Hayfa Natalia tersenyum membuka sampul surat itu.Beberapa minggu yang lepas,dia ada menghantar resumenya untuk bekerja di syarikat itu.
Tidak menyangka dia di terima di syarikat itu.Alhamdulillah,murah rezekinya.
"Sukanya dia.Tak nak share?" kata Zariel Iqbal yang baru muncul di ruang tamu itu.
"Erm..aku sebenarnya ada minta kerja kat sebuah syarikat ni dan aku dapat.Err..kau izinkan tak?" balas Hayfa Natalia sambil meminta izin.
Mana tahu lelaki itu tidak benarkannya bekerja?Dia buat begitu kerana ibunya ada pesan supaya mengutamakan suami dalam setiap hal.
"Aku takkan halang minat kau.Aku sokong apa je.."
"Terima kasih.." ucap Hayfa Natalia gembira.
"Sama-sama,sweetheart.."
Hayfa Natalia hanya mendengar.Dia kembali ralit dengan surat itu.Zariel Iqbal tersenyum melihat telatah isteri tercinta.
***
Pagi itu,Hayfa Natalia bersiap untuk bekerja.Tidak sabar ingin bekerja.
"Nak aku hantar tak?" soal Zariel Iqbal sambil memperkemaskan kemeja serta tali lehernya.
Dia juga kini sudah bekerja di syarikat keluarganya.
"Tak pe.Aku boleh pergi sendiri.." tolak Hayfa Natalia.
"Okaylah,aku pergi dulu.Take care.Muah.."
Sempat Zariel Iqbal mengusik gadis itu.
"Err..kau tak nak sarapan?"
"Tak sempat.."
Zariel Iqbal segera menuju ke luar rumah.Hayfa Natalia menarik kerusi untuk bersarapan.
Dia perasan lelaki itu asyik tersenyum sahaja pagi itu.Macam ada sesuatu.Tapi,apa dia?
***
"Puan Hayfa,big boss nak jumpa.."
Dahi Hayfa Natalia sedikit terkejut apabila seorang wanita memanggilnya dengan gelaran 'puan'.Dia teringat akan resumenya yang dihantar.
Langsung dia tidak mention statusnya pada resume itu.Dia hanya menulis bujang.Bagaimana wanita itu tahu yang dia sudah berkahwin?
"Mari,Puan Hayfa.."
Hayfa Natalia hanya mengekori langkah wanita itu.Pintu bilik big boss dibuka.Mereka berdua melangkah masuk.
Kelihatan big boss itu sedang duduk membelakangi mereka berdua.
"Boss,Puan Hayfa dah sampai.Saya keluar dulu.."
Wanita itu mula melangkah keluar dari bilik itu.Hayfa Natalia hanya berdiri diam berkutik.Seram ingin bersua muka dengan big boss.
Big boss itu mula memusingkan kerusinya.
Tercengang Hayfa Natalia.
"Za..Zariel?"
"Selamat datang ke Bestari Holding,sweetheart.."
Hayfa Natalia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda masih tidak percaya melihat lelaki itu di hadapannya dan juga big boss di syarikat itu.
"Hayfa,kau okay tak ni?" soal Zariel Iqbal sedikit risau melihat isterinya sebegitu.
"Kau sengaja buat semua ni kan?Kau awal-awal lagi tahu aku hantar resume ke syarikat ni kan?Ni semua rancangan kau,kan?!" kata Hayfa Natalia geram.
Dia sungguh rasa dikhianati oleh lelaki itu.Rasa ditipu hidup-hidup oleh Zariel Iqbal.Patutlah semacam sahaja sebelum berangkat kerja.
"Hayfa,aku minta maaf.Okay,aku tahu aku salah tapi ni memang impian aku.Aku nak isteri aku bekerja dengan aku.Bersama aku sampai aku tutup mata.Please?"
Zariel Iqbal akui kesilapan dirinya.Awal-awal lagi dia memang sudah tahu isterinya itu meminta pekerjaan di syarikatnya.
"Kau lupa ke,Hayfa?Ni syarikat papa?"
Hayfa Natalia langsung tidak ingat akan nama syarikat bapa saudaranya itu.Malunya.Tidak sepatutnya dia marahkan lelaki itu.Bukan salah Zariel Iqbal.
"Erm..banyak betul perubahan.Aku..aku.."
"Ye,memang banyak perubahan sejak kau bawa diri tapi hati aku tak pernah berubah pada kau,Hayfa.."
Zariel Iqbal mula berdiri.Dia mendekati isterinya.
"Kerja dengan aku.Please?"
Hayfa Natalia membalas pandangan lelaki itu.Dia mula mengalah.Anggukkan diberikan.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...