Bab 18

2K 86 6
                                    

Puan Farah dan Puan Naurah terserempak di pasaraya disaat mereka berdua ingin membeli barang dapur.

"Kak Ngah ni memang suka sibuk hal family Farah ke?Kak Ngah,Kak Ngah jaga je lah keluarga Kak Ngah baik-baik.Tak payah sibuk hal keluarga Farah.Keluarga Farah,Farah tahu lah uruskan macam mana.." ujar Puan Farah melepaskan kegeramannya terhadap kakak ipar tengahnya itu.

"Kak Ngah minta maaf kalau Kak Ngah ada sakitkan hati Farah tapi Zara tu anak sedara Kak Ngah.Tak salah rasanya kalau Kak Ngah ambil berat.." balas Puan Naurah tidak mahu mengalah.

Puan Farah tersenyum sinis.

"Kak Ngah jaga je lah si Hayfa tu baik-baik.Ajar dia macam mana nak hormat orang tua.."

"Kak Ngah kenal Hayfa macam mana.Kak Ngah ni bukan suka hati je nak bela anak-anak Kak Ngah.Kalau ada yang salah pasti Kak Ngah akan tegur.."

"Baguslah tu.Okay lah,Farah gerak dulu.Sakit hati cakap dengan Kak Ngah ni.."

Puan Farah segera menolak troli dan beredar dari situ.Puan Naurah hanya memerhati kemudian dia kembali mencari barang keperluannya.

***

Zariel Iqbal membelek buku di meja belajarnya.Sekejap sahaja masa berlalu.Kini,mereka sudah hampir memasuki penghujung Semester 2.

Sub-sub topik semakin berat dan susah.Namun,dia harus tempuhi juga untuk mencapai kejayaan yang diinginkannya.

Dia mula bingkas berdiri dan melangkah turun ke tingkat bawah untuk ke dapur.Di saat itu,kedengaran Hayfa Natalia sedang bergayut dengan seseorang.

"Abang,abang tak rindu Hayfa ke?Hayfa rindu abang sangat-sangat.Balik lah sini.." ujar Hayfa Natalia dengan intonasi mengadanya.

"Hayfa tak suka dengan keadaan sekarang ni.Hayfa muda lagi untuk pegang status isteri.Kenapa semua orang tak faham Hayfa ni?" katanya tidak lama kemudian.

Matanya juga sudah berkaca.

Zariel Iqbal berdiri di tangga itu masih mendengar perbualan Hayfa Natalia bersama abang iparnya.Daripada perbualan itu,dia tahu gadis itu masih belum dapat menerima apa yang telah berlaku antara mereka.

Dia mula melangkah ke arah dapur.Gelas kaca dicapainya.Dia mula membuka peti.Diambilnya jus mangga.Dituangkan ke dalam gelasnya.

***

Puan Fauziah dan Encik Ahmad serta Puan Fariha dan suaminya bertandang ke rumah Puan Naurah dan Encik Fauzan.

Terkejut juga Puan Naurah disaat melihat tetamunya di muka pintu.Seakan tidak percaya pun ada.

"Tak nak bagi kami ni masuk ke?" ujar Puan Fariha.

"Err..silakan masuk.Maaf mak,ayah,Fariha,Aidan.." kata Puan Naurah.

"Mana anak-anak kamu?Sunyi je rumah?" kata Encik Ahmad sambil meliar mencari kelibat cucu-cucunya.

"Erm..si kembar tu sekolah.Sekolah petang.Tu yang saya tinggal sorang je.."

"Lupa pula mak.."

Puan Fauziah tersenyum.

"Rumah Kak Ngah sunyi sebab anak kedua Kak Ngah tu gatai nak kahwin.Tu sebab tak de dalam rumah ni.." kata Puan Fariha sambil sempat menyindir.

Puan Naurah diam seketika.

"Err..saya buat air kejap.Mak dengan ayah,Fariha dengan Aidan buatlah macam rumah sendiri ye?" ujarnya sambil mula berdiri.

"Eh,tak payah.Kak Ngah buat untuk mak dengan ayah je.Kami berdua nak pergi rumah Farah.Tidur sana sekali.Kami gerak dulu lah.Mak,ayah.Kami gerak rumah Farah dulu.Jom,abang.."

Puan Fariha menyalam Puan Fauziah dan Encik Ahmad.Encik Aidan pula hanya menuruti langkah isterinya.

"Naurah,maafkan Fariha ye?" ujar Puan Fauziah serba salah pada menantu keduanya.

Pasti menantu keduanya itu terasa dengan perangai anak keempatnya itu.

"Tak pe,saya faham.." balas Puan Naurah bersama senyuman.

Dia langsung tidak ambil hati.Faham dengan perangai adik iparnya itu.


T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now