"Farah,rumah Zariel kat mana?Jauh ke dari sini?" soal Puan Fariha.
"Kenapa Kak Teh tanya?Kak Teh nak pergi sana ke?Tak payah lah.Buat sakit hati je.Mak dengan anak sama.Huh.." ujar Puan Farah tidak puas hati.
"Tak de.Saja lah Kak Teh nak tengok pasangan pengantin tu.Okay ke tidak.."
"Hurm..tak payah sibuk lah.Farah geram dengan si Zariel tu.Nampak gayanya dia tak nak lepaskan si budak Hayfa tu.Tak tahu lah budak tu bagi apa pada Zariel.."
"Dia bagi ubat guna-guna tak?" Puan Fariha mula membuat andaian.
"Awak jangan nak merepek boleh tak?" sampuk Encik Aidan.
Dia dan Encik Rizman hanya mendengar dari tadi.Terasa sudah tiada selera untuk bersarapan pada pagi itu.
"Abang ni.Saya cakap je.." kata Puan Fariha sedikit geram kerana suaminya menyampuk perbualan antara dia dan adiknya.
"Cakap tu boleh je,Kak Teh.Tapi,jangan sampai tabur fitnah pula.." tegur Encik Rizman pula.
Kedua beradik itu mula terdiam.
***
Sementara menunggu Puan Rizana untuk matapelajaran Pengajian Am,mereka berempat berbual.
"Tak sangka kan?Nak habis dah kita ni.Aku harap result aku gempak untuk yang keseluruhan nanti.." kata Adelia sambil menaruhkan harapan yang tinggi untuk keputusan STPMnya nanti.
"Insya-Allah.Erm..korang nak sambung mana nanti?" soal Hayfa Natalia ingin tahu.
"Aku tak fikir lagi lah,Hayfa.." balas Fasha.
"Aku nak sambung kat UUM.Aku nak sama dengan kakak kembar aku.Kau pun tahu kan,aku masuk form 6 pun sebab tak dapat ikut jejak kakak kembar aku ke matrik.So,degree nanti aku harap dapat sama tempat dengan dia.." ujar Zureen pula.
Ya,itulah sebab mengapa Zureen terpaksa menyambung tingkatan 6 di sekolah itu.Sedih dia kerana tidak dapat matrik bersama kakak kembarnya.Namun,dia berharap sewaktu dia menyambung degree nanti impiannya akan tercapai.
"Aku pula nak sambung kat UM.Universiti tertua di Malaysia.Wow,tak sabarnya!Kau,Hayfa?Tanya orang.Kau nak sambung mana nanti?" soal Adelia ingin tahu.
"Aku?Aku kalau boleh nak ikut jejak abang aku.Aku nak sambung kat Jordan.Mesti best kan?" kata Hayfa Natalia sambil tersenyum membayangkan bumi Jordan.
Suasana kelas itu mula diam apabila Puan Rizana merangkap guru kelas mereka tiba di kelas.Semua pelajar berdiri dan salam diberikan oleh ketua kelas iaitu Syafiq.
***
Hayfa Natalia melangkah keluar dari kereta Myvi milik Adelia.Kelihatan dua ibu saudaranya berada di pintu pagar rumahnya.
"Sorang je?Balik dengan jantan mana pula tu?" kata Puan Farah sedikit pedas dan menyindir.
Disebabkan kereta Adelia bertingkap gelap,itu yang dia berkata begitu.
"Mak Su,tu kawan Hayfa.Perempuan.Namanya Adelia.Mana ada jantan.." ujar Hayfa Natalia sedikit geram.
Dia balik sekolah penat.Tahu-tahu sahaja dua ibu saudaranya di luar rumah sebegitu.Tidak cukup dengan itu,mahu mencari gaduh pula dengannya.
"Alaa,back up dirilah tu,Farah.Bukan boleh percaya dengan si Hayfa ni.Cover line pandai dia ni.." kata Puan Fariha ingin menjadikan lagi suasana semakin tegang.
"Anak aku tak de,pandai kau tunjuk belang kan?Kau memang tak patut jadi isteri anak aku,Hayfa!"
Tubuh anak muda itu dipukul-pukul geram.Serentak itu,Zariel Iqbal pula tiba di rumah dengan bermotosikal.Terkejut dia melihat keadaan itu.
Dia pantas mendekati Hayfa Natalia.Tubuh gadis itu ditarik agar menjauhi mamanya.Dia memeluk gadis itu.
"Mama buat apa ni?Tak malu ke dengan jiran-jiran?" ujarnya.
"Kamu tanya perempuan tu!Apa dia buat belakang kamu?!Curang!Tak sedar diri?!" kata Puan Farah geram apabila anak lelakinya membela Hayfa Natalia.
"Mak Su fitnah aku,Zariel!Kau sendiri tahu aku balik dengan Adelia tadi!Tetiba je Mak Su serang aku!" kata Hayfa Natalia pula.
"Ye lah,mama.Zariel tahu Hayfa balik dengan kawan dia.Mana ada Hayfa curang.Ma dengan Mak Teh balik lah.Jangan buat kecoh kat sini.." ujar Zariel Iqbal masih membela Hayfa Natalia.
Bukan niatnya mahu menghalau mama dan ibu saudaranya cuma dia rasakan itu lah yang terbaik.Dia tidak mahu keadaan menjadi semakin buruk.
"Sanggup kamu halau kami,Zariel?Mana hormat kamu pada mama kamu ni?Pada Mak Teh?" kata Puan Fariha kecewa dengan sikap anak buahnya itu.
"Maafkan Zariel,mama.Maafkan Zariel,Mak Teh.Ni bukan masa yang sesuai.."
"Sampai hati Zariel halau mama.Hei,perempuan!Hari ni hari kau,esok lusa hari aku!Jom,Kak Teh!Zariel kena ingat tau.Zariel dah lukakan hati mama!"
Puan Farah menarik Puan Fariha untuk segera beredar dari situ.Zariel Iqbal melepaskan keluhan.Adakah dia anak derhaka kerana telah menyakiti hati mamanya?
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...