Hayfa Natalia mengejutkan Zariel Iqbal yang baring di sofa.Dapat dilihat dahi lelaki itu berpeluh.Dia meraba dahi lelaki itu.Panas!
"Zariel?Kau okay tak ni?" ujarnya sedikit cemas.
Zariel Iqbal mula membuka kelopak matanya.
"Hayfa,kau buat apa dalam bilik aku ni?Ada apa-apa yang aku kena sign ke?" katanya yang mula cuak akan kehadiran gadis itu.
Dia baru sahaja menelan ubat-ubatnya.Dia memerhati sekeliling.Mana tahu ada ubatnya yang tercicir.Mujurlah tiada di mana-mana.
"Aku nak ajak kau lunch tapi kau tidur pula.Asal ni?Dah tahu diri tu tak sihat,tak payah datang kerja.." bebel Hayfa Natalia.
Zariel Iqbal tersenyum.
"Tak sangka eh,kau pun boleh jadi mak cik-mak cik.Erm..bila rasanya kau boleh jadi ibu kepada anak aku ni?" sempat Zariel Iqbal bergurau.
Hayfa Natalia menelan air liurnya.Tidak tahu mahu membalas apa.Anak?
"Erm..aku bawa kau balik.Jom.."
Hayfa Natalia mula ingin memapah lelaki itu.Namun,Zariel Iqbal menolak lembut.
"Tak pe,demam sikit je.Don't worry,okay?"
"Degil!"
"Kau pun sama degil!"
"Aku perasan dua tiga minggu ni kau kerap sangat demam.Kenapa?Kau ada sorok apa-apa dari aku ke?" ujar Hayfa Natalia mula curiga.
Ye lah,lelaki itu selalu sangat demam.Tipulah dia tidak risau.
"Tak de apa-apa.Betul.." kata Zariel Iqbal cuba menyakinkan isteri tercinta.
Dia tidak mahu gadis itu tahu akan penyakitnya.Belum tiba masanya.
***
Puan Farah dan Encik Fauzan tiba di rumah mereka berdua.Terkedu Hayfa Natalia di muka pintu.
"Oh,isteri derhaka dah balik rupanya.Hei,Hayfa!Asal kau balik sini?!Kenapa tak duduk je kat negara yang kau pergi tu sampai anak aku mati?!" kata Puan Farah melontarkan kata-kata pedas.
Hayfa Natalia hanya mendengar.Dia akui kesalahan dirinya.
"Hayfa minta maaf,Mak Su,Pak Su.Hayfa sedar Hayfa salah.Hayfa.."
Belum sempat Hayfa Natalia menghabiskan kata-katanya,Puan Hayfa sudah menyampuk.
"Memang kau salah!Hidup kami aman je kau tak de!"
Zariel Iqbal yang sedang menuruni anak tangga sempat mendengar perbualan mereka.
"Farah,sudah lah tu.Asyik jumpa Hayfa je awak berperangai macam ni.Malu lah.." tegur Encik Rizman.
"Hati saya memang berkocak laju je bila budak ni ada!Mata saya ni panas bila nampak budak ni!Semua jadi tak serba kenalah bila dia ada!" kata Puan Farah melepaskan kegeramannya.
"Pa?Ma?Bila sampai?" ujar Zariel Iqbal ingin meredakan suasana.
"Demam kamu dah kebah ke Zariel?Nasib Hayfa bagitahu papa keadaan kamu.Okay tak ni?" kata Encik Rizman risau akan keadaan anak sulungnya.
Semalam di pejabat,dia ada berselisih dengan menantunya.Jadi menantunya itu ada memberitahu anak lelaki itu tidak berapa sihat.
Dia sudah susah hati.Kata anak sedaranya,Ashrif yang mengambil kes anaknya di Malaysia,sel kanser anak lelakinya mula aktif semula.
Mereka kemudian berbual di ruang tamu.Hayfa Natalia hanya mendengar perbualan anak beranak itu.Tidak mahu masuk campur.
***
Hayfa Natalia menjenguk Zariel Iqbal di dalam bilik sambil membawa besen yang brisi air.Kelihatan lelaki itu sedang menelan ubat.
"Zariel,kau makan ubat apa tu?Sini,aku nak tengok.." ujarnya sedikit pelik.
"Err..tak de apa-apa lah,Hayfa.Ni ubat demam aku lah.Aku memang ada simpan ubat kalau aku sakit.Jangan fikir bukan-bukan eh?" kata Zariel Iqbal sambil menghadiahkan senyuman manis.
"Hurm..ye lah.Aku letak kain basahan ni kat kepala kau eh?"
Zariel Iqbal hanya mengangguk.Membiarkan isterinya itu menjaganya.
"Sayang juga kau kat aku?" usiknya.
"Erm..Zariel.Aku sedar aku bukan isteri yang terbaik untuk kau.Aku pentingkan diri.So,aku nak tebus balik kesilapan aku.Boleh kau maafkan aku?" ujar Hayfa Natalia walaupun dia sekarang dalam keadaan yang begitu segan.
"Boleh,sweetheart.Kalau malam ni aku mati pun,aku dah bahagia.Aku dah boleh pergi dengan tenang.."
"Ish!Apa cakap macam tu?Nanti kau pergi,aku jadi janda!" kata Hayfa Natalia geram apabila Zariel Iqbal berkata begitu.
"Aku gurau jelah,sweetheart.So,malam ni kita boleh tidur bersama kan?Sudi tak kau sekatil dengan aku?"
"Err..perlu ke?"
"Kata nak berubah?So?"
"Erm..yelah-yelah.."
Hayfa Natalia mula mengalah.Zariel Iqbal tersenyum bahagia.Pipi isterinya dikucup manja.Tergamam Hayfa Natalia.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...