Bab 3

2.2K 84 20
                                    

Puan Fauziah dan Encik Ahmad tiba di rumah anak dan menantu keduanya.Sungguh mereka terkejut dengan khabar berita yang diterima semalam.

"Kamu berdua ni tak reti jaga anak ke?" kata Puan Fauziah.

Puan Naurah ingin membalas namun Encik Fauzan menghantar isyarat mata supaya berdiam.Biar dia yang membalas.

"Mak,semua ni berlaku secara kebetulan.Waktu tu,kami berdua tiada di rumah.Mungkin jiran-jiran nampak mereka berdua berdua-duaan di luar rumah,itu yang mereka salah faham.." kata Encik Fauzan menerangkan situasi sebenar.

"Kamu ke mana,Naurah?Setahu mak,kamu suri rumah.Kenapa boleh tak de kat rumah waktu tu?"

"Naurah ke klinik,mak.Budak kembar ni demam.Cikgu sekolah dorang call Naurah.Jadi,Naurah pun pergi sekolah dan ambil mereka.." kata Puan Naurah sambil memandang anak kembar lelakinya yang sedang duduk di sebelahnya.

Dia teringat akan kejadian semalam.Kedua-dua kembar itu baru darjah 3.Sekolah pun di sesi petang.

"Jadi ni semua salah kamu,Naurah.Dah tahu mereka berdua tu akan balik dari sekolah,kenapa tak tunggu dorang balik dulu baru pergi?Haih.Dalam keturunan aku,belum ada lagi yang kahwin sesama sepupu.Mak kecewa,Fauzan.." ujar Puan Fauziah.

"Mak,dorang kena kahwin juga ke?Farah tak setuju.Zariel muda lagi,mak.." sampuk Puan Farah tidak lama kemudian.

"Farah,dorang kena kahwin juga.Dorang dah malukan keturunan aku.."

"Tapi Zariel tak salah.Ni salah Hayfa.."

Hayfa Natalia yang mendengar perbualan mereka dari tingkat atas menyeka air matanya yang tumpah.

Ikutkan rasa hati,dia mahu sahaja menyampuk perbualan mereka.Dia sakit hati dengan nenek serta Mak Sunya yang menyalahkan keluarganya.

Lagi-lagi Mak Sunya.Semua kesalahan dicampakkan ke atas dirinya seorang.Anaknya sahaja yang betul.

Dia mula menuju ke bilik.Dia bersandar di belakang pintu.Dia menangis sepuas-puasnya.

Dia benci akan dirinya.Kerana dirinya,ibu dan ayahnya mendapat malu.

***

Selesai sahaja menunaikan solat zohor,Hayfa Natalia membaringkan tubuhnya di atas katil.Dia masih tidak boleh terima dengan apa yang bakal brlaku pada malam nanti.

Tidak lama kemudian,kedengaran pintu biliknya diketuk.Pintu dibiliknya dipulas seseorang dari luar.Terjengul wajah ibu kesayangan.

"Hayfa.."

Dia bingkas bangun dari pembaringan.Tubuh ibunya dipeluk erat.

"Ibu.."

"Hayfa,janganlah macam ni.Ibu susah hati tau tengok keadaan Hayfa yang tak terurus macam ni.."

Air mata Hayfa Natalia mula mengalir.Puan Naurah melepaskan pelukan.Air mata anak gadisnya diseka perlahan.

"Ibu,cakap kat ayah.Hayfa tak nak kahwin.Hayfa muda lagi,ibu.." ujarnya tersedu sedan.

"Hayfa,kita kena jaga air muka atuk dengan nenek.."

"Tapi Hayfa tak salah.Kitaorang tak buat apa-apa.Ibu tak percayakan Hayfa ke?"

"Ibu percaya Hayfa budak yang baik.."

"Habis tu?"

Puan Naurah kehilangan kata-kata.Dia tahu anaknya itu bagaimana.Mana mungkin anaknya itu membuat perkara tidak senonoh itu.

"Kenapa setiap kali tangkah basah berlaku,kena kahwin?Tak boleh ke bayar denda je?Kenapa kita kena buat baik dengan orang?Orang lain pun bukannya buat baik pada kita pun.Atuk dengan nenek jarang sekali ada waktu kita susah.Kenapa kita nak kena jaga air muka dorang?" kata Hayfa Natalia geram.

Bukan dia tidak tahu,atuk dan neneknya memang berat sebelah.Mereka adik-beradik pun tidak begitu rapat dengan atuk dan nenek mereka hanya kerana ayahnya bernikah dengan ibunya.Senang kata,pernikahan yang tidak direstui.

Mereka satu keluarga bagai dipinggirkan setiap kali pulang ke kampung.Begitu juga dengan beberapa pak cik dan mak cik mereka.

"Hayfa.."

"Hayfa cakap benda betul,ibu.Bila jadi hal ni,baru atuk dengan nenek jumpa kita.Datang rumah kita.Kalau tak jadi,tak denya.."

"Hayfa,dorang tetap atuk dengan nenek Hayfa.Ingat tu.Dah lah,sekarang Hayfa siap.Majlis dah tak lama.."

***

Majlis akad nikah pada malam itu sungguh sunyi sepi.Tidak semeriah dengan majlis pernikahan yang lain.

Hanya keluarga mereka berdua serta atuk dan nenek sahaja yang ada.Terdapat juga beberapa orang surau.

Dengan sekali lafaz,mereka sah sebagai suami dan isteri.

Zariel Iqbal mendekati Hayfa Natalia.Dihulurkan tangan kepada Hayfa Natalia.

Dengan tidak rela,Hayfa Natalia menyalam tangan lelaki itu.Setelah itu,majlis selesai.

Hayfa Natalia beredar masuk ke salam bilik.Pintu ditutup dengan rapat.Dia duduk di birai katilnya.

Serta-merta air matanya tumpah sekali lagi.Dia menekup mulutnya bersama dengan esakan kecil.

'Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?' getusnya di dalam hati tidak lama kemudian.









T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now