Bagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca olehnya. Hawa Qaisara memiliki ahli keluarga yang cukup ramai dan ianya boleh dikatakan cukup sempurna dan bahagia. Tetapi ianya musnah dengan kedatangan isteri kedua ayahnya. "Aku suruh kau lap lantai tu dengan kain bukan dengan mop, kau tak faham bahasa ke perempuan" - Zulina "Sarapan pagi aku mana ? Aku dah cakap kan sebelum pergi sekolah pastikan kau dah siapkan makanan untuk aku and buatkan air panas untuk bapak kau kerja" - Zulina Hawa Qaisara hanya mampu mengikut sahaja kehendak ibu tirinya kerana dia menghormati Zulina sebagai isteri kepada abahnya. ___________________________________________________ Fictional character ? Ya, bagi Hawa Qaisara ianya hanyalah sekadar imaginasi yang dicipta oleh 'manusia'. Tanpa dia sedari sebenarnya dunia novel yang dia idamkan itu telahpun menjadi kenyataan . "I want you to find out about this girl" - Tengku Haiyan Mikael Tetapi malangnya, Hawa Qaisara tidak lagi berminat untuk bercinta kerana kisah silam yang sentiasa menghantui fikirannya. Persoalannya, adakah Hawa Qaisara akan menerima kehadiran Tengku Haiyan Mikael sebagai peneman hidupnya ? Dan mampukah Tengku Haiyan Mikael menakhluki hati si gadisnya ? KARYA PERTAMA by syam1m1e ♡.