AKU berpaling kebelakang. Dimana nama aku asyik diseru.
"Asha.."
Ini bukan pertama kali suara ini bermain dimimpi aku.
"Siapa tu?"
"Be mine.. please.."
"Argh!" Tercungap-cungap aku mengambil nafas. Aku bangun duduk dari perbaringan. Aku memandang sekeliling.
Aku tak mimpi rupanya. Aku masih di hospital. Ingatkan aku masuk hospital tu mimpi aje. Ceh!
"Cik?" Sapa seseorang dari tepi. Terteleng laju kepala aku kekiri. Aku memandangnya atas bawah.
"Cik okey?" Soalnya lembut. Aku mengangguk perlahan.
"Nama cik Nur Raisha Qistina, betul?" Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Awak ni siapa?" Soal aku polos.
Aduh Asha! Dah terang lagi bersuluh dia pakai baju doktor! Mestilah dia doktor. Takkan pakai baju doktor, kerja bengkel pulak!
"Saya Farah Asyikin. Doktor peribadi cik Raisha." Ujar gadis yang bernama Farah itu dengan tersenyum manis.
"Huh? Doktor peribadi?" Aku menyoal dengan kening berkerut.
"Tunang cik bayar saya. Untuk jadi doktor peribadi cik." Dia tersenyum lagi. Aku terus loading.
Anak siapa sewa doktor peribadi untuk aku? Tunang? Abad ke berapa aku bertunang ni?
Aku mendiam seribu bahasa.
Tiba-tiba pintu bilik wad aku dibuka dari luar. Tubuh tegap itu berjalan menghampiri kami.
Farah mempamit lalu berjalan keluar dari wad itu. Aku memandang figura yang bermasker itu dihadapan aku.
Dia mendekati katil aku. Aku mendiam.
Tiba-tiba tangan dia naik ke atas kepala aku.
"Awak jangan nak macam-macam erk!? Saya bagitahu encik Zayden nanti!" Jerit aku dengan mata tertutup apabila tangan itu sudah rapat dengan kepala aku.
Mulut ni tak tahu nak sebut apa. Hanya Zayden didalam fikiran, jadi hanya itu yang mampu aku lontarkan.
Tiba-tiba seseorang tertawa. Aku membuka mata lalu merenung tajam figura tersebut.
"Kau rasa, encik Zayden kau peduli ke dengan kau?" Dia membuka masknya dengan senyuman sinis terukir.
"Ish, encik ni! Boleh tak jangan pakai mask? Saya tak boleh cam lah!" Marah aku dengan jelingan. Dia pula tak henti ketawakan aku.
"Haih.. sorry-sorry.." dia menarik kerusi lalu melabuh punggung betul-betul disebelah katil aku.
"Bila saya boleh balik?" Aku menyoal dengan tangan memeluk tubuh.
"Tak tahu." Dia menyandarkan tubuhnya dikerusi lalu turut memeluk tubuh.
"Nak balik." Rungut aku. Dia hanya mengabaikan aku.
"Eh, kau tak nak solat ker?" Soalnya. Aku mengerut kening.
"Baru pukul 12 malam kan? Solat apa?" Soal aku pula. Mata aku melilau mencari jam didinding. Namun tiada.
"Palee. Dah pukul 6 setengah pagi dah. Pergi solat subuh." Arahnya. Dia memeluk tubuh lalu melentokkan kepalanya diatas kerusi.
"Tak nak." Balas aku selamba. Dia kembali mencelikkan matanya.
"Kenapa tak nak pulak?" Soalnya dengan riak dingin. Aku meneguk air liur pahit.
"Erk.. saya.. bendera merah.."ujar aku perlahan. Tapi masih didengar olehnya. Dia mengangguk lalu menjeling aku tajam.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...