Bab 14

2.1K 92 0
                                    

Puan Farah dan Encik Rizman menyerbu ke rumah pasangan muda itu.Itu semua atas kehendak Puan Farah yang terlalu risaukan anak lelakinya.

Hayfa Natalia terkocoh-kocoh membuka pintu rumah.Terkejut dia dengan kehadiran ibu dan bapa saudaranya.

"Apa kau dah buat pada Zariel?!" kata Puan Farah.

Berkerut dahi Hayfa Natalia.Tidak mengerti maksud ibu saudaranya.

"Farah,apa cakap macam tu kat Hayfa?" tegur Encik Rizman.

"Saya cakap benda betul.Zariel takkan demam kalau dia pandai jaga anak kita,bang.." balas Puan Farah tidak puas hati.

Suaminya itu asyik membela sahaja anak saudaranya yang seorang itu.

"Mak Su,kalau Hayfa yang sakit,salah Zariel lah kan sebab tak pandai jaga Hayfa?" ujar Hayfa Natalia sedikit sinis.

Asyik salah dia sahaja yang Mak Sunya itu nampak.Salah anak sendiri tak nampak pula!

"Itu sebab kau yang cari pasal.Diri kau,kau jagalah sendiri.."

"Hah,pandai Mak Su!Diri Zariel,pandai-pandai lah Zariel jaga sendiri.."

"Hayfa!"

Hayfa Natalia menoleh ke arah belakang tatkala namanya diseru.Kelihatan Zariel Iqbal sedang mendekati mereka.

"Zariel!Anak mama!Zariel okay?Pucatnya muka,sayang.."

Puan Farah pantas memeluk tubuh anak terunanya.

Hayfa Natalia hanya memerhati kemudian beredar dari situ.Dia menuju ke arah dapur.

"Biadap betul budak ni.." kata Puan Farah.

"Jom masuk,mama,papa.." ajak Zariel Iqbal.

Mereka berkumpul di ruang tamu.Hayfa Natalia menatang dulang ke ruang tamu.

Kalau tidak fikirkan Pak Sunya,memang tidak dia akan buat sebegitu.Ibunya juga ada berpesan supaya melayan tetamu dengan baik.

"Terima kasih,Hayfa.." ucap Encik Rizman sambil menghadiahkan senyuman kepada menantunya.

"Sama-sama,Pak Su.." balas Hayfa Natalia yang turut membalas senyuman bapa saudaranya.

"Papa,Hayfa.Hayfa kan menantu papa sekarang ni.." tegur Encik Rizman.

Hayfa Natalia hanya mengangguk.Dia mula mengatur langkah untuk beredar dari situ.

"Hayfa nak pergi mana?"

Dia memandang Encik Rizman.

"Err.."

"Duduk lah sekali dengan kami.."

Hayfa Natalia tiada pilihan lain.Risau jika dia tidak mengikut kata-kata bapa saudaranya,kecil hati pula nanti.

Dia mengambil tempat di sebelah Zariel Iqbal.

"Mengadalah kau ni,Hayfa!"

Puan Farah mula bersuara sambil memandang geram ke arah anak muda itu.

"Zara mana,pa?" soal Zariel Iqbal ingin meredakan suasana dengan mengadakan topik perbualan.

"Adik kamu tu ke mana lagi?Hujung minggu macam ni mana nak lekat kat rumah.Dia keluar dengan kawan-kawan dia.." balas Encik Rizman.

"Zariel,tak nak balik rumah ke?Mama rindu sangat-sangat tau dengan Zariel.." ujar Puan Farah.

"Tak boleh lah,ma.Kitaorang nak exam dah.Kitaorang kena fokus,ma.."

"Alaa,macam lah dekat rumah kita tu Zariel tak boleh nak fokus.Dulu waktu SPM,Zariel skor tinggi je.Saja je bagi alasan.."

"SPM dengan STPM lain,ma.Lagipun,Zariel kena belajar dengan Hayfa.Dia terror banyak subjek.." kata Zariel Iqbal sambil memandang ke arah Hayfa Natalia.

Hayfa Natalia juga begitu.Pelik dengan kata-kata lelaki itu.Jika nak kata siapa paling pandai antara mereka rasanya lelaki itu.

***

Hayfa Natalia mencuci pinggan dan beberapa cawan yang telah digunakan tadi.Fikirannya menerawang pada kata-kata Zariel Iqbal semalam.

Lelaki itu mahu hidup dengannya sampai bila-bila?Hilang akal kah lelaki itu?Dia melepaskan keluhan.

"Hayfa.."

Suara garau gerangan itu menyentakkannya.Dia kembali ke dunia yang nyata.

Dia menghabiskan cawan yang terakhir.Setelah itu,dia berpaling.Kelihatan Zariel Iqbal betul-betul berada di hadapannya.

Dia jadi semakin seram dengan lelaki itu.Apa yang sedang merasuk sepupunya itu sejak kebelakangan itu?Adakah disebabkan lelaki itu demam dan semuanya boleh berubah dalam sekelip mata?

"Aku tak suka kau berperang mulut dengan mama.."

Hayfa Natalia tersengih.

"Masalah sekarang ni,Mak Su yang mulakan dulu!Takkan aku nak diam je?Oh,disebabkan aku muda,aku tak boleh lawan lah?Aku hormat Mak Su dengan Pak Su tapi kalau dah melampaui batas,itu aku tak boleh terima!"

Hayfa Natalia segera beredar dari situ.Hatinya sakit.Mak dengan anak sama sahaja.Salah dia sahaja yang mereka nampak!

Zariel Iqbal mengejar langkah Hayfa Natalia.Dia segera merangkul tubuh kecil gadis itu ke dalam pelukannya.

Terkejut Hayfa Natalia dengan tindakan berani lelaki itu.

"Aku akan cuba buat mama terima kau sebagai menantu.Aku ada di sisi kau.Selama-lamanya,Hayfa.Aku janji.Untuk itu,aku perlukan kekuatan kau.." kata Zariel Iqbal.

Jantung Hayfa Natalia berdegup kencang.Tidak tahu mahu membalas apa.Kemudian,perlahan-lahan Zariel Iqbal melepaskan pelukan.

"Kita sama-sama pertahankan ikatan ni.."

Hayfa Natalia hanya mendengar.Dia menatap lama wajah Zariel Iqbal.Ya Allah,benarkah dia jodohku?





T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now