Pertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun disebabkan satu peristiwa yang terjadi kepada Raisha Imani, hubungan mereka berdua menjadi sangat rapat. Siapa yang pernah menyangka, di awal usia 17 tahun, mereka berdua sudah bersatu sebagai suami isteri. Baik Raisha Imani dan Syahmi Aqil, mereka sama-sama bahagia menjalani kehidupan berumahtangga. Namun langit tidak selalunya cerah dan hari tak selamanya indah, mereka berdua terpaksa berpisah disebabkan perhubungan mereka yang tidak direstui oleh bapa Syahmi Aqil. Tanpa Syahmi Aqil pernah mengetahui, sewaktu Raisha Imani diceraikan, wanita itu sedang hamil zuriat mereka. Bertahun-tahun Raisha Imani menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal sehinggalah dia bertemu kembali dengan Syahmi Aqil. Namun lelaki itu bersikap sombong dan seolah-olah tidak pernah mengenalinya dan telah pun berkahwin lain. Bagi Raisha Imani, dia tidak pernah sedikit pun melupakan Syahmi Aqil. Adakah segala kebenaran tentang zuriat mereka akan terbongkar? Masih adakah harapan untuk Raisha Imani kembali mencari bahagianya bersama Syahmi Aqil atau dia harus melepaskan lelaki itu daripada hidupnya? Semuanya terjawab dalam Alasan Untuk Bahagia All copyright reserved...