18

68 7 2
                                    

       MASJID XXX, MALAYSIA.

"Sedia?" Soal Rasyid, selaku wali perkahwinan mereka. Jejaka tersebut mengangguk.

Tangan mereka mula berpaut antara satu sama lain.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Rasyid merapikan kedudukannya.

"Mohd Zayden Hael bin Harun Ilyas."

"Saya."

"Aku nikahkan engkau dengan adik perempuan aku, Nur Raisha Qistina binti Omar dengan mas kahwinya RM 1000 dibayar tunai."

Jantung Zayden berdegup kencang. Dia juga turut merapikan kedudukannya. Zayden menarik nafas panjang. Lalu menghembus perlahan.

"Aku terima nikahnya Nur Raisha Qistina binti Omar dengan mas kahwinnya RM 1000 dibayar tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah. Kita lanjutkan dengan bacaan doa, yer." Ujar salah seorang dari mereka. Terus mereka menadah tangan untuk berdoa.

Mereka sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz. Perkahwinan berikut disaksikan oleh Zayrel dan beberapa ahli masjid.

Bacaan doa kini diteruskan.

"Bismillahirrahmanirrahim.."

☜⁠ ☞

Mata Raisha tidak berkelip memandang kearah jejaka disebelahnya.

Kini mereka berada didalam kereta untuk ke dewan majlis perkahwinan pula.

"Ish. Berhenti lah pandang-pandang aku. Rimas." Kata Zayden sinis. Bebola matanya digulingkan keatas.

"Macam mana kita boleh kahwin?" Soal Raisha terkejut.

Dia pernah berjumpa dengan Zayden hanya beberapa kali. Tapi ini, alamak! Mereka berkahwin? Sumpah lah!?

Yer, dik.

"Macam tu lah." Kerana malas berbasa basi, Zayden menjawap ringkas.

Raisha membuang pandangan ke luar tingkap. Memandang pokok kehijauan beserta kereta yang lalu-lalang disitu.

Terlintas banyak soalan yang ingin dia lontarkan. Bukan Lia tu yang berkahwin dengannya. Tapi lelaki kerek ni. Apa hubungan Lia dengan lelaki kerek ni, erk?

Adik beradik? Sepupu? Adik angkat?

Raisha mula berfikir seorang diri. Habis berkerut wajahnya.

"Saya nak tanya sikit, boleh?" Raisha berpaling memandang figura disebelahnya.

"Tak." Hanya itu yang dibalas. Raisha melepas keluhan kecil lalu memandang luar kembali.

Dia mulai musykil. Ada sesuatu yang tidak kena dengan keluarganya. Tidak. Bukan sahaja keluarganya, temannya juga. Si Aliya itu. Macam mana Aliya boleh rapat dengan si Zayrel budak gila tu?

Dia pernah bertanya, tapi yang dibalas Aliya hanyalah,

"Kitakan satu uni, so memang lah aku kenal."

Jawapan yang diberi Aliya sebenarnya masuk akal. Cumanya, budak kelas sebelah, seorang pun dia tak kenal. Bukan muka aje yang tak cam, nama pun tak tahu!

Tapi Raisha cuba positive thinking. Maybe bf dia?

"Puan." Seseorang mengetuk bahu Raisha. Terkejut beruk Raisha dibuatnya.

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now