ANGIN malam bertiup masuk kedalam bilik. Jejaka itu menghirup udara malam. Dia memandang bulan yang terang menerangi alam.
Pintu balkoni ditutup rapat. Dia berjalan kearah pintu utama biliknya. Kaki mula menapak keluar. Tangga didekati.
"Tiba-tiba dia terus kata 'chauu!' HAHAHAH!" Ketawa milik Zayrel memecah masuk kedalam cuping telinganya.
"Tak reti tengok jam? Memang setiap masa nak gelak ketawa je?" Soalnya sinis kedengaran ditelinga kedua abang dan adik itu.
"Ehh! Zayn!" Zayrel mula menyapa Zayden yang sedang mendekati mereka.
"Aku dah pesan banyak kali jangan panggil aku macam tu." Mata hitam gelap milik Zayden menikam masuk tepat kedalam mata Zayrel. Zayrel terdiam.
"Asal emosi dia teruk sangat ni? Mengandung ke?" Bisik Zayrel.
"Maybe?" Zara pula membalas dengan perlahan.
"Kau kenapa ni, Zayden? Esok nak kahwin, harini enjoy lah sikit." Perli Zayrel. Mata sinis Zayden dipandang.
Zayden pula hanya mendiam. Tak rajin nak balas.
"Ha! Nak pergi mana tu!?" Soal datin yang baru sahaja berjalan turun dari tingkat dua.
"Balik rumah." Kunci motor Kawasaki ninja miliknya yang tergantung dicapai.
"Tak boleh!" Bantah datin. Dia berjalan lalu menarik tangan Zayden masuk semula kedalam rumah.
"Esok dah kahwin, jadi malam ni tidur sini." Kata datin lagi. Sempat datin dengar keluhan kecil keluar dari bibir Zayden.
Tubuh tegap Zayden ditolak sehingga rebah keatas sofa. Zayden hanya diam. Datin duduk berhadapan Zayden.
Apabila Zayden hanya mendiam, dua beradik itu saling berpandangan. Pandangan mama mereka juga tidak lupakan.
"Zayd. Kau ni kenapa?" Soal Zayrel. Berharap agar adiknya itu memberi jawapan.
"Dah. Kau pula." Bisik Zayrel seraya menyiku lengan adik perempuannya.
"Abang. Abang kenapa? Tak sedap badan ke?" Soal Zara lembut. Lalu bukan jawapan yang mereka dengar melainkan keluhan kasar dari pihak Zayden. Rambut lembutnya diraup kasar kebelakang. Dua beradik itu mula saling berpandangan.
"Mama pula." Zara dan Zayrel berkata serentak seraya menyiku lengan mamanya.
"Kamu tak--"
"Macam mana kalau Sha bencikan Zayd?" Zayden mula menyoal setelah lama membisu. Matanya tidak terlepas dari memandang bawah.
Ada apa bawah tu? Brownies ke?
"Huh?" Soal mereka bertiga serentak.
"Huh.. bagi Sha, perkahwinan ni berlaku disebabkan paksa, bukan cinta." Kepala di dongak. Mata gelap itu mula memandang wajah mereka.
Benar kata Zayden. Sha hilang ingatan. Bagaimana Sha akan terima Zayden dalam hidupnya lagi?
"Zayd tak rasa dia akan ingat siapa Zayd.." sayu suaranya kedengaran. Datin mula mengukir senyuman.
"Jadi.. Zayd senyap aje harini disebabkan risau lah?" Soal datin lembut.
"Jangan risau.. mama percaya, Sha akan terima Zayd seadanya. Bahkan jika Sha hilang ingatan sekalipun." Datin mula menenangkan fikiran anak keduanya yang tak keruan.
"Betul." Zayrel setuju dengan percakapan mamanya. Zara juga turut angguk.
Penat mereka meyakinkan Zayden, Zayden hanya mendiam dengan muka ketatnya. Tiada senyuman langsung!
Mereka saling berpandangan.
"Alah.. lama-lama nanti ingat lah tu siapa. Cuba positive thinking." Zara mula bersuara. Demi meyakinkan abang kesayangan, dia harus memberanikan diri!
"Huh.." keluhan kecil kedengaran. Zayden tiba-tiba bangun berdiri. Kepala mereka bertiga turut terdongak untuk memandang Zayden.
"Zayd naik tidur dulu. Assalamualaikum.." dia terus berjalan naik keatas.
"Mimpi indah, oi!" Pesan Zayrel. Sempat Zayden mengangkat tangan tanda 'okey' sebelum meloloskan diri masuk kedalam bilik.
"Kesiannnnn dia." Ujar Zara. Bukan perli, namun dia betul-betul kasihankan nasib abang keduanya.
"Dah. Pergi tidur. Esok dua-dua orang kena bangun awal. Wajib!" Datin bangun berdiri. Kaki melangkah mendekati biliknya yang berhampiran dapur.
"Kalau lambat, macam mana?" Soal Zayrel sekadar basa basi.
"Pelempang mama hinggap dekat muka!" Terus hilang kelibat datin apabila sudah meloloskan dirinya kedalam bilik.
Kini tinggallah mereka berdua. Mereka saling berpandangan.
"Siapa lambat tutup lampu!" Ujar Zayrel lalu berlari laju naik ke tingkat dua.
"Arghh, mana acik!" Jerit Zara. Zayrel hanya menjelir lidah lalu berlari masuk kedalam biliknya.
Zara mencebik. Dia juga yang kena tutup lampu. Dia berjalan ke suis lampu. Usai lampu ditutup, dia berlari laju naik ke tangga. Disebabkan rumah terlalu gelap, dia berlari dengan pantas.
Elelee, takut lah tu.
.
.
.Tubuh dibaringkan diatas katil king yang empuk.
"Huh.." keluhan kecil dilepaskan. Lampu tidur yang bulat dipandang. Lampu tersebut dicapai.
"Comel.." Zayden tersenyum apabila memikirkan tentang si pemberi lampu tersebut.
Lampu itu tak adalah besar mana. Hanya besar tapak tangannya saja. Kata si pemberi, lampu tersebut dinamakan sebagai lampu tidur bulan. Sebab lampu tu bulan.
"Cantik tak?"
"Mestilah cantik, kan? Tengok lah siapa yang bagi."
"Lampu tu saya namakan sebagai lampu bulan. Sebab lampu tu kan bulan."
Zayden tersenyum apabila teringat ayat si pemberi. lampu tersebut dikucup lama.
"Rindu betul aku dekat kau, Sha. Kenapalah kau hilang ingatan?" Soal Zayden seraya memandang lampu tersebut.
"I will marry someone who forgets me, Sha.. I miss you so much.." Zayden memejamkan matanya.
Dia benar-benar merindukan tunangnya. Bukan tunangnya yang sekarang. Tapi tunangnya yang dulu.
"Stupid!" Zayden mengangkat tinggi lampu tersebut untuk dibaling.
Emosi! Emosi!
BAM!
Zayden menumbuk meja kecil disebelahnya. Dia cuba menenangkan fikiran. Lampu tidur diletakkan di tempatnya kembali.
Fikirannya sangat kacau. Hampir saja dia mencampak lampu tersebut.
"Astaghfirullah hal'azim.." dia memusingkan badannya. Dari baring ke meniarap. Wajah ditekupkan di bantal.
Dia cuba sedaya upaya melelapkan matanya. Tak larat nak berperang dengan fikiran sendiri. Setelah lama berperang fikiran, akhirnya matanya tertutup rapat.
*You call it madness,
but i call it 'love'..*Aipp! Selawat belumm?
Kalau belum selawatlah dulu, okeyh!?Don't forget to vote, yerrr.. tataaaa~~
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...