Bab 5

2.2K 83 2
                                    

"Mak balik dulu.." ujar Puan Fauziah pada petang itu.

Semua yang ada menyalam dirinya dan suami.Tiba giliran Hayfa Natalia,sempat dia berkata sesuatu.

"Jangan malukan aku lagi.."

Terkedu Hayfa Natalia dibuatnya.Pedih dan perit kata-kata neneknya.Nampak sangat dirinya akan menyebabkan atuk dan neneknya mendapat malu.

Namun dia harus terima kenyataan yang satu itu.Dia bukan cucu kesayangan atuk dan nenek.

***

Pada malam itu,semua berkumpul di ruang tamu setelah selesai solat isyak berjemaah.

"Zariel,Hayfa.Papa dengan ayah ada beli satu rumah untuk kamu berdua.Tak jauh pun dari sini.Papa harap kamu berdua boleh suaikan diri.." ujar Encik Rizman tidak lama kemudian.

"Abang,kenapa nak membazir?Kenapa tak bincang dengan saya dulu?Ish,buang duit je!" kata Puan Farah tidak berpuas hati.

Puan Naurah juga terkejut dengan berita itu.Dia memandang wajah suaminya.

"Saya habiskan duit untuk anak menantu kita juga.Tak ada istilah buang duit.Lagipun mereka dua ni dah jadi suami isteri pun.Apa salahnya duduk rumah sendiri?"

Hayfa Natalia tidak tahu mahu rasa apa sekarang.Apa pun,dia bersyukur kerana Pak Sunya sungguh baik.Selalu juga membela dirinya.

"Saya tak de menantu!" tegas Puan Farah sambil menjeling ke arah Hayfa Natalia.

Dia geram suaminya itu selalu membela budak tidak guna itu.

Zariel Iqbal hanya mendengar.Malas mahu menyampuk.

***

Keesokkan hari,pagi hari Isnin.Sabtu dan Ahad itu memang Zariel Iqbal langsung tidak menyentuh kerja sekolah.

Semuanya gara-gara perkara yang memalukan itu!

Seperti biasa,dia menyarung kemeja .Dia mengenakan kemeja berwarna putih beserta tali leher hitam.

Dia mencapai beg sekolahnya.

Serentak itu,Hayfa Natalia juga keluar dari bilik.Masing-masing berpandangan sesama sendiri dek kerana warna yang dikenakan pada badan mereka yang sama.

Hayfa Natalia mengenakan baju kurung berwarna putih bercorak pokadot hitam berserta tudung bawal hitam.

Zariel Iqbal meneruskan langkahnya.Begitu Hayfa Natalia.

Selesai sahaja bersarapan,mereka beredar ke luar rumah.Hari itu,Encik Rizman mempelawakan dirinya untuk menghantar mereka berdua.

"Belajar elok-elok tau.." pesan Puan Naurah dan Encik Fauzan disaat Hayfa Natalia menyalam mereka.

"Okay.." balas Hayfa Natalia.

Puan Farah hanya mendengar perbualan mereka anak beranak.Dia memandang pula ke arah anak terunanya.

"Hensem anak mama pagi ni.." pujinya.

"Zariel memang hensem,ma.."

Zariel Iqbal tersengih.

"Papa dengan mama balik hari ni.Zariel duduk sini,jaga diri.Jaga Hayfa.Tanggungjawab Zariel sekarang dah berat.." ujar Encik Rizman.

"Abang ni,tak payah pesan macam tu.Pandailah Zariel ni uruskan diri dia.Patutnya abang nasihat 'menantu' abang tu.." kata Puan Farah sedikit menekan perkataan menantu.

Tidak rela lidahnya menyebut perkataan itu.

"Farah,jangan mula.." kata Encik Rizman seakan memberi peringatan kepada isterinya.

Walaupun dia cuma adik ipar,dia tidak mahu abang ipar dan birasnya terasa hati dengan isterinya.Lagipun kini mereka sudah berbesan.

Dia sendiri tidak faham kenapa perangai isterinya itu tidak berubah-ubah.Setiap kali dengan keluarga abang ipar keduanya itu,isterinya pasti ada sahaja yang tidak kena.

Tidak lama kemudian,mereka tiba di sekolah.Seperti biasa,mereka berkumpul di dataran perhimpunan bersama pelajar perdana untuk perhimpunan rasmi.

"Hayfa,asal kau nampak lesu je?Tak ceria macam selalu?" tegur Zureen.

"Err..kurang tidur je sikit.Tak de apa lah.."

Hayfa Natalia mempamirkan senyuman palsu.Fasha dan Adelia hanya mendengar.

Bukan mereka tidak tahu.Mereka juga duduk di satu taman perumahan yang sama dengan Hayfa Natalia.

Berita tentang sahabatnya itu sudah kecoh di kawasan perumahan itu.












T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now