SEMINGGU berlalu dengan bergelar sebagai seorang isteri kepada Zayden Hael.
Dia mengemas baju berserta barangan masuk kedalam bagasi roda besar miliknya.
Sudah tiba harinya dia kembali ke uni setelah dua minggu bercuti tengah tahun.
"Siap." Raisha bangun berdiri lalu menarik beg bagasinya keluar dari bilik. Tangga dituju lalu dituruni.
Tubuh tegap Zayden yang sedang bersandar dimuka pintu utama dipandang.
"Dah?" Soal Zayden dengan gaya memeluk tubuhnya. Raisha mengangguk. Pintu utama didekati.
"Jom." Zayden bergerak dahulu menghampiri kereta BMW miliknya.
Raisha memakai kasutnya lalu berjalan ke but kereta. Beg disimpan disitu. Raisha berjalan lalu memasuki kereta.
Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah banglo tersebut.
Kereta BMW itu dipandu. Sebelum itu, sempat Raisha memandang kearah beberapa biji kereta yang disusun elok dibawah garaj.
"Tuan." Raisha memandang Zayden. Tetapi pandangannya langsung tak dibalas.
"Hm." Hanya itu yang keluar dari mulut jejaka kerek itu.
"Kereta siapa yang banyak sangat dekat bawah garaj tu?" Soal Raisha sedikit memberanikan diri untuk menyoal.
"Tu rumah siapa?" Soalan kini dibalas soalan.
"Rumah tuan lah."
Takkan rumah aku pula.
Terasa ringan jer mulut nak mengeluarkan ayat tersebut.
"Dah tu? Kereta aku lah tu."
"Banyaknya." Kata Raisha sedikit teruja. Zayden hanya mendiam.
Raisha mencebik. Dia kena balik uni dah ni. Tak nak sembang ke? Tak takut rindu ke?
Raisha membuang pandangan diluar tingkap. Lama termenung, akhirnya sampai ke perkarangan uni tersebut.
"Dah, turun." Halau zayden. Raisha menjelingnya. Dia terus membuka pintu lalu menutupnya kembali seusai keluar.
But kereta dibuka lalu bagasi miliknya dibawa keluar. Tiba-tiba Zayden muncul di tepinya.
"Ada duit tak?"
"Ada lah." Tipunya. Raisha membalas pandangan itu.
Zayden menjuih bibir lalu mengeluarkan beberapa keping duit 50 dan 100. Raisha terkedu.
"Hmh." Zayden menghulurkannya. Raisha pantas menggeleng.
"Ambil lah." Zayden menghulurnya lagi.
"Saya.. tak layak nak guna duit ni.." ujar Raisha lalu tertunduk malu.
Malu dengan sikap baik Zayden.
"Haih.." Zayden meletakkan duit tersebut didalam beg tangan Raisha yang zipnya terbuka.
"Kau isteri aku. Jadi kau layak guna duit tu." Ujar Zayden lalu berjalan masuk kedalam kereta. Meninggalkan Raisha yang masih terpinga-pinga.
Apabila terdengar enjin kereta dihidupkan, Raisha berlari anak menuju ke tingkap keretanya.
"Terima kasih." Kata Raisha. Zayden hanya mengangguk.
Zayden memandang Raisha dengan anak mata lalu menjelingnya.
"Nak apa lagi ni? Tepi. Aku nak balik. Shuh, shuh." Zayden menghalau Raisha seperti menghalau anak kucing kelaparan. Kejam betul!
"Saya.." Zayden memandangnya. Raisha menggigit bibir bawah.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...