7

57 6 0
                                    

       AKU masuk kedalam bilik. Lalu memakai tudung sarung berwarna hitam dan berjalan keluar.

Yer lah duduk dalam bilik lama-lama buat apa?

Aku berjalan menuju pintu utama dengan air mata masih mengalir.

Tangga kayu dihadapan rumah aku tuju. Tapi, aku malah terserempak dengan Raudhah.

Time-time ni juga lah nak jumpa minah tudung senget ni.

"Raisha nak pergi mana?" Dia menyentuh tangan aku. Pantas aku tepis.

"Nak--"

"Buat apa lagi depan tu!? Blah cepat!" Jerkah ibu dari ambang pintu. Aku mengetap bibir lalu menghayunkan kaki berlari pergi dari rumah kayu itu.

"Akak!" Jeritan Rayyan hanya aku abaikan. Kaki sambung berlari laju.

Yahhh. Aku kena halau rumah. Ibu kata selagi aku tak jumpa lelaki yang tolong aku tu, dia tak bagi aku balik. Masalahnya dekat mana aku nak cari jantan tu? Kalau boleh call tak kisah lah. Ni masalahnya aku tak kenal siapa mamat tu. Tiber suruh pergi cari sampai dapat.

Hujan yang lebat aku redah. Buat tak tahu jer. Tapi sejuk sangat yang aku rasa masa ni.

Jujur, hati ini bagai dihempap batu yang besar. Tersangat besar. Aku menangis sehingga terhinjut bahu. Sakit sangat hati ni. Bertahun-tahun bertahan dalam rumah kejam tu, lah! Tahu-tahu tahun ni kena halau cenggitu aje.

Tanpa aku sedar, aku sudah pun masuk ke jalanraya. Aku berlari lalu menuju ke bas stop terdekat.

"Astaghfirullah hal'azim.." aku meraup wajah usai sampai disitu lalu aku melabuh punggung. Aku berehat seketika.

Aku memandang tubuh aku yang basah kuyup kerana hujan. Aku mengeluh. Air mata tiba-tiba mengalir.

"Jangan nangis, Asha.." aku mengelap air mata yang mengalir.

"Ish! Kalau ada orang nampak malu lah! Kau dah umur 18 tahun kut! Asal cengeng sangat ni!?" Aku menyoal geram dengan diri sendiri. Air mata yang masih mengalir aku lap.  Aku memegang organ kiri aku.

"Hati aku sakit. Sakit sangat." Kata aku lagi. Air mata yang mengalir kini aku abaikan.

Lagi pun bukannya ada orang yang menunggu sebumbung dengan aku pun sekarang ni. Kereta lalu lalang ada lah.

"Kenapa ibu selalu buat aku macam ni?"

"Yes, of course disebabkan ibu tu, ibu aku, aku hormat dia. But.... arghh! Entahlah. Malas aku nak fikir." Aku mengeluh berat seorang diri. Malas pula rasa nak fikir.

"Tapi itu lah.. ibu kalau dengan anak kesayangan dia okey aje.. dengan aku jer macam tu.." aku sambung mengaduh nasib.

Mungkin manusia tak dengar, tapi at least kerusi ni dengar. Yer nok kerusi?

"Kalau dengan Rasyid, Raudhah atau Rayyan okey jer.. hmp! Apatah lagi kalau dengan dia punya anak kesayangan tu! Lagi lah!" Aku mendengus geram. Lalu tangan menepuk-nepuk kerusi disebelah melampiaskan amarah.

"Nasib lah anak kesayangan si rani--"

"Cik? Cik okey?" Seseorang menyoal.

"Oi mak anak sayang!" Latah aku. Hampir terlompat aku. Aku terus memegang dada seraya berpaling memandangnya. Aku memandangnya atas bawah. Dia tertawa kecil.

"Cik okey? Kenapa cik basah kuyup ni?" Dia melabuh punggung tepat disebelah aku. Aku diam membisu.

"Dan yang paling saya tertanya-tanya.. kenapa cik menangis?" Soalnya. Aku terkedu.

Tangan naik memegang pipi. Wow! Basah lencun mat! Aku pantas mengusap pipi aku. Fuh! Malu! Tercalar imej aku.

"Cik buat apa dekat sini?" Bertalu-talu soalan dilontarkan kepada aku.

Dia tanya aku buat apa dekat sini? Tunggu bas lah! Takkan lah datang bas stop nak buat disco lak? Alah, soalan.

"Ouh! Maaf!" Dia secara tiba-tiba menampar lembut mulutnya. Aku memandangnya pelik.

Amende minah ni?

"Saya tak tahu pula cik bisu.. dari tadi saya soal, patut lah cik tak balas.. maaf.." Ujarnya lalu menunduk. Aku mengeluh perlahan.

"Saya saja duduk sini. Bosan." Kata aku. Terus terangkat kepala dia sambil memandang aku pelik.

"Cik tak bisu pun!?" Ujarnya terkejut dengan gaya tangan menekup mulut. Terkejut sangat tu.

"Saya tak bisu." Balas aku singkat. Bukan kerek, tapi aku tengah takde mood. Baru lepas nangis, so nak rehat kejap.

"Ouh.. kenapa cik menangis?" Soalnya lagi. Ish minah ni! Busybody betullah!

"Biasalah.. masalah keluarga.." aku senyum segaris lalu kembali memandang jalanraya yang hujan masih turun lebat. Dia mengangguk.

"Erm.. nama awak apa?" Soal aku untuk pertama kalinya.

"Nama saya Zara Adelia. Boleh panggil Zara jer. Nama awak pula?" Gadis bernama Zara itu membalas dengan riang.

"Raisha Qistina."

"Cantik nama. Macam tuan badan." Pujinya. Terus kembang semangkuk aku.

"Zara buat apa dekat sini?" Soal aku.

"Saya tunggu abang. Dia suruh tunggu dekat sini, katanya dia nak ambil." Balas Zara dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Awak pula? Datang sini nak rehatkan minda?" Soalnya. Aku hanya mengangguk benar. Dia tiba-tiba tertawa. Aku mengerut kening.

"Umur awak berapa erh?"

"18." Aku terus menjawab.

"Ouh, umur kita sama lah. Saya pun 18 tahun." Aku mengangguk perlahan.

Mata aku turun memandang bagasi besar disebelahnya.

"Dari mana?" Soal aku pelik. Dia pun nak lari rumah ker?

"Saya baru balik uni. Cuti awal tahun." Katanya. Aku mengangguk lagi.

Kepala aku tiba-tiba berpusing. Pening sangat.

"Awak pula--"

"Haccum!" Aku bersin. Aku mengusap wajah lalu memandang mata milik Zara.

"Awak tak sihat ker?" Soalnya lembut. Aku pantas menggeleng.

"Sambung lah." Kata aku. Dia mengangguk lalu sambung bercerita tentang tadi.

"Awak nak masuk uni?" Soal dia. Aku mengetuk dagu.

"In Shaa Allah.." balas aku. Kepala yang sangat berdenyut aku abaikan.

Wak lek wak peace dah.

"Awak-- ehh! Awak okey tak ni!?" Dia memegang bahu aku apabila tangan aku naik memegang kepala.

"Sa-saya okey.." balas aku. Tangan aku memegang kepala.

Jangan lah time-time macam ni kau nak sakit, sayang oi!

"Awak okey tak ni? Saya boleh call ambulans kalau awak nak." Ujarnya cemas. Dia memegang pipi aku.

Aku memandangnya. Tiba-tiba mata aku kelabu.

"Saya okey aje... Awak tak payah susah-susah nak.."

BAM!

Tubuh aku jatuh menyembah lantai.

Mata aku tertutup rapat. Namun telingat masih mampu mendengar.

"Ya Allah! Akak sha! Kak bangun kak!"

"Woi! Kenapa ni!?" Tiba-tiba aku kedengaran suara garau seseorang.

"Abang! Tolong dia! Dia pengsan!"

"Kau pergi.."

Pendengaran aku sudah tidak dapat mendengar apa-apa. Aku betul-betul pengsan..

untuk selama-lamanya...

Tapi boong! Nama pun pengsan, mestilah sekejap jerrrr.

Jangan lupa vote and comment my work! Sayang awak! Muah!

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now