Hayfa Natalia berdiri seorang diri di beranda pada malam itu.Fon yang berada di tangannya berdering tidak lama kemudian.
Tertera nama ibu kesayangan.Dia tersenyum bahagia.Pantas dia meneksn punat hijau.Rindu ingin mendengar suara ibunya.
"Assalamualaikum,puteri ibu.Hayfa sihat?Semua yang ada okay ke kat sana?" ujar Puan Naurah sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Waalaikumussalam,ibu.Alhamdulillah,Hayfa sihat.Semua yang ada pun okay je,ibu.Ibu dengan ayah sihat?Adik kembar kesayangan Hayfa?Abang?"
"Kami pun sihat.Hayfa jangan lah risau.Abang kirim salam pada Hayfa.Baru sekejap tadi dia ada call.Busy sangat kot kat Jordan tu.."
Ya,Hayfa Natalia mempunyai seorang abang,Hafiz Nazmi yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Jordan.Beza umur mereka hanyalah 3 tahun.
"Oh,rindunya Hayfa nak dengar suara abang.Hurm..ibu.Hayfa bosan lah kat sini.Ibu dengan ayah tak nak balik ke?Budak kembar tu mesti bosan duk rumah je.."
"Ayah kerja lah,sayang.Insya-Allah,kalau ada cuti lain kali kami balik.Hayfa jangan lah cakap macam tu.Nanti kecil hati Mak Su.."
"Asyik kita je nak jaga hati dia.Kita ni?Ibu ni bagi muka sangat lah.Kita pun ada maruah lah,ibu.Bukan boleh pijak sesuka hati.." balas Hayfa Natalia tidak berpuas hati.
"Okay lah,ibu letak dulu.Ibu nak masak makan malam kejap.Kirim salam pada semua ye?Assalamualaikum.."
"Alaa.Kejapnya.Ibu ni.Ye lah.Waalaikumussalam.Miss you.."
"Miss you too,sayang.Take care kat sana.Jangan buat perangai.." pesan Puan Naurah.
Tidak lama kemudian,talian dimatikan.Hayfa Natalia melepaskan keluhan.
"Tak baik mengeluh lah,Hayfa.." tegur seseorang.
Hayfa Natalia menoleh.Kelihatan Ashrif berdiri elok di belakangnya.Ashrif mula mendekati sepupunya itu dan berdiri di sebelah Hayfa Natalia.
Ashrif merupakan abang kepada Amsyar yang beza dengannya hanya setahun.
"Kau asal kat sini?Orang lain tengah syok makan bihun goreng,kau berdiri kat sini.Tunggu apa?Tunggu bulan jatuh atas kepala kau?"
Kedengaran tawa dari Ashrif.
"Tak kelakar,okay?Suka hati aku lah nak duduk mana pun.Tak kacau orang dalam rumah ni pun.." balas Hayfa Natalia.
"Tahniah.." ucap Ashrif.
Dahi Hayfa Natalia sedikit berkerut.Tidak mengerti mengapa lelaki itu mengucapkan tahniah kepadanya.
"Kau dengan Zariel?" sambung lelaki itu apabila melihat wajah pelik Hayfa Natalia.
"Ish!"
Hayfa Natalia segera beredar dari situ.Dia mula masuk ke dalam rumah.Disaat itu,dia berselisih dengan Zariel Iqbal.Dia menjeling lelaki itu.
***
Tiba sahaja di dapur,Hayfa Natalia mengambil pinggan lalu disendukkan bihun goreng ke pinggannya.
"Farah,menantu kau ni tak reti buat kerja dapur ke?" ujar Puan Fariha berbaur sindiran.
Terbantut niat Hayfa Natalia yang ingin makan.Dia cuba berlagak selamba.Jika tidak ingat akan pesanan ibunya tadi,sudah lama dia membalas.
"Tah lah,Kak Teh.Macam mana lah Zariel duduk dengan dia berdua kat rumah sendiri tu?Haih,lama-lama ni,boleh mati kebulur kot Zariel tu.." balas Puan Farah.
"Ye lah,Farah.Kak Teh tengok Zariel tu dah makin kurus.Kau kena selalu lah tengok-tengokkan Zariel.."
"Ni apa yang bising-bising ni Farah,Fariha?Tak dengar azan isyak tu?" tegur Encik Ahmad yang baru keluar dari bilik air setelah selesai mengambil wuduk.
"Tak de,ayah.Kami tegur cucu ayah yang dah bergelar isteri ni.Tu je.." balas Puan Fariha.
"Pergi ambil wuduk.Kita solat jemaah.Hayfa,makan kejap lagi boleh kan?Kita solat dulu.." arah Encik Ahmad.
"Err..Hayfa cuti,atuk.." kata Hayfa Natalia agak perlahan.
Segan.
"Kamu berdua suruh anak-anak kamu siap.Ayah tunggu kat ruang tamu.."
Encik Ahmad mula menuju ke ruang tamu.Puan Farah dan Puan Fariha segera memanggil anak-anak mereka.
Hayfa Natalia keseorangan di dapur itu.Dia melepaskan nafas lega.
"Hayfa.."
Hampir sahaja terlepas gelas kaca yang dipegangnya.Siapa pula itu?Sudah lah buat dia terkejut.Kalau terlepas tadi,mahu bergegar rumah itu.
Kelihatan Qaisarah yang menegurnya.
"Kau cuti juga eh,Hayfa?"
Hayfa Natalia hanya mengangguk.Malas mengeluarkan suaranya.
"Kau suka Zariel eh?"
Hampir sahaja mahu tersembur Hayfa Natalìa mendengar kata-kata Qaisarah.
"Apa kau merepek ni?"
"Ye lah.Kau perangkap dia.."
"Ada bukti ke aku yang perangkap dia?Kau tak de waktu tu!Kau tak tahu apa-apa pun yang berlaku!Jangan tuduh aku macam-macam!" kata Hayfa Natalia geram.
Dia mula meninggalkan kawasan dapur itu.Dia pantas masuk ke dalam bilik.Air matanya jatuh membasahi pipi.

ANDA SEDANG MEMBACA
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...