21

48 5 0
                                    

       "UHH.. dah siap scan aku?" Matanya dengan sinis memandang Raisha.

"Huh? err.. mana ada.." Raisha tersenyum nipis. Belakang lehernya digaru.

Zayden tiba-tiba berjalan mendekatinya. Raisha mengundur kebelakang.

"Kita dah buat perjanjian tau." Raisha berkata dengan kaki turut mengundur kebelakang seraya mengingatkan Zayden tentang perjanjian mereka.

Pergerakannya dihentikan dinding dibelakang. Tangan Zayden naik menguncinya ditengah-tengah.

"Tuan tak boleh pegang saya tanpa izin!" Raisha menjerit lalu menunduk dengan mata tertutup.

"Pft!" Zayden tertawa kuat sehingga sakit perutnya. Tangannya dijatuhkan dari terus mengunci Raisha.

Raisha mencebik. Benci aku budak ni.

"Aku sepatutnya record au muka gelabah kau! Kelakar gila!" Zayden masih sakan ketawa seraya tangan menampar-nampar almari barangan dapur.

Sakan Zayden ketawa, tiba-tiba almari hampir jatuh tertimpa Zayden. Kini giliran Zayden pula memasang riak gelabah. Almari ditahan laju.

"Pft!" Tiba giliran Raisha pula yang ketawakan Zayden.

"Kelakar ke?" Soalnya dengan wajah bengis.

"Haah. Muka tuan pun kelakar bila gelabah." Sakan dia ketawa, perlahan-lahan dia mengangkat kepala memandang Zayden.

"Sepatutnya saya re.."

"Re apa?" Soalnya, garang. Raisha kembali menunduk. Air liur diteguk.

"Pft. Takde lah. Gurau jer." Tangan Zayden menampar lembut lengan Raisha membuatkan tubuh Raisha terginjak beberapa tapak ketepi.

Raisha memandangnya dengan riak terkejut. Zayden membalas pandangan dengan wajah polos.

Raisha memegang lengannya yang selamat ditampar Zayden.

"Uih.. sorry-sorry. Tak sengaja. Reflek aku selalu tampar Zara kalau gelak-gelak dengan dia. Sorry-sorry." Zayden berkata cemas. Dia menggaru belakang lehernya.

"Takpe. Harini saya maafkan. Esok lusa kalau tuan buat lagi, saya cabut tangan tuan." Raisha tersenyum segaris usai mengatakan hal seperti itu.

Dia berjalan ke kabinet dapur lalu mengambil roti dan jem.

Zayden kata tak boleh makan nasi pagi-pagi sebab loya. Jadi kita buat roti untuk dia.

Raisha mula menyapu jem di roti. Zayden pula masih statik berdiri ditempat tadi. Tangannya yang baru sahaja menampar lengan Raisha ditenung lama. Air liurnya diteguk.

"Tuan?" Raisha melambai tangan kepadanya. Terus termati lamunannya. Dia menjatuhkan kembali tangan lalu mata naik memandang wajah Raisha dengan kening dijongket dan senyuman segaris terhias dibibir.

"Roti saya letak atas meja tu. Pergi lah makan." Kata Raisha lembut. Zayden mengangguk lalu berjalan laju kearah meja makan.

Zayden mula melabuh punggung.

"Kau tak makan ke?" Soal Zayden. Matanya memandang Raisha yang sedang berjalan kearah mesin basuh disatu bilik berhampiran.

"Saya tak makan pagi."

"Ouh. Betul juga. Lupa."  Zayden menjatuhkan pandangan kedalam pinggan kembali.

Dengan Bismillah, suapan pertama masuk. Roti dikunyah.

"Tuan. Baju tuan dekat mana?" Soal Raisha secara tiba-tiba. Zayden terus berpaling memandangnya.

Aik? Tadi dekat bilik mesin basuh, sekarang duduk tepi ni pula. Teleport ke?

"Ada dalam raga belakang pintu dalam bilik mesin basuh tu. Tinggalkan jer. Nanti balik kerja aku basuh sendiri." Zayden kembali memandang pinggan.

"Takpe lah. Alang-alang saya nak basuh baju saya, saya basuh lah baju tuan sekali." Ujar Raisha seraya tersenyum manis. Tubuhnya digoyang ke kiri dan ke kanan.

"Takpe. Aku boleh buat sendiri."

"Tapi saya nak buat."

"Tak payah."

"Alah.. Boleh lah tuan.. boleh erk?" Raisha membuat muka sehabis comel.

Zayden mencebik. Matanya digulingkan.

"Yer, pergilah." Akhirnya Zayden berputus asa.

Kang kalau dia tak bagi, menangis pula. Mampus dia nak kena pujuk.

"Yeay! Terima kasih, tuan!" Raisha melompat keriangan. Dia berlari lalu mencapai raga ditempat yang diberitahu Zayden.

Zayden menggeleng. Ada-ada jer perempuan ni..

Perlahan-lahan, bibirnya mengoyak senyuman tanpa sedar. Terasa comel apabila melihat gelagat gadis itu.

Raisha membuang pakaian Zayden yang tadinya didalam raga kedalam mesin basuh.

Button yang berada di mesin ditekan. Mesin mula berputar.

Ralit dia memandang mesin yang sedang berputar, dia teringat akan perkataan Zayden sebentar tadi.

"Pagi-pagi aku tak makan nasi. Loya."

Raisha mengetuk dagu.

"Kenapa aku rasa ayat tu macam ayat seseorang erk?" Raisha menyoal seorang diri.

"Pelik betul lah. Kenapa kebelakangan ni aku tak ingat dekat beberapa manusia eh?" Dia menghela nafas berat. Kaki dihala menuju keluar dari bilik menyuci tersebut.

Kaki dihayun kearah pintu belakang rumah banglo tersebut. Keluasan rumah tersebut dipandang satu persatu.

Ralit dia sedang berfikir tentang kehidupannya, mesin sudah bernyanyi tanda baju sudah selesai dibasuh.

Dia terus berlari anak ke bilik tersebut. Sempat dia mengerling kelibat Zayden yang tadinya sedang menjamu selera dimeja makan sudah pun tiada.

Dia mengabaikannya. Kaki berjalan dan berhenti di mesin basuh. Tangan laju mengambil baju lalu dimasukkan ke dalam raga pakaian untuk dijemur.

Dia mengangkat raga lalu berjalan ke pintu belakang.

Tiba-tiba kedengaran tapak kaki seseorang sedang berjalan turun dari tangga. Dia memandang pantas kearah tersebut.

Zayden sedang memperbetulkan necktie nya. Zayden berjalan laju lalu mengambil kunci kereta yang tergantung elok didinding.

"Tuan nak pergi mana?" Soal Raisha seraya berjalan mendekati Zayden.

"Kerja." Hanya sepatah kata yang keluar dari mulut Zayden.

"Ouh. Saya?" Raisha menyengetkan kepalanya seraya menyoal.

"Kau apa?"

"Saya duduk rumah ke?" Raisha menggoyangkan badannya kekiri lalu kekanan.

"Habis? Kau nak pergi mana?" Soalan dibalas soalan.

"Takkan saya nak duduk rumah jer? Saya nak pergi kerja juga." Ujar Raisha dengan senyuman manisnya.

"Tak payah." Zayden menggeleng kepala. Kakinya dihayun keluar dari pintu utama rumah banglo tersebut.

Raisha memuncungkan bibirnya didepan pintu rumah seraya melihat kereta BMW milik Zayden yang sedang dibawa keluar dari garaj rumah.

Raisha hanya memandang kosong ke arahnya sehingga Zayden membuka tingkap.

"Pergi masuk! Pintu rumah kunci!" Pesan Zayden kuat. Raisha mengangguk laju.

Apabila kereta Zayden sudah mulai menghilang, Raisha menutup pintu rumah lalu dikunci sesuai arahan.

Kaki dihala ke pintu belakang semula. Raga dicapai lalu kaki melangkah keluar.

"Nak buat apa harini sehari? Dah lah duduk sorang-sorang. Kalau duduk dekat rumah ibu ada juga si Rayyan tu nak teman." Kata Raisha seorang diri lalu menyidai pakaian di ampaian baju belakang rumah.

"Haih.." Raisha mengeluh seketika.

Dia tak faham betul dengan hidup dia. Kenapa dia balik-balik aje dari uni dah kena kahwin sekarang ni?

Selawat, vote and comment jangan lupa tauuu♡

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now