"Tahniah anak ibu.." ujar Puan Naurah teruja akan khabar gembira yang baru diterima.
"Hayfa ni baru lagi.Kena jaga-jaga.Tak boleh lasak-lasak sangat.." pesan Puan Fauziah pula.
Kebetulan dia dan Encik Ahmad berada di situ.Datang untuk menjenguk Zariel Iqbal.Tidak menyangka pula akan menerima berita kehamilan Hayfa Natalia.
Puan Farah pula dari tadi hanya mendengar.Dia bakal ada cucu.Kata-kata anak lelakinya masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Awak ni diam je Farah?Kenapa?" soal Encik Rizman sedikit pelik.
Bukan apa,selalu ada sahaja isterinya akan berceloteh.Hari ni,tiada pula.Itu yang dia bertanya.
"Saya diam salah.Saya cakap pun salah.Apa masalah abang ni?" ujar Puan Farah geram.
"Saya cakap je.Awak ni.."
***
Zariel Iqbal sudah dibenarkan pulang.Semua berkumpul dan tidur sekali di rumah mereka berdua.
Selesai memberikan ubat kepada Zariel Iqbal,Hayfa Natalia turun sebentar ke tingkat bawah.
Dia menuju ke dapur.Dapat dilihatnya ibu mertuanya itu berada di situ.Dia memberanikan diri untuk menegur.
"Err..Mak Su tak tidur lagi?Erm..Mak Su nak apa-apa tak?Hayfa boleh.."
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,Puan Farah sudah memintas.
"Tak pe.Mama tak nak apa-apa.Hayfa duduklah.."
Terkedu Hayfa Natalia dibuatnya.Buat pertama kalinya ibu mertuanya itu membahasakan diri sebagai 'mama' kepadanya.
Dia hanya menurut kehendak Puan Farah.Kekok rasanya bila berdua dalam keadaan begitu.
Puan Farah mengambil tangan menantunya.Digenggamnya.
"Maafkan mama,Hayfa.Mama sedar mama banyak salah pada Hayfa.Mama.."
Hayfa Natalia pantas menggelengkan kepalanya.
"Mama tak de salah pada Hayfa.Erm..kita lupakan apa yang dah jadi.Kita buka buku baru ye?"
"Terima kasih,Hayfa.." ucap Puan Farah.
Hayfa Natalia memeluk tubuh ibu mertuanya.Puan Farah juga membalas pelukan menantunya.
Zariel Iqbal yang berselindung di balik tiang itu tersenyum melihat mereka berdua.Alhamdulillah.
Dapat juga dia melihat mereka berbaik.Kuasa Allah kan?Tiada yang mustahil.
***
Sekali lagi Zariel Iqbal dimasukkan ke hospital.Semakin hari semakin merosot keadaan lelaki itu.
"Hayfa,Hayfa rehat ye?Biar mama dengan papa yang jaga Zariel.Hayfa mana boleh penat-penat.." ujar Puan Farah kesiankan menantunya.
"Tak pe,ma.Hayfa nak ada disisi Zariel.Hayfa nak dia buka mata,dia nampak Hayfa.." kata Hayfa Natalia sebak.
"Betul cakap mama tu,Hayfa.Kita balik ye?Esok kita datang lagi.Sekarang,masa untuk Hayfa pula rehat.." ujar Puan Naurah pula,memujuk anak perempuannya.
Hayfa Natalia mengangguk.
"Abang,Hayfa balik dulu ye?Hayfa doakan semoga abang cepat sedar.Jangan tinggalkan kami.."
Dahi licin suaminya dikucup lembut.Dengan perut yang sudah kelihatan,dia perlahan-lahan bangun dari duduk.Menyalam kedua orang mertuanya.
Puan Naurah dan Encik Fauzan membawa anak mereka pulang.
Puan Farah mengambil tempat di sisi anak lelakinya.
"Zariel kena kuat tau.." ujarnya sambil mengusap lembut ubun-ubun kepala Zariel Iqbal.
Encik Rizman mengusap belakang isterinya bagi menghilangkan keresahan.
"Jangan macam ni,Farah.Insya-Allah,Zariel akan okay.." pujuknya.
"Saya tak boleh nak terima kalau Zariel tinggalkan saya.Kenapa bukan saya je yang sakit?Kenapa Zariel?" kata Puan Farah sebak mengenangkan nasib anak sulungnya.
"Allah tak kejam pada makhluknya,Farah.Awak kena ingat tu.Mungkin semua ni ada yang Allah yang tunjuk pada kita.Ada hikmahnya disebalik sesuatu yang berlaku tu.."
"Saya minta maaf,abang.Saya sedar banyak salah saya pada abang,pada keluarga Abang Ngah dan semua lah.Saya menyesal.."
"Baguslah awak dah sedar,Farah.Abang sentiasa maafkan awak.Apa yang penting sekarang ni,kita doakan kesihatan anak,menantu dan keluarga kita.."
Puan Farah tersenyum dan mengangguk setuju dengan kata-kata suaminya.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
Ficción GeneralFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...