3

76 4 0
                                    

       TERASA bagai tubuh dipeluk seseorang. Nyaman yang aku rasa masa ni.

Perlahan-lahan kelopak mata terbuka.

"Asha..." Pelukan tadi tiba-tiba menghilang.

Yang aku dengar masa ni hanya..

"Asha..." Manusia memanggil namaku.

Aku mencari. Ke kiri dan kanan. Tiada siapa.

"Asha.." aku memaling laju ke belakang.

"Abah?" Soal aku setelah lama mendiam. Suaranya bukan seperti abah. Yang membuatkan aku rasa tu abah sebab panggilan nama tu.

Hanya abah yang memanggil aku dengan panggil sebegitu rupa. Comel macam aku.

"Asha.." suara itu masih menyeru nama aku.

"Siapa tu?" Soal aku lalu memusing ke kiri dan kanan. Mencari gerangan yang menyebut nama aku.

"I will love you more than anyone.." katanya lagi. Berkerut seribu dahi aku mendengarnya. Apa maksud dia?

Tiba-tiba seseorang memeluk tubuh aku dari belakang. Terbuka luas mata aku akibat pelukan tersebut.

"Argh!" Aku terjaga dari mimpi. Aku terkedu.

"Astaghfirullah hal'azim.. aku tidur tak basuh kaki ke semalam?" Soal aku seorang diri seraya meraup wajah mulus aku.

Aku mengambil telefon dibucu katil lalu melihatnya. Sudah pukul 5 setengah pagi. Azan subuh pun sudah mahu berkumandang. Lalu aku bangun berdiri dan berjalan mendekati bilik air untuk membersihkan diri. Tidak lupa juga dengan tuala dibawa.
.
.
.

Usai solat subuh, aku mengambil Al-Quran lalu membukanya. Surah yasin aku tuju.

"Bismillahirrahmanirrahim.." suara merdu aku mula membaca ayat suci Al-Quran itu.

Sesudah sahaja membaca surah yasin, Al-Quran aku tutup lalu bangun seraya melipat sejadah dan telekung.

Sedang ralit aku dengan dunia aku, tiba-tiba aku terfikir tentang mimpi tadi.

"Siapa dia, erk?" Soal aku seorang diri.

Itu soalan yang membuat aku bertanda tanya seorang diri. Siapa manusia tersebut? Mengapa dia tahu akan gelaran yang abah beri kepada aku? Apa hubungan kami dimasa hadapan?

Mungkin dia muncul hanya sebagai pengganggu hidup aku. Tapi.. apa maksud dia dengan..

"I will love you more than anyone.."

Suara garaunya kembali bermain di isi kepala aku.

"Apa maksud dia? Dah lah kenal pun tidak. Tiba cakap akan cintakan aku melebihi sesiapa pun? Tak sihat ker?" Bebel aku seorang diri.

Aku menapak keluar dari bilik aku. Lalu kaki diayunkan ke tangga dapur pula.

Tangga kayu itu aku pijak dengan perlahan.

Kang kalau pijak macam gorila roboh pula, mati aku.

Aku mula menyediakan sarapan untuk seisi keluarga aku. Lalu tangan naik mengetuk dagu.

"Masak apa, erk?" Soal aku seorang diri.

"Nasi goreng jer lah." Aku mengangkat bahu.

Kaki berjalan dan mengambil nasi semalam. Nasi diambil lalu tangan lincah memotong sayur serta memasak.

☜⁠ ☞

"Ya Allah.. dah lewat.." kata aku lalu memecut laju motor Kriss tersebut.

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now