13

68 8 2
                                    

      "NAK pergi mana tu?" Soal Aliya setelah lama mendiam dan hanya penonton bagi pergelutan antara Raisha dan Zayrel.

"Buang sampah." Tanpa menunggu balasan daripada Aliya, Raisha melangkah pergi dari situ.

Aliya menghantar Raisha menggunakan anak mata.

"Kan aku dah cakap, jangan tanya apa-apa." Wajah geram Aliya pula yang terpampang. Aliya berpaling memandang Zayrel, geram.

"Aku cuma nak pastikan jer." Zayrel memasang riak selamba.

"Dia dah tak ingat apa-apa lah. Membazir masa je kau bertekak dengan dia. Dia takkan ingat apa-apa." Pandangan Aliya dibalas. Sayu pandangan Zayrel.

"Habis Zayd macam mana?" Zayrel mengetap bibir.

"Macam tu lah."

"Dia tak nak bagitahu Raisha perkara sebenar?"

"Dia cakap, dia belum bersedia."

Zayrel melepas keluhan berat.

"Zayd so stupid.. but, only Raisha can make Zayd happy.."

☜⁠ ☞

LIMA BULAN KEMUDIAN..

"Terima kasih, prof!" Profesor Adnan berlalu pergi dari situ. Raisha memandang luar tingkap. Hari sudah semakin gelap.

"Jom." Aliya yang sudah siap mengemas barang, berdiri ingin pulang. Raisha mengemas barangnya dengan cepat lalu berlari anak menuju ke figura Aliya yang sedang menunggu dimuka pintu.

Mereka berjalan beriringan keluar daripada uni.

"Nak makan apa malam ni?" Aliya mula membuka bicara.

"Ikut jer." Raisha pula membalas.

Entah kenapa. Raisha kurang bersemangat harini. Dia seperti merindukan seseorang. Tetapi bukan abahnya, apatah lagi ibunya atau ahli keluarganya.

Seseorang yang Raisha rindu ini seperti.. asing baginya. Siapa erk?

"Woi!" Aliya menepuk kuat bahu Raisha. Terhinjut bahu Raisha. Terus termati lamunannya.

"Aku cakap ni, kau dengar tak?"

"Yer.. mestilah aku dengar." Raisha mengiyakannya walaupun langsung tidak ia dengar celoteh Aliya dari tadi.

Raisha termenung memikirkan sosok tubuh yang bermain difikirannya.

"Buat apa lagi tu, Raisha Qistina oi!? Masuk!" Aliya yang sudah pun meloloskan diri kedalam rumah sewa itu memanggil Raisha untuk masuk.

Raisha cepat-cepat mematikan lamunannya lalu bergegas masuk kedalam rumah sewa tersebut.

Biliknya yang berada di tingkat dua didekati usai sahaja tangga dinaiki.

"Pergi lah tukar baju cepat. Nanti kita keluar makan dekat luar." Aliya turut berjalan masuk kedalam biliknya yang berada disebelah kanan Raisha. Raisha meloloskan diri kedalam bilik.

Beg galas diletakkan diatas meja belajar. Tudung dikepala ditanggal. Raisha berjalan mengambil tuala.

Sebelum masuk kedalam tandas, sempat Raisha memandang cermin yang memantulkan diri Raisha. Dia tersenyum segaris.

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now