Zariel Iqbal dikejarkan ke hospital sebaik sahaja rebah setelah selesai bermesyuarat.Orang yang paling risau semestinya Encik Rizman dan Hayfa Natalia.
Hayfa Natalia menunggu di ruangan menunggu.Tiba disaat itu,Puan Farah tiba.Encik Riznan pula ke tandas ketika itu.
"Tak guna kau nak menangis,kau nak menyesal.Semuanya dah terlambat,Hayfa.Anak aku terseksa.Terseksa disebabkan kau!Kau punca dia sakit!Apa lagi yang kau tak puas hati hah?!"
Hayfa Natalia memandang wajah ibu mertuanya.Sampai begitu sekali Puan Farah membencinya.
"Mak Su.."
"Aku tak de anak buah macam kau!Aku pelik lah.Dah elok-elok kau pergi.Asal kau datang balik?Kau patut tinggal terus kat mana kau pergi tu!Tak perlu balik sini!"
Baru sahaja Hayfa Natalia mahu membuka mulut,Encik Rizman mendekati.
"Aku rasa patut kau pergi dari sini.Zariel makin terseksa bila kau ada kat sini.." halau Puan Farah.
"Farah,awak tak de hak nak halau Hayfa.Hayfa isteri sah Zariel.Tolonglah jangan ikutkan sangat hati tu.." kata Encik Rizman tidak bersetuju.
Tidak lama kemudian,Ashrif keluar dari ruang itu.
"Rif,Zariel macam mana?" laju sahaja Puan Farah menerpa ke arah anak buahnya.
"Mak Su,Rif terpaksa tahan Zariel.Keadaan Zariel semakin memburuk.." jujur Ashrif berkata.
Hayfa Natalia hanya mendengar.Maknanya suaminya itu membohongnya tempoh hari?
"Rif,tolonglah selamatkan Zariel.Mak Su tak kisah berapa kosnya janji Zariel sihat macam dulu.." rayu Puan Farah.
"Kita sekarang tiada penderma sum-sum tulang yang sesuai.."
"Biar Hayfa yang derma.."
Kata-kata Hayfa Natalia membuatkan mereka bertiga memandang ke arahnya.
"Kau betul-betul pasti ke,Hayfa?" soal Ashrif inginkan kepastian.
"Ye.Aku yakin.Aku nak Zariel sihat macam dulu.." nekad Hayfa Natalia berkata.
"Okay,tapi aku kena pastikan sama ada kau sesuai tak dengan Zariel.."
***
Hayfa Natalia melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan suami tercinta.Dia agak kecewa dengan keputusan yang diterima.Sum-sum tulangnya tidak sepadan dengan lelaki itu.
"Maafkan Hayfa,abang.Hayfa tak mampu nak tolong abang.Hayfa tak pernah bahagiakan abang.Mesti abang banyak makan hati dengan Hayfa kan?Tapi abang diam.Abang tak sampai hati nak cakap pada Hayfa kan?Abang takut Hayfa terluka kan?"
Matanya sudah mula berkaca.Dia memandang raup wajah suaminya yang masih belum sedar itu.
"Hayfa harap Hayfa masih boleh tengok abang.Masih boleh bercakap dengan abang.Semuanyalah.."
Dia tersengih kecil.Tangan kanan suaminya dipegang.
"Terima kasih sebab masih setia pada Hayfa.Hayfa tak tahu nak balas jasa abang dengan apa and macam mana.Abang terlalu istimewa dalam hidup Hayfa.Hayfa ingat lagi waktu kita kecil.Kita selalu mandi pantai bersama.Main pasir.Hurm..budak-budak sangat.."
Dia ketawa bersama deraian air mata yang jatuh membasahi pipinya.
***
Zariel Iqbal mula membuka kelopak matanya.Dapat dilihat disisinya Hayfa Natalia lena.Penat sangat kot kerana hampir seharian menjaganya.
"Sweetheart.." kejutnya.
Tidur Hayfa Natalia mula terasa diganggu.Matanya segera dibuka.
"Abang?Abang okay?Nak Hayfa panggilkan Ashrif?" ujarnya kalut.
"Tak pe.Abang okay je.Kenapa tidur kat kerusi?Sakit badan lah,sweetheart.Sweetheart balik ye?Tidur kat rumah.Esok datang semula.." kata Zariel Iqbal,menyuruh isterinya itu pulang.
"Tak nak.Hayfa nak temankan abang kat sini.Hayfa risaukan abang.." balas Hayfa Natalia tidak mahu.
"Kalau macam tu,sini.Baring sebelah abang.Selesa sikit.." ajak Zariel Iqbal sambil bangun dari pembaringan dan memberikan ruang untuk isterinya.
"Tak pe lah.Hayfa tidur kat sofa tu je.Hayfa tak nak ganggu abang.."
"Tak de ganggu lah,sweetheart.Sini.."
Hayfa Natalia mula mengalah.
"Okay,fine!"
Mereka mula baring berdua di katil pesakit itu.
"Abang nak peluk sweetheart.."
"Ish,gatal!"
Zariel Iqbal hanya tersengih.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...