19

58 6 2
                                    

       TERASA lenguh sangat badan Raisha. Hampir sejam mereka bergambar. Tidak cukup di tasik tadi, sekarang diatas pelamin pula.

"Zayden pegang lah sikit pinggang Raisha tu!" Ujar Zayrel selaku jurukamera mereka.

"Dah lah tu. Aku penat lah." Kata Zayden sudah tidak mahu mengikuti arahan abangnya lagi.

"Last-last."

"Otak kau last. Dari tadi lagi last tu." Perli Zayden kasar. Raisha mengangguk setuju.

"Ini akan jadi kenangan terindah korang tau." Zayrel tersenyum manis kepada mereka. Zayden menggulingkan anak matanya.

"Betul tu. Jangan jadi macam mama. Dah habis kahwin baru menyesal sebab tak ambil gambar banyak-banyak." Sampuk datin pula. Sengaja ingin menyakat pengantin baru ni.

"Mama.." Zayden memasang riak malas. Datin tertawa kecil dan berlalu pergi menghantar tetamu yang sudah mahu pulang.

"Raisha mesti nak tangkap lagi, kan Raisah kan?" Tidak cukup dengan nama Zayden, kini nama Raisha pula yang dipetik Zayrel.

Disebabkan Raisha seorang yang segan menolak, dia hanya tersenyum kelat.

"Nampak?" Zayrel menyoal apabila melihat senyuman kelat milik Raisha. Zayden berpaling memandang Raisha.

"Saya tak kata apa pun." Kata Raisha perlahan.

"Okey, okey. Aku janji ni yang last." Zayrel mengangkat tanda 'promise'

"Kalau kau tipu memang aku bakar motor kesayangan kau tu." Ugut Zayden kegeraman. Zayrel sudah tersenyum gembira.

Disebabkan ini gambar terakhir, Zayrel mahu kenakan mereka cukup-cukup!

"Okey, kau--"

"Tak nak gaya." Tegas Zayden memotong Zayrel laju.

"Nope. Nak tak nak harini aku jurukamera korang. Korang kena dengar cakap aku." Zayrel menepuk dada. Bangga lah tu dengan kerjanya.

"Jadi.. Gaya seterusnya, Zayden pegang pinggang Raisha." Kata Zayrel ingin menyambung adegan tadi.

"Huh? Pinggang?" Setelah lama mendiam, Raisha mula bersuara.

"Ya. Pinggang." Zayrel tersenyum sinis. Raisha pantas menggeleng.

"Awak.. suruh lah dia bagi gaya lain.." pujuk Raisha. Walaupun didewan ini tidak terlalu ramai orang kerana banyak yang sudah pulang, tapi dia tetap segan!

"Woi! Lain-lain."

"Cop, cop, cop." Zayrel menggeleng.

"Buat jelah. Ini kenangan tau, adikku sayang." Dengar panggilan sayang keluar dari mulut Zayrel, Zayden terus menarik bahu Raisha.

"Awak--"

"Kau nak balik cepat, kan?" Raisha mengangguk.

"Kalau nak, kita habiskan gambar last ni cepat-cepat. Lepastu kejap lagi terus kita chauu." Kata Zayden lagi. Raisha perlahan-lahan mengangguk setuju.

"Mantap! Ehh, Zayden pegang pinggang lah! Bukan bahu!" Marah Zayrel. Adiknya ni, tak faham bahasa ke? Ke tak reti beza yang mana pinggang yang mana bahu?

"Diam lah!" Marah Zayden kembali.

Usai menjeling abangnya, dia memandang Raisha.

"Sekali ni jer aku akan touch kau. Lepas ni In Shaa Allah tak dah." Pinggang Raisha dipegang.

Dapat Zayden rasa tubuh Raisha yang tiba-tiba kaku itu. Ketawanya sedaya upaya dia tahan.

"Raisha pula pegang bahu Zayden."

Dengar sahaja arahan seterusnya dari Zayrel, Raisha melepas keluhan kecil. Namun diturut juga. Teragak-agak Raisha ingin memegang. Bahu Zayden disapa lembut oleh tangan kecil Raisha.

"Bagus! Ini yang sayang ni." Zayrel meletakkan kameranya dimata. Bersiap ingin mengambil gambar.

"Weh, senyum lah sikit. Muka nampak sangat kena paksa!" Perli Zayrel dengan ketawa kecilnya. Zayden sudah mula memasang riak meluat.

"Suka-suka jer nak mengarah orang. Kalau suka sangat mengarah, pergilah jadi pengarah dekat mana-mana syarikat. Hish. Geram betul aku dapat abang macam ni." Gumam Zayden perlahan. Namun masih jelas kedengaran ditelinga Raisha.

Raisha tertawa kecil.

"Awak boleh membebel juga erk?" Kata Raisha perlahan. Ketawa masih tersisa. Zayden pula menjeling.

"Comel tau bila awak gumam-gumam macam tu." Kata Raisha lagi. Zayden membeku.

"Eh.. asal muka merah? Blushing erkk?" Usik Raisha dengan senyuman nakalnya.

Jujur dia cakap. Memang wajah tampan milik Zayden naik merah apabila dia kata Zayden comel.

"Ish. Diam lah. Benci aku." Marah Zayden perlahan. Raisha tertawa kecil.

"Okey, done!" Kata Zayrel menyentakkan mereka. Mereka memandang Zayrel serentak.

Entah bila yang Zayrel tangkap, tapi alhamdulillah. Sesi bergambar sudah selesai.

Mereka berdua terus menjarakkan diri. Lalu Zayden berjalan turun dari pelamin. Langkahnya diikuti Raisha.

"Ehh. Nak pergi mana?"

"Balik lah." Balas Zayden beberapa patah.

"Alah.. tapi aku nak ambil gambar lagi.."

Zayrel memandang Raisha. Raisha menggeleng.

"Sudah-sudahlah tu bergambar. Aku tak larat." Ujar Zayden lalu menjeling Zayrel. Tangan kecil milik Raisha digenggam lalu ditarik dan berjalan pergi dari situ.

"Nak pergi mana?" Soal Raisha sekadar ingin tahu.

"Balik rumah."

Setapak demi setapak menuju pintu utama dewan tersebut.

"Tapi kita belum jumpa mama lagi."

Apabila sudah tiba diluar dewan, perjalanan terhenti.

"Nanti aku call lah mama. Bagitahu kita balik dulu sebab kau tak larat." Zayden memandang kekiri kekanan mencari kereta miliknya.

"Kenapa nama saya pula yang awak petik?"

"Heh. Aku rasa, kalau kau berdiri lagi setengah jam, mampus reput tulang kau atas pelamin tu." Perli Zayden tepat sasaran. Senyuman sinis diberi. Raisha menjeling.

"Dia pun tak larat.. Bagitahu jelah.." kata Raisha perlahan. Namun masih dapat didengar Zayden. Zayden hanya mendiam. Buat-buat tak dengar sudah.

"Jom." Zayden berjalan naik kedalam perut kereta apabila kereta dipandu dan dihentikan dihadapan mereka.

Pemandu tersebut berlari keluar dari perut kereta dan membukakan pintu kereta untuk Raisha.

"Terima kasih." Ujar Raisha lalu tersenyum manis kepadanya. Pembantu tersebut mengangguk.

Dia berjalan dan memasuki tempat memandu kembali. Kereta mula dipandu.

"Balik rumah mana, tuan?" Soal si pemandu lalu mata mereka bersambung melalui rear mirror.

"Rumah aku." Balas Zayden lalu membuang pandangan ke luar tingkap kembali.

Raisha mengerut kening. 'Rumah aku?' dia ada rumah sendiri ke?

Kerana malas menyoal, Raisha hanya membiarkannya berlalu. Kalau tanya pun macam lah mamat kerek ni balas. Baik diam.

Kepala Raisha mula tersengguk-sengguk kerana terlampau mengantuk. Akhirnya Raisha terlelap.. di bahu Zayden..

"Huh.."

*If I said I still love you,
would you believe me?..*

Selawat lah dulu wahai readers ku sayanggggg!

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now