20

50 3 0
                                    

       RAISHA terpegun. Bukan sahaja dengan keluasan rumah ini yang mampu membuatkan Raisha terpegun, bahkan dengan kecantikannya juga.

"This is my house." Zayden berjalan mendekati tangga.

"Dan disebabkan ni rumah aku, aku ada peraturan aku sendiri." Mata sinis itu memandang mata Raisha. Raisha meneguk air liur.

Kenapa dia serius sangat ni?

"Kau dah sedia nak terima semua peraturan aku?" Soalnya sinis dengan nada yang datar.

Perlahan-lahan Raisha mengangguk.

"Good." Zayden duduk dihujung tangga. Kaki dilunjur kedepan manakala tangan naik memeluk tubuh.

"Peraturan pertama, kau boleh pergi mana-mana pelusuk pun yang kau nak dalam rumah ni, tapi jangan sesekali kau jejak kaki ke tingkat tiga. Faham?" Soalnya. Raisha mengangguk faham.

"Kedua, disebabkan rumah ni have a many men's, so please cover aurat kau dengan sempurna. Kalau diorang nampak aurat kau, aku tak nak tanggung dosa kau." Katanya lagi. Tapi kali ini lebih serius. Raisha mengangguk laju.

"Ketiga, kalau rasa nak pergi mana-mana, tell me. I will pick you up."

Raisha terkedu. Didalam garangnya, ada juga risaunya. Hehe.

"Dan yang terakhir. Jangan pernah selangkah pun kau jejak kaki masuk bilik aku. Even ada benda penting yang kau nak bagitahu sekali pun. Can you understand so far?" Dengan nada yang datar, mata yang galak dia menyoal membuatkan Raisha kecut perut.

"Fa-faham.." Raisha menunduk. Terasa takut nak lakukan eye contact dengan dia.

"Okay, just it." Zayden bangun berdiri. Badannya dihala keatas untuk dia berjalan menaiki tangga.

"Tuan."

Zayden memusingkan badan kembali.

"Sebenarnya.. saya ada satu permintaan dan dua peraturan untuk diri saya.. boleh saya minta?"

"Sure."

Mendapat persetujuan daripada Zayden, Raisha tersenyum.

Tubuh Zayden disandarkan dibesi tangga. Tangan naik memeluk tubuh seraya memandang Raisha.

"Yang pertama, permintaan. Saya perlukan seorang peneman. Sebab kalau tuan takde, dia boleh teman saya." Raisha berkata lembut. Senyuman manis dilontarkan kepada Zayden. Zayden mengangguk.

Kalau nak ditengokkan, rumah nya memang takde pembantu perempuan. Dia tak suka.

Tak. Bukan dia yang tak suka. Lebih tepatnya, ada hati yang perlu dia jaga..

"Seterusnya, peraturan. Pertama, even rumah ni rumah tuan sekali pun, tapi kalau tuan nak masuk bilik saya, can you tap first?" Soal Raisha beserta arahan. Teragak-agak jugalah nak minta pun.

"Yeah, aku akan ketuk dulu. Tapi aku fikir, aku takkan rasa nak jumpa kau kut." Senyuman sinis terukir. Raisha melepas keluhan.

Kalau dia datang ketuk pintu bilik aku sebab dia rindu, memang aku bantai dia! Tunggu diaa!

"Apa-apa jelah.." perlahan Raisha berkata.

"Yang kedua, tolong jangan pegang saya tanpa izin saya. Meskipun tuan adalah suami saya." Raisha tersenyum manis. Zayden pula tersenyum senget.

Zayden melepas keluhan seraya mata memandang siling sesaat. Kemudian mata turun jatuh memandang wajah Raisha kembali.

"Okey."

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now