Setelah memastikan semua orang sudah tidur,Hayfa Natalia keluar dari bilik dan turun ke bawah.Waktu itu,jam sudah pukul 12 tengah malam.
Kini,jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi.Hayfa Natalia duduk di ruang tamu sendirian dalam keadaan gelap gelita itu.Sudah hampir 3 jam dia berada di situ.
Dia sememangnya tidak boleh tidur.Dia tidak tahu bagaimana harus menjalani hidup yang bakal mendatang.
Semua itu berlaku secara tiba-tiba.Dia buntu.
Air matanya juga sering tumpah.Setiap kali tumpah,setiap kali itu dia menyeka.
***
Puan Naurah tersedar pada pukul 5.30 pagi.Dia bingkas bangun.Kalau sambung tidur,takut terlajak pula Subuh nanti.
Dia keluar dari bilik.Dia menuju ke tingkat bawah.Apabila tiba di tingkat bawah,jarinya mula menekan suis lampu.
Terkejut dia apabila terlihat anak gadisnya yang duduk di sofa.Dia cepat-cepat beristighfar di dalam hati.
Dia mula mendekati anak gadis kesayangannya itu.
"Hayfa.Hayfa buat apa kat sini sorang-sorang?Hayfa tak tidur ke dari semalam?" ujarnya dengan lembut.
"Ibu.."
Hayfa Natalia segera memeluk tubuh ibunya.
"Hayfa tak salah.."
Matanya kembali berkaca.
Puan Naurah mengusap lembut belakang tubuh anak gadisnya.
"Hayfa,jangan macam ni.Hayfa kena redha.." pujuknya sambil melepaskan pelukan.
"Redha?Redha dengan apa yang dah jadi?Ibu pun macam Nenek dengan Mak Su juga ke?Ibu anggap Hayfa salah kan ibu?"
Hayfa Natalia menyeka air matanya kali ke berapa pun dia tidak ambil peduli.
Dia bingkas bangun dari sofa itu.Langkah mula diatur ke anak tangga.
"Hayfa,bukan itu maksud ibu.."
Dia hanya mendengar.Dia sudah tidak mempedulikan kata-kata ibunya.
Disaat itu,dia berselisih dengan Puan Farah di anak tangga.
"Awal bangun?" kata Puan Farah berbaur sindiran.
Hayfa Natalia langsung tidak membalas sebaliknya terus menuju ke biliknya.
Puan Farah memandang geram ke arah anak buahnya itu.Sungguh biadap.Memang tidak sesuai mahu digelar sebagai menantunya.
***
Zariel Iqbal menuju ke meja makan.Kelihatan semua sudah ada di meja makan kecuali yang seorang itu.
"Zariel,Hayfa mana?" soal Encik Rizman apabila melihat anak sulungnya turun seorang.
Kelibat menantunya tidak pula kelihatan.
"Tak payah sibuk-sibuk lah,bang.Budak tu dah besar panjang.." sampuk Puan Farah tidak puas hati.
Zariel Iqbal hanya bersetuju dengan kata-kata mamanya dalam hati.
"Zariel,panggil Hayfa.." arah Encik Rizman.
"Pa,apa ni?"
Terus hilang moodnya ingin bersarapan.Semua sebab Hayfa Natalia!
"Papa cakap panggil Hayfa.Tak baik tak ajak dia sekali.Kita nak sarapan.Semua dah ada ni.."
"Huh..macam puteri raja.Nak makan pun kena panggil.Mengada betul.." ujar Puan Farah yang masih tidak berpuas hati.
Zariel Iqbal mengeluh perlahan sebelum dia menuju ke anak tangga.
'Ni semua salah bapak dia.Kalau Pak Ngah tak suruh aku tinggal dengan dorang,semua ni takkan jadi.Aku takkan bergelar suami pada dia.Aku benci kau,Hayfa!' desisnya semasa menaiki anak tangga.
Dia tiba di hadapan pintu bilik Hayfa Natalia.
Serentak itu,Hayfa Natalia membuka pintu bilik.Kedua-duanya terkejut.
Hayfa Natalia mempamirkan muka selamba.
"Ada apa kau berdiri depan bilik aku ni?"
Zariel Iqbal menolak tubuh Hayfa Natalia ke dalam bilik.Pintu bilik gadis itu ditutup rapat.
Hayfa Natalia mula cuak dengan tindakan sepupunya itu.
"Kau nak buat apa ni?"
Zariel Iqbal tersengih dengan riak wajah Hayfa Natalia.
"Kenapa?Takut?" sinis dia bertanya.
"Kau jangan macam-macam boleh tak?"
"Aku nak cakap.Keluarga kau pandai buat rancangan.Congrats.."
Zariel Iqbal menuju ke katil.Dia duduk di atas katil empuk itu.
"Apa kau merepek ni?Rancangan apa?" soal Hayfa Natalia pelik.
Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.
"Rancangan satukan kita lah sampai kita jadi husband dengan wife.Takkan itu pun tak tahu?Lembabnya kau ni,Hayfa.."
Hayfa Natalia memandang geram ke arah lelaki itu.Sungguh dia marah dengan kata-kata Zariel Iqbal.
"Kau nak kata semua yang berlaku ni keluarga aku yang rancang?" ujarnya yang kedengaran sedikit kecewa.
"Ye lah.Pak Ngah beria suruh aku duduk sini.Tak pelik ke?"
"Kau salahkan ayah aku?Aku tak sangka kau ada anggapan buruk pada ayah aku.Ayah aku layan kau baik sepanjang kau duduk sini.Buat kau macam anak dia sendiri tapi tu yang kau rasa?Hebat,Zariel.Hebat!"
Hayfa Natalia segera memulas tombol pintu.Dia melangkah keluar dari bilik itu.Sungguh dia berasa kecewa sangat-sangat.
Tidak menyangka sebegitu teruk lelaki itu menganggap ayahnya sebagai dalang apa yang telah berlaku antara mereka berdua.
Itu dia tidak boleh terima!
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...