Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya panggilan itu yang selalu meniti dibibir. Kerana hanya Omar yang menjaga Raisha. Tapi suatu hari, Omar pula mengalami kemalangan. Dan kemalangan itu, meragut nyawa Omar. "Abah!" Tidak kira seberapa teruk pun dia menjerit, merintis menangis seperti orang gila, namanya juga takdir. Tiada siapa yang mampu ubah. Abah pula sering sekali menyebut tentang perkahwinan. Suatu hari, Raisha bertunang dengan jejaka pujaan hatinya. Tetapi kerana beberapa hal yang tak diingini berlaku, dia hilang ingatan. Alamak! Macam mana dengan tunang dia pula? Dilupakan begitu sahaja? Setelah bertahun-tahun lamanya berkenalan? "May i know your name, sir?" ~RAISHA Pertemuan demi pertemuan berlaku keatas dirinya. "Can you stop calling me 'tuan'? It's so annoying." ~UNKNOWN Siapa pula si jejaka kerek ini? "Aku terima nikahnya, Nur Raisha Qistina binti Omar dengan mas kahwinya RM 1000 dibayar tunai." Lalu mereka sah menjadi suami isteri dalam pertemuan yang sangat singkat bagi Raisha. Apa yang sedang berlaku? Jejaka itu mengenalinya. Sedangkan dia langsung tidak mengenal siapa jejaka itu. "Raisha perlu tahu semuanya." Apa yang perlu Raisha ketahui? Apa yang sedang disembunyikan oleh orang sekelilingnya? Sangat misteri. "Siapa saya?..." ~RAISHA Satu persatu kebenaran mula terungkai menyebabkan Raisha mula mengingati siapa dirinya yang sebenar. Saksikan hanya di... ÉL ES MÍO } By Mrs_pororo