Cempaka, gadis kampung yang tertimpa dengan satu 'sumpahan'. Semuanya bermula apabila suami pertamanya meninggal akibat kemalangan di hari perkahwinan. Manakala suami keduanya pula meninggal di malam pengantin. Disebabkan nasib tersebut, Cempaka dijolokkan dengan panggilan Sumpah Si Dara Suci. Cempaka akan sentiasa suci sampai ke mati. Sesiapa yang akan menikah dengan Cempaka, dimomokkan dengan kematian. Atas sebab itu, Cempaka berusaha menolak lamaran Aathif, bekas adik iparnya. Baginya, sifat berani Aathif untuk cuba membuktikan bahawa sumpahan tersebut mengarut adalah kerja gila. Dia tak mungkin risikokan nyawa orang lain demi mencari bahagia sendiri. Tak habis di situ, Farrel muncul pula dengan sikap melindungi. Hati yang menolak, lama-lama tersentuh jua. Sikap bersungguh Farrel tidak datang seperti Aathif yang dianggap sebagai saudara sahaja. Farrel berbeza! Cempaka jadi keliru. 'Sumpahan' yang melekat di batang tubuhnya itu betul atau tidak. Jika betul, sanggupkah dia menanggung perit sekali lagi ditinggalkan seorang suami? Jika salah, benarkah ada bahagia yang menunggu di depan sana?