Natalia.
"Hayfa,hadiah kau!" kata Danial Haikal sambil mencampak kucing putih itu ke arah Hayfa Natalia.
Gadis itu apa lagi?Menjerit lah!Kucing itu juga melompat pergi.
"Tak kelakar lah!"
Hayfa Natalia segera meninggalkan kantin.Geram dipermainkan sebegitu.Fasha dan Zureen segera mengejar langkah sahabat mereka.
***
Zariel Iqbal tersengih sendirian di ruang tamu itu apabila teringatkan kejadian di sekolah tadi.Sungguh geli hatinya melihat reaksi Hayfa Natalia.
"Gelak-gelak.Sakit ke?" sindir Hayfa Natalia yang baru turun.
Tangannya laju mengambil remote control.
Zariel Iqbal mematikan sengihannya.Dia berlagak serius.
"Kau tak main bola petang ni?" soal Hayfa Natalia sedikit pelik apabila lelaki itu tidak keluar petang itu.
"Nak hujan lah.Tak tengok ramalan cuaca ke?Buat penat je ambil subjek geo.Tu pun tak ambil tahu.."
Hayfa Natalia membuat muka.Apa kena mengena?
"Aku rasa nak bela kucing lah,Hayfa.." kata Zariel Iqbal tersenyum penuh makna.
"No way!Kau nak bela,bela kat rumah lain.." ujar Hayfa Natalia tidak bersetuju.
"Aku mana ada rumah lain.Kau ni.Lain kali cakap tu biar bijak sikit.."
"Kau akan ada rumah lain nanti.Takkan selama-lamanya kau nak duduk serumah dengan aku?Mesti kau nak ada keluaŕga kau sendiri.."
"Aku dah ada keluarga aku sendiri lah,Hayfa.Keluarga aku dengan kau.Keluarga kita.Suatu hari nanti,kita akan ada family kita sendiri.Ada baby.."
Hayfa Natalia mendiamkan diri.Tidak tahu mahu membalas apa.Nampaknya lelaki itu benar-benar mahu membina keluarga bersama dirinya.
"Err..geli lah bahas soal ni.Aku pergi dapur kejap.."
Hayfa Natalia mula berdiri dan melarikan diri dari situ.
"Aku tetap akan tunggu kau,Hayfa.." ujar Zariel Iqbal sendirian dengan penuh harapan agar apa yang dia inginkan akan tercapai.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...