10

60 5 0
                                    

      TOK! TOK!

"Assalamualaikum.." aku memberi salam usai mengetuk pintu. Kaki kanan melangkah masuk apabila pintu rumah sudah pun selamat aku buka.

Figura pertama yang menyapa kornea mata aku adalah Rasyid.

Aku tersenyum kelat kepadanya.

"Abang. Ibu mana?" Soal aku.

"Ibu kerja." Balasnya ringkas.

"Kau tidur mana semalam?"

"Rai-raisha.. tidur hospital.." jawap aku jujur.

"Kenapa?"

"Raisha pengsan semalam. Lepastu ada seorang perempuan ni yang bawa Raisha ke hospital."

Padahal aku tak tahu pun sama ada perempuan yang bernama Zara itu ataupun Zayden yang bawa aku ke hospital.

"Mana laki tu?" Rasyid menyoal lagi. Lalu dia bangun berdiri dari duduk dan berjalan mendekati aku yang masih statik berdiri diambang pintu.

"Le-lelaki mana?" Soal aku apabila dia sudah merapat. Dia menunduk menyamai tinggi aku.

"Raisha-raisha.. Ibu dah cerita semuanya dekat aku." Balasnya sinis. Aku menggengam erat hujung baju aku.

"Kau jangan cakap kau berani jejak kaki masuk dalam rumah ni tanpa bawa dia?" Soal Rasyid lagi. Aku hanya menelan air liur. Membiarkan soalannya seperti angin berlalu.

"Nur Raisha Qistina." Panggilnya dingin. Aku mendongak memandang wajahnya. Sedikit terketar lutut aku kerana takut.

Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Ibu takkan lepaskan kau." Katanya lagi.

"Baik kau biarkan aku jer yang settle kan masalah ni."

"Daripada merana kerana ibu.." Rasyid mengutarakannya dengan nada yang sinis.

"Korang semua sama jer." Tiba-tiba terdetik dalam hati aku untuk memberanikan diri. Aku memandangnya tajam.

"Ha?"

"Kalau Raisha serahkan lelaki tu dekat abang pun, tak de bezanya dengan ibu! Sama aje!" Jerkah aku. Hujung baju aku genggam erat.

"Ibu dengan abang, takde beza pun. Dua-dua kejam!" Kata aku lagi dengan gigi diketap kuat.

Pak!

Satu tamparan melepas diwajah aku. Aku hanya mendiam.

Tangan kasar milik Rasyid naik menggengam kuat kedua-dua belah pipi aku. Membuatkan mulut aku sedikit termuncung ke hadapan.

"Sekarang kau nak salahkan aku?"

"Apa? Kau nak salahkan aku lepas semua ni jadi dekat kau?" Rasyid menyoal.

"Bukan setakat kau jer yang susah, Raisha. Ahli keluarga kita dah kehilangan tulang belakang. Boleh jadi itu disebabkan kau.."

Aku mengetap bibir. Tiba-tiba jer kaitkan dengan kematian abah.

"Kematian abah takde kena-mengena dengan semua ni." Aku berkata dengan datar. Tangan Rasyid aku tepis kasar.

Rasyid tersenyum senget.

"Raisha.. lepas jer kemalangan, amnesia pula. Haih.." Rasyid menggeleng kepala.

"How can Zayn boleh tahan dengan hubungan korang yang sekarang ni?"

Aku mengerut kening. Zayn? Who Zayn?

"Lepas kematian abah, kau dah tak ingat apa-apa tentang dia. Tapi dia masih menunggu.. He is very loyal.."

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now