DUA TAHUN KEMUDIAN..
Aku berjalan laju ke pintu bilik.
BAM!
Terus pintu bilik ditutup rapat.
TOK! TOK!
"Akak!" Rayyan mengetuk pintu. Tapi aku abaikan.
"Akak, please kak!" Jeritnya seraya mengetuk kuat pintu bilik. Tunggu masa je nak roboh pintu bilik aku ni.
"Ish! Tak boleh!" Jerit aku kembali. Dia masih belum berputus asa. Dia sambung mengetuk pintu, tapi kali ini lebih kuat.
"Akak!"
Apabila lama aku mengabaikannya, akhirnya tiada suara ketukan lagi. Aku mengeluh berat.
Aku berjalan menuju katil dengan niat ingin berehat.
"Nanti jodoh sampai awal!" Jerit Rayyan. Hampir luruh jantung aku dibuatnya. Nasib aku tak de penyakit jantung.
KREK!
Pintu bilik dibuka seluas harapan. Wajah adikku aku pandang lama.
"Asal jodoh jer laju." Sakat dia. Aku menjeling lalu memanggilnya masuk kedalam.
Aku berjalan ke loker simpanan makanan aku lalu membukanya.
"Wawww, syurga coklat!" Tangannya dengan lincah ingin mengambil coklat didalam loker tersebut. Namun dengan pantas aku menghalang.
"Aipp! Siapa izinkan?" Aku menyoal sambil memandangnya dengan anak mata. Dia terus tersenyum seperti kerang busuk.
"Nak yang mana?" Soal aku. Terus terloncat kembara Rayyan.
"Nak cadbury..." Dia mula membuat muka sehabis comel. Apa dia ingat aku cair ker?
"Wow, wow, lemakk! Lain-lain." Bantah aku. Cadbury dah lah mahal! Memang tak lah aku nak bagi dekat dia. Heh!
"Satuuuuuu aje." Dia mula merayu kepada aku. Aku terus mendengus kasar.
"Ish! Tak suka lah kau ni, dik! Minta je lah coklat murah! Semalam dah ambil cadbury, harini nak lagi." Bebel aku. Tapi tangan masih setia mengambil balang coklat mini Cadbury untuk diberikan kepadanya.
Apabila balang sudah aku keluarkan dari loker, Rayyan terus terloncat keriangan. Aku menggulingkan anak mata.
Mula dah perangai tak normal dia.
"Sini." Aku memanggilnya duduk diatas birai katil bersama. Dia berlari dan duduk bersila diatas birai katil bersebelahan dengan aku.
Balang Cadbury dibuka, lalu beberapa plastik mini aku keluarkan dan aku menghulurkan kepadanya. Dia menyambut huluran tersebut lalu membukanya laju.
"Nanti plastik sampah buang dalam tong. Jangan baling merata." Arah aku lalu tangan turut membuka plastik coklat tersebut.
"Dik. Ibu mana?" Soal aku setelah lama kami mendiam.
"Ibu keluar dengan kak Odah." Balasnya.
Btw, Odah = Raudhah yerrr.
"Pergi mana?"
"Cari makan kut?" Tekanya. Aku mengangguk.
Ini bukan pertama kali aku dan adik ditinggal berdua. Jadi kami sudah terbiasa.
"Abang?" Soal aku lagi.
"Biasa lah dia. Lepak rumah uncle din ah." Balasnya. Matanya tidak terlepas dari memandang coklat tersebut.
"Dia tak kerja ke hari ni?"
"Harini kan Ahad. Dia cuti lah kut."
Aku mengangguk untuk kali yang ke seratus.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...