"SHA! Tolong ambil order dekat meja hujung!" Jerit Uzair.
"Okey!" Aku tanpa melengahkan masa, aku mengambil buku untuk mengambil order berserta menu.
Aku berlari anak ke meja hujung itu.
"Maaf lambat, tuan.." ujar aku dengan nafas tercungap-cungap penat berlari.
Menu diletakkan diatas meja tersebut. Jejaka yang sedang memandang luar itu terus memusing memandang aku. Aku membeku.
"Macam mana aku boleh jumpa dia dekat sini?.."
Soal aku didalam hati. Jejaka itu memandang aku dengan tajam lalu matanya turun memandang menu pula.
"Okey, maybe dia tak ingat aku.. So, abaikan."
Aku kembali fokus berkerja. Nasib lelaki itu tak ingat aku. Dah lah aku pergi rentap tangan dia haritu. Okey, okey. Wak lek.
Lama aku menunggu untuk lelaki tersebut buat pesanan, aku mengerut kening.
Buku menu kami tu banyak helai, kenapa dia tenung muka surat satu tu jer dari tadi?
Lelaki itu tidak mengalihkan pandangannya dari memandang menu itu. Tidak menyelak muka surat belakang pun.
"Ehem!" Aku berdehem untuk pertama kali. Terus mati lamunan dia.
"Dah fikir nak pesan apa?" Soal aku lembut. Dia meraup wajah lalu menutup menu tersebut.
"Just give me Mac n cheese.. Ouh, and one Macha latte." Ujar dia. Aku mengangguk lalu mencatatnya didalam buku.
"That's it?" Soal aku pula. Dia ingat dia sorang aje boleh speaking? Aku pun boleh lah.
Dia mengangguk lalu kembali membuang muka diluar tingkap kaca di cafe itu.
Aku mengambil menu tersebut lalu berjalan laju kearah dapur untuk memberi pesanan tersebut kepada yang sedang memasak.
"Abang Jo. Mac n cheese and Macha latte satu." Kata aku kepada tukang masak. Tukang masak yang bernama Jo itu mengangkat tangan tanda 'okey'
Aku meneruskan lagi perkerjaan dengan mengambil order pelanggan.
Setelah selesai mengambil pesanan, aku mengambil dulang yang berisikan Mac n cheese dan air Macha latte itu.
Dulang itu aku bawa kepada lelaki tersebut. Pinggan berserta air aku letakkan diatas meja makannya.
"Enjoy.." ujar aku.
"Thanks." Katanya pula sepatah. Aku mengangguk lalu berjalan kearah cashier.
"Sha." Tegur Iman. Aku terus berpaling memandangnya.
"Kenapa lelaki hujung tu hensem sangat erk? Kau tak nak minta nombor ker?" Soal Iman. Aku membuat muka. Iman ni pantang nampak lelaki hensem, mesti nak nombor.
"Macam-macam lah kau ni. Macam mana kalau dia dah berkahwin?" Soal aku pula sambil menjongket kening.
"Alah, apa susah? Aku jadi lah madu isteri dia." Sambung Iman pula. Aku lantas menggeleng. Ada jer benda nak keluar dari mulut budak ni.
"Weh, weh! Kau tengok tu." Mata aku dari ralit memandang jari jemari aku terus bertukar memandang kearah yang sedang Iman pandang.
"Kenapa tu?" Soal Iman. Aku memerhati lama.
Figura Rose sedang mengambil order dimeja. Dan yang paling menarik perhatian kami berdua, Rose seperti dalam keadaan ketakutan.
"Dia tengah sembang kosong dengan pelanggan ker?" Soal Iman. Aku lantas mengangkat bahu.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...