PAK!
"Kau cakap! Kau nak tanggungjawab ke!?" Jerkah ibuku. Aku hanya mendiam. Lalu aku memegang pipi kananku yang baru sahaja selamat ditampar olehnya.
"Ibu.. dah lah.." kata Raudhah. Kakak kedua aku. Raudhah menarik ibu untuk menjauhi aku.
"Kau! Dari dulu lagi sepatutnya kau mati, kau tahu tak!? Menyusahkan orang!" Bentak ibu lagi. Dia berjalan menghampiri aku lalu dia naik tangan lagi sekali.
PAK!
Kali ini pipi kiri pula selamat dipukul. Aku hanya mampu berdiam diri seraya mengetap bibir.
"Ibu, dah ibu." Raudhah menarik ibu.
"Kau masuk bilik kau. Jangan keluar selagi aku tak izinkan kau keluar!" Dia berlalu pergi bersama Raudhah usai sahaja bentak aku.
Aku memegang pipi aku lalu aku mengusap air mata yang mengalir.
Aku turut memandang adikku, Rayyan. Rayyan mendiam lalu dia berjalan meninggalkan aku. Dia juga sepertinya turut kesal dengan kejadian yang menimpa kami sehari yang lalu..
SEHARI YANG LALU..
"Raisha! Jom temankan abah!" Jerit Omar, ayahku.
Aku berlari turun anak tangga terkedek-kedek.
"Teman pergi mana, bah?" Soal aku pula. Aku memakai kasut sedia ada dibawah tangga rumah kayu abahku.
"Pergi beli barang kahwin lah. Jom." Ajaknya. Aku tanpa segan-silu, aku pun setuju untuk mengikutinya.
Kami hanya menaiki kereta Axia hijau miliknya. Dalam perjalanan, kami tidak banyak berbual.
Usai membeli barang, kami dalam perjalanan pulang. Sewaktu pulang, tidak begitu banyak kereta. Dan keadaan masih senja.
"Asha." Panggil abahku, lembut sekali nada yang digunakan.
"Yer, bah?" Aku memandang abah.
"Nanti kalau abah dah takde, Asha jaga diri baik-baik, okey?" Ujarnya dengan senyuman manis. Aku membisu sejenak.
"Kenapa abah cakap macam tu?" Aku tertanya-tanya. Tidak pernah pula abah menyoal soalan sebegitu rupa.
"Kita manusia, Asha. Hidup dah mati itu pasti." Ujarnya lagi. Aku terus menunduk.
"Abah ni. Jangan lah cakap macam tu. Asha kecil lagi lah. Jangan tinggalkan Asha." Ujarku sayu.
"Asha dah besar lah. Dah umur 18 tahun, kan? Lusa dah kahwin." Ujarnya lalu ketawa. Aku memasang riak meluat.
Memang betul aku dah nak kahwin, tapi aku belum bersedia mahu berpisah dengan abah.
"Tapi Asha, kalau Asha kahwin, ingat pesan abah."
"Cari lelaki yang--" Kata-kata abahku laju aku cantas.
"Cari lelaki yang baik, faham agama, tak layan perempuan sana sini, boleh layan Asha macam princess and soft spoken." Pintas aku laju. Aku sudah pun hafal ayat yang bakal keluar dari mulut abah. Abah tertawa kecil.
Kerana dia selalu memesan begitu kepada aku. Lalu dia akan bilang..
"Bagus princess abah ni. Ingat, jangan cari lelaki macam abah."
Itu yang selalu dia pesan. Aku tersenyum manis lalu mengangguk kepadanya.
"Kalau abah takde, Asha boleh jaga diri kan?" Soalnya.
"Abah.. jangan lah cakap macam tu.." ujarku dengan nada yang meleret.
Kerana aku sangat takut kehilangan abah berbanding ibu.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...