"Hacummm!"
Kedengaran bersin dari Zariel Iqbal disaat menuruni anak tangga.Hayfa Natalia yang sedang menyediakan sarapan di dapur hanya mendengar.
Zariel Iqbal mendekati Hayfa Natalia.Dilihatnya gadis itu sedang mengaul sambal.
"Kau masak apa?"
"Aku buat nasi lemak.Kau nak?"
"Hurm..boleh lah.."
Beberapa minit kemudian,Hayfa Natalia menghidang nasi lemak ke atas meja makan.Ketika itu,sekali lagi kedengaran bersin dari lelaki itu.
"Kau asal?"
"Tah lah.Nak demam kot.Badan aku pun tak sedap.."
"Oh,tu lah.Main bola tak ingat dunia.Kan dah dapat.." sindir Hayfa Natalia.
"Kau kalau sehari tak sakitkan hati aku tak boleh ke?Ada je kau kan?"
Terhenti perbuatan Hayfa Natalia yang sedang hendak menghirup teh'o panas itu.
Dia memandang lelaki itu.
"Aku gurau je.Lek arhhh.."
Sungguh dia tidak mengerti mengapa lelaki berkata seperti itu.Jadi selama ni,lelaki itu terasa dengan kata-katanya?Pelik.
***
Zariel Iqbal baring di atas katil.Tubuhnya diselubungkan dengan selimut.Sungguh dia tidak bermaya seharian itu.
Pintu biliknya diketuk dari luar.
"Zariel,kau okay tak?"
Kedengaran suara Hayfa Natalia dari luar bilik.Hayfa Natalia memberanikan dirinya dengan memulas tombol pintu bilik lelaki itu.
Nasib tidak berkunci.
Kelihatan Zariel Iqbal sedang berselubung di dalam selimut.Dia pantas mendekati lelaki itu.
"Zariel,kau asal ni?Kau okay tak?"
Zariel Iqbal keluar dari selimut.Terkejut melihat sepupunya itu berada di dalam biliknya.
"Kau buat apa kat sini?Kau keluar!" halaunya.
"Aku ni nak tolong kau.Kau kan tak sihat.Ni tak,nak sombong lagi.." ujar Hayfa Natalia geram dengan perangai sepupunya itu.
"Aku okay je.."
Hayfa Natalia meraba dahi lelaki itu.
"Zariel!Panasnya dahi kau!" ujarnya terkejut.
"Aku okay lah.Sikit je.."
Zariel Iqbal masih berdegil.
"Kau tunggu kejap.Aku ambil kain basah.."
Hayfa Natalia bingkas bangun dan melangkah ke arah dapur.Beberapa minit kemudian,dia tiba dengan sebesen air bersama kain.
"Aku okay lah,Hayfa.Aku bukan budak-budak lagi.." tegah Zariel Iqbal disaat gadis ingin meletakkan kain yang sudah direndam dan diperah ke dahinya.
"Kalau dah sedar diri tu bukan budak-budak,please.Jangan buat perangai macam budak-budak.."
Zariel Iqbal melepaskan keluhan.Dia mula membiarkan Hayfa Natalia menjaganya.
Tidak lama kemudian,kedengaran fonnya berdering.Dia mula mencapai lalu melihat gerangannya yang menghubunginya.Tertera 'mama' di skrin fonnya.
"Hello,ma?"
Hayfa Natalia hanya mendengar.
"Zariel?Are you okay?Kenapa suara macam tu?Tak sihat ke?" kelam kabut Puan Farah bertanya.
"Hurm..demam sikit je.." kedengaran tawa kecil dari Zariel Iqbal.
"Huh.Tak boleh harap betul si Hayfa tu!Silap hari bulan,kamu tak hidup dah Zariel kalau still hidup dengan dia.."
"Ma ni merepek apa ni?Dah takdir Zariel nak demam.Tak kena mengena dengan Hayfa lah.."
Pandangan mereka berdua bersambung.Hayfa Natalia memandang lelaki itu kerana lelaki itu menyebut namanya.
Pasti Mak Sunya menyalahkan diri yang tidak pandai menjaga sepupunya itu.
Beberapa minit kemudian,talian dimatikan.
"Sorry,mama.."
"Mak Su salahkan aku sebab kau demam?Tak pe lah,Zariel.Aku okay je.Tak payah lah minta maaf.." pintas Hayfa Natalia sebelum sempat sepupunya itu menghabiskan kata-kata.
"Hayfa,apa pengakhiran hubungan kita ni?" soal Zariel Iqbal tiba-tiba.
"Aku tak de jawapan untuk soalan kau.Aku tak tahu tapi kalau jalan yang terbaik dan jalan untuk puaskan hati semua orang,aku rasa perpisahan yang terbaik.." balas Hayfa Natalia.
"Hayfa,aku ada prinsip.Aku nak bercinta sekali seumur hidup,berkahwin sekali seumur hidup.Perpisahan yang aku nak hanyalah kematian.."
Hayfa Natalia memandang sepupunya itu seakan tidak percaya.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?Kau nak hidup semati dengan aku?Jangan buat kerja gila,Zariel!"
"Aku dah redha andai ini takdir kita.."
Hayfa Natalia kehilangan kata-kata.Sungguh sukar dia ingin menghadam kata-kata sepupunya itu.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
Ficção GeralFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...