Tamatlah sudah peperiksaan STPM Semester 1.Mereka kini berada di fasa bercuti untuk masuk ke Semester 2.
Hayfa Natalia dan Zariel Iqbal pulang ke rumah Puan Naurah dan Encik Fauzan.Perasaan rindu Hayfa Natalia terhadap kedua orang tuanya membuak-buak.
"Zariel,Hayfa layan kamu okay ke?" soal Encik Fauzan disaat dia dan menantunya sahaja yang berada di ruang tamu.
"Okay je,ayah.Hayfa seorang isteri yang baik.." balas Zariel Iqbal tenang dan selamba.
"Baguslah kalau begitu.."
"Ayah,maafkan Zariel.." ujar Zariel Iqbal tiba-tiba.
Berkerut sedikit dahi Encik Fauzan tatkala menantunya berkata begitu.
"Kenapa pula ni?"
"Zariel serba salah pada ayah dan ibu.Zariel rasa ayah dan ibu punca kami berdua disatukan.Tapi,Zariel sedar.Ni semua takdir kami.Zariel tak patut salahkan ibu dan ayah.." jujur Zariel Iqbal berkata.
"Tak pe,Zariel.Ayah faham apa yang kamu rasakan waktu tu.Jangan rasa serba salah ye?" kata Encik Fauzan.
Dia langsung tidak ada perasaan marah mahupun makan hati terhadap anak muda itu.Dia faham situasi Zariel Iqbal.
***
Sementara itu,Puan Naurah menasihati Hayfa Natalia ketika mereka berada di dapur untuk menyediakan makan tengahari.
"Hayfa.." ujar Puan Naurah.
"Ada apa,bu?" soal Hayfa Natalia yang sedang mengupas kulit bawang.
"Kamu sayangkan Zariel?"
Soalan dari Puan Naurah membuatkan Hayfa Natalia berhenti mengupas kulit bawang itu.Dia memandang ibunya yang sedang memotong sayur.
"Ibu cakap apa ni?"
"Kamu dengan Zariel dah hampir 6 bulan jadi suami isteri.Takkan tak de apa-apa perasaan lagi?Ibu tengok Zariel tu seorang menantu yang baik.Ibu pasti dia juga seorang suami yang bertanggungjawab.."
"Ibu,Hayfa dengan Zariel hanya sepupu.Takkan ada perasaan antara satu sama lain lah.Ibu ni.." kata Hayfa Natalia tidak puas hati.
"Ibu tak setuju kalau kamu nak berpisah dengan Zariel.."
Kedengaran suara Puan Naurah agak tegas dan serius.
"Kenapa pula?Ibu,takkan Hayfa nak jadi menantu Mak Su sampai bila-bila?Muka Hayfa ni pun Mak Su tak sudi pandang,ibu.Hayfa ni cuma sedar diri je.Mak Su takkan pernah terima lah Hayfa ni jadi menantu dia.."
"Hayfa,kalau Zariel tu memang takdir untuk Hayfa,Hayfa kena terima tau.Tak kisah lah ada sesiapa yang tak suka pun.Ingat tu.."
Hayfa Natalia hanya mendengar.Dia kembali menyambung mengupas kulit bawang.
***
Hayfa Natalia merungut dalam hati.Setiap kali pulang ke rumah orang tuanya,dia terpaksa sebilik dengan Zariel Iqbal.Huh.
Dia segera memejamkan matanya.Malas berbual dengan lelaki itu.Dia berselubung di dalam selimut.
Zariel Iqbal yang baru masuk itu menuju ke arah katil.Dia hanya memerhati Hayfa Natalia yang berselubung.
"Hayfa,aku pun nak selimut juga.Sejuk lah.Kau ni.."
Hayfa Natalia hanya mendengar.Langsung tidak mahu keluar dari selimut itu.
"Hayfa,aku tahu kau tak tidur lagi.Cepatlah.."
Zariel Iqbal masih lagi tidak puas hati dengan gadis itu.Dia mula mengacau Hayfa Natalia.Selimut yang diselubungi gadis itu ditarik.
"Zariel!" kata Hayfa Natalia geram.
Dia mula bangun dari pembaringan.Zariel Iqbal segera menutupi tubuhnya dengan selimut itu.Dia tersenyum keriangan.
"Tidurlah.Kau duduk macam tu kenapa?Oh,aku tahu.Kau tidur duduk kan?Style baru eh?" usiknya sengaja ingin menambah perisa.
Dalam kegelapan itu,Hayfa Natalia menjeling lelaki itu.Sakit hatinya.
"Kita share je lah selimut ni.Kau ni macam budak-budak lah,Hayfa.Pasal selimut pun nak merajuk.Ingat comel ke?"
"Bila masa aku merajuk?!Aku tak ingin lah share selimut dengan kau!Huh!"
"Kalau kau tak merajuk,sini lah baring sebelah aku.."
Kedengaran tawa dari Zariel Iqbal.Semakin galak dia ingin mengusik gadis itu.
Hayfa Natalia segera membaringkan tubuhnya.Dia baring membelakangi lelaki itu.
Kalau dia tidak buat begitu,lelaki itu akan melabel dirinya merajuk pula.Sabarlah wahai hati.
Setelah memastikan Hayfa Natalia benar-benar lena,Zariel Iqbal dengan berhati-hati menyelimutkan tubuh kecil itu.
Takut terbangun pula singa betina itu.
Boleh terbalik katil pula nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/247933662-288-k432372.jpg)
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
Ficción GeneralFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...