Hayfa Natalia tersenyum seorang diri sambil kaki melangkah masuk ke dalam kelas.Dia teringat kejadian semalam.
Zariel Iqbal sangat menjaganya dan begitu membela dirinya.Terima kasih sangat-sangat diucapkan kepada lelaki itu semalam.
"Hoi!" sergah Adelia sambil menepuk meja.
Hayfa Natalia terkejut.Dia memegang dadanya yang berombak kencang.
"Kau ni!Terkejut aku!Jahat!" katanya sedikit meninggi.
"Sorry arrhh.Kau tu hah tersenyum-senyum.Jatuh cinta ke?" usik Adelia tersengih nakal.
Jatuh cinta?Huh,merepek!
Hayfa Natalia menayangkan wajah meluat.Dia mula mengeluarkan buku teks geografi memandangkan sebentar sahaja lagi subjek itu.
"Cepat lah,Hayfa.Bagitahu kitaorang.Siapa lelaki yang bertuah tu?" ujar Fasha pula seakan mendesak Hayfa Natalia.
"Tak de siapa lah.Korang ni merepek je.Kalau korang nak makan kerepek,nanti aku belikan.Kita buat jamuan sekali.Nak?"
"Loyar buruk pula dia ni.Tak pe,satu hari nanti,rahsia yang kau simpan tu akan terbongkar juga.." kata Zureen.
***
Zariel Iqbal menuju ke rumah mama dan papanya.Niatnya hanya satu.Ingin memohon kemaafan dari mama tersayang.
Puan Farah tiba di ruang tamu.Dia hanya melayan acuh tidak acuh sahaja anak sulungnya.Dia mahu anak lelakinya itu tahu yang dia sangat terasa hati akan perbuatan anaknya tempoh hari.
"Ma,maafkan Zariel.." ujar Zariel Iqbal menyesal.
"Dah lah,Zariel.Kamu tak perlu minta maaf pada mama.Mama kan dah tak penting dalam hidup kamu.Pergi lah back up lagi si Hayfa tu.." kata Puan Farah seakan berjauh hati.
"Ma,siapa cakap mama tak penting dalam hidup Zariel?Mama terlalu penting dalam hidup Zariel.Mama dah besarkan Zariel.Beri apa yang Zariel nak dari kecil sampailah sekarang.Zariel tak pernah lupa jasa baik mama pada Zariel.Maafkan Zariel?"
Zariel Iqbal berusaha mahu mendapatkan kemaafan dari Puan Farah.
Puan Farah tersentuh dengan kata-kata anak lelakinya itu namun ego mengatasi segala-galanya.
"Zariel nak mama maafkan Zariel.Zariel nak keberkatan dalam hidup Zariel,ma.Please?"
Puan Farah memandang anak sulungnya itu.
"Ye lah.Mama tak boleh marahkan anak lelaki mama ni lama-lama.Mama maafkan Zariel.." ujarnya mengalah.
Zariel Iqbal mendekati mamanya.Tangannya penuh hormat menyalam mamanya.Bersyukur dia kerana mamanya telah memaafkan dirinya.
***
Hayfa Natalia mendekati Zariel Iqbal yang duduk di ruang tamu itu.
"Macam mana tadi?Sorry,sebab aku,kau dengan Mak Su.."
Belum sempat Hayfa Natalia menghabiskan kata-katanya,Zariel Iqbal sudah memotong.
"It's okay,Hayfa.Aku dengan mama dah okay.."
"Bagus lah kalau macam tu.Erm..lepas ni,kau tak payah lah back up aku.Biar jelah.Kau kan tahu keluarga kita ni macam mana kan?"
Sejujurnya,Hayfa Natalia sangat menghargai apa yang lelaki itu sudah lakukan terhadap dirinya namun dia tidak mahu keluarga mereka berdua semakin menjadi musuh hanya kerana disebabkan dirinya.
"Apa pula tak payah back up kau?Kalau kau betul,aku akan back up.Kalau kau salah,aku takkan back up.Tapi,masalah tempoh hari,kau berada di pihak yang betul.Takkan aku nak diam diri je?" kata Zariel Iqbal sedikit tidak bersetuju dengan cadangan Hayfa Natalia.
"Kau ni.Aku cuma tak nak disebabkan aku,kau dengan Mak Su bergaduh.Err..aku sebenarnya dah lama nak tanya.Kau cakap apa dengan nenek?Ibu bagitahu aku,nenek dengan atuk ada tidur rumah aku baru-baru ni.Sebelum-sebelum ni,mana pernah dorang nak tidur rumah kitaorang.Kalau datang pun,mesti tidur rumah keluarga kau.." ujar Hayfa Natalia ingin tahu.
"Kau sendiri yang nak nama kau dibersihkan kan?" balas Zariel Iqbal selamba.
Hayfa Natalia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Kau?Ya Allah,Zariel!Terima kasih sangat-sangat.Banyak kau tolong aku.Sorry lah selama ni aku banyak buruk sangka pada kau.."
Wajah Hayfa Natalia sungguh ceria.Banyaknya lelaki itu membantunya dalam diam.
"Tak de hal lah,Hayfa.Aku ikhlas.Lagipun,kita suami isteri?Kena saling membantu.."
Hayfa Natalia hanya mendengar.Tidak suka membahas soal itu.Dia berharap hubungan mereka akan kekal hanya sebagai sepupu.Tidak lebih dari itu.
Tapi,mahukah lelaki itu melepaskan dirinya?
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...