Bab 24

2.1K 82 2
                                    

"Zariel,makan sikit.Sikit je.Mama suap ni.." ujar Puan Farah sambil menyua sudu yang berisi bubur itu ke mulut Zariel Iqbal.

"Tak pe,mama.Zariel tak de selera nak makan.Mama je lah yang makan.." tolak Zariel Iqbal lembut.

Bukan dia tidak mahu,namun dia benar-benar tiada selera.Serba salah pula dia melihat wajah mamañya yang mula muram disebabkan dia tidak mahu makan.

"Err..papa macam mana?Dah ada perkembangan?" soalnya.

"Papa?Alhamdulillah,semalam dia ada gerakkan jari dia.Tak sabar mama nak tunggu papa sedar.." kata Puan Farah sedikit teruja.

"Ma,please terima Hayfa.Percaya lah cakap Zariel.Hayfa seorang gadis yang baik.Dia boleh jadi menantu.."

Belum sempat Zariel Iqbal menghabiskan kata-katanya, Puan Farah sudah laju memintas.

"Mama tak de menantu macam dia!Dah lah,Zariel.Cuba Zariel buka mata.Mana dia sekarang ni?Kamu sakit,dia langsung tak ada disisi kamu.Tak de langsung nak jaga kamu.Layak ke dia digelar sebagai isteri?!" ujar Puan Farah geram akan anaknya yang tidak habis-habis pujuk rayunya agar menerima Hayfa Natalia sebagai menantunya.

"Tapi,ma.."

"Tak de tapi-tapi,Zariel.Mama dah ada calon untuk Zariel.Anak kawan mama.Nanti dah keluar hospital,kita jumpa dia ye?"

"Tak nak!Zariel akan setia pada Hayfa seorang je!Zariel tak nak yang lain.." kata Zariel Iqbal tegas dan nekad.

***

Zariel Iqbal yang sudah dibenarkan keluar hospital itu menuju ke rumah Puan Naurah dan Encik Fauzan.Mana tahu Hayfa Natalia berada di situ.

"Zariel?" ujar Hafiz Nazim terkejut akan kehadiran adik iparnya.

"Abang Hafiz bila balik?"

Laju sahaja dia menyalam tangan abang iparnya itu.

"Baru je.Erm..masuklah.Ibu dengan ayah dekat dalam.."

Zariel Iqbal hanya mengangguk.Dia mengekori langkah abang iparnya.

Kelihatan Puan Naurah duduk di atas kerusi roda di ruang tamu itu.Dia menunduk hormat menyalam ibu mertuanya.

"Ibu,mana Hayfa?" soalnya tanpa berselindung.

Soalan dari anak muda itu membuatkan Puan Naurah memandang anak sulungnya.

"Hayfa ada kat Jordan.Dia sambung belajar dia kat sana.Sebenarnya,Hayfa tak bagi ibu bagitahu Zariel tapi ibu rasa ibu patut bagitahu Zariel.Zariel suami dia.Menantu ibu.." jujur dia berkata.

Walaupun dia sudah berjanji pada anak gadisnya itu mahu memberitahu Zariel Iqbal,namun dia rasa tiada salahnya.Anak muda itu ada hak untuk tahu di mana keberadaan anak gadisnya.

"Terima kasih,ibu.Lega hati Zariel bila tahu Hayfa kat mana.Ibu jangan risau.Zariel takkan pergi sana.Biarlah Hayfa cari ketenangan.." kata Zariel Iqbal mula ceria.

"Ibu yang patut terima kasih pada Zariel sebab masih bersabar dengan perangai anak ibu tu dan masih pertahankan ikatan kamu berdua.."

"Erm..Pak Su macam mana?" soal Hafiz Nazim yang dari tadi hanya mendengar.

"Alhamdulillah,papa dah sedar.."

"Alhamdulillah.Erm..kami minta maaf lah sebab tak lawat papa kamu.Bukan kami tak nak lawat cumanya.."

Puan Naurah menghentikan kata-katanya seketika.

"Tak pe,Zariel faham.."

***

Encik Rizman penuh berselera makan sambil disuap oleh isteri tercinta.

"Farah,Abang Ngah dan Kak Ngah mana?" soalnya ingin tahu.

"Abang boleh tak jangan sebut pasal dorang?Potong mood betul lah.Abang sedar tak,sebab dorang abang jadi macam ni dan sebab dorang juga,saya hampir-hampir kehilangan suami!" balas Puan Farah geram apabila suaminya menyebut tentang keluarga itu.

"Awak ni tak terima qada' dan qadar Allah ke Farah?Awak sepatutnya bersyukur sebab awak masih dapat jumpa saya.Bukan cari salah siapa.." kata Encik Fauzan lagi.

Puan Farah melepaskan keluhan.

"Abang nak air tak?" ujarnya tidak lama kemudian.

"Boleh juga.."







T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now