MATA aku perlahan-lahan terbuka. Tangan perlahan-lahan naik memegang kepala yang kian berdenyut.
Aku membuka mata dengan besar lalu perkara pertama yang menyapa kornea mata adalah siling.
Nasib siling. Kang kalau keluar muka encik poch terkejut pula. Karang koma 2 tahun pula aku.
"Erhh.." aku bangun duduk dari perbaringan. Aku menyandarkan tubuh dikatil. Aku terkedu.
Ehh? Katil? Tadi bukan dekat bas stop ker?
Aku memandang luar tingkap di sisi kiri. Banyak bangunan kelihatan dari tepi. Mata bersinar teruja memandang. Lalu teruja itu perlahan-lahan menghilang apabila aku berpaling memandang ke sisi kanan.
Wow! Siapakah jejaka yang tidur tersengguk-sengguk dikerusi itu?
Aku memandangnya lama. Wajahnya tidak begitu kelihatan kerana dia pakai mask.
Wait. Mask? Kau hidup dekat zaman bila ni, encik? Zaman covid dah tamat lama dah. Takkan rindu zaman covid kut?
Aku ralit memandangnya. Cuci mata lah nak dikatakan. Aku memandangnya dari atas hingga bawah.
Dari pakaian dah nampak macam orang kaya.
Aku mengusap dagu mulus aku. Seperti berfikir. Lalu aku membeku sejenak.
Aih? Sejak bila aku boleh terbang masuk hospital ni? Siapa yang bawa aku?
Aku berhenti mengusap dagu lalu mengecilkan mata memandang jejaka bermasker tersebut.
"Takkan lah dia-- uhuk! uhuk! uhuk!" Aku terbatuk kuat.
Alamakk! Aku ingat nak batuk slow je tadi. Terkuat pula. Hihi..
Lelaki tersebut terus membuka mata. Terjaga dari lenanya. Dia merenung wajah aku dengan mata separa terbuka. Aku tersenyum menayangkan gigi cantik aku.
Dia hanya memandang kosong. Matanya berkelip beberapa kali tapi masih setia merenung aku tajam.
Tak sedar lagi ke apa mamat ni?
Aku melambaikan tangan aku dihadapan wajahnya.
"Ehem! Encik tenung apa?" Aku berdehem lalu menyoal. Dia menggulingkan anak matanya.
Amboi! Kerek bebenor!
"Macam mana saya boleh dekat sini?" Aku menyoal lagi. Dia memandang aku.
"Entah. Terbang kut." Dia menjongket bahu. Aku tersenyum kelat.
Kalau aku boleh putar kepala dia 390° darjah, memang aku dah putar.
"Encik siapa?" Aku menyoal masih belum berhenti.
Kalau nak ikutkan perasaan, aku malas nak tanya mamat kerek ni. Tapi itulah. Banyak sangat soalan terlintas. Mulut pula ringan je nak bercakap.
Dia merenung aku lalu membuka masknya. Aku terdiam.
"Tak kenal lagi?" Soalnya. Senyuman senget terukir.
"Kenal-kenal." Aku mengangguk kepala laju.
Yah. Rupanya mamat kerek tu dia, Zayden Hael.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini?"
"Kau tak ingat ke?" Soalnya. Aku menjongket kening lalu menggeleng.
Dah terang lagi bersuluh aku tak ingat. Dia boleh tanya aku pula.
"Kau amnesia erh?" Dengan selamba badak dia menyoal.
"Mana ada!"
"Habis? Kenapa kau tak ingat?"
"Sebab saya pengsan. Nak ingat macam mana?" Aku menjongket kening berkali-kali.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...