BERKALI-KALI Raisha berfikir.
Siapa gadis tersebut? Rasanya dia kenal dengan gadis itu. Raisha mengetuk dagunya.
"Aku kenal dia. Aduhhh! Tapi yang mana entah?" Dia merapati meja belajarnya. Kerusi dimeja tersebut diduduki.
Dia memandang siling sambil memikir. Lama memikir, dia mula teringat akan seorang gadis.
"Ha! Perempuan tu!" Raisha memetik jari. Dia berdiri lalu memeluk tubuh.
"Nama dia apa entah?"
"Yang dekat bus stop tu kan?"
"Ehh betul ke? Rasanya betul lah kan?"
Dia memundar mandir didalam bilik tersebut seraya memikir.
"Nama dia Alie ehh?" Raisha memandang siling.
Betul tekaannya. Gadis busybody di bus stop itu adalah gadis berkebaya dirumahnya semalam!
"Ehh tapi dia buat apa dekat sini? Aku tak kenal dia kan?" Soal Raisha seorang diri.
"Alahhh. Yang nama dia ada Elli-elli belakang tu."
"Nama depan dia... Izora erk? Ke, Dora? Zora? Kerrr Edora?" Teka Raisha akan nama gadis itu.
"Izora Elli?" Raisha mengetuk dagu.
"Arghh! Tak tahu lah Izora ke, Edora ke, yang penting sekarang ni kenapa dia datang rumah?" Raisha berjalan mundar mandir keliling bilik.
"Lepas tu dia cakap 'congratulation again'? Apa maksud dia?" Raisha mula menggigit kuku.
"Jangan cakap aku nak kena kahwin dengan dia?" Membulat mata Raisha apabila soalan itu terlintas dibenak fikiran.
"Tak nak! Tak nak lesbi!" Jerit Raisha seraya mula menggaru kepala seperti orang tidak terurus.
"Sebab tu dia jumpa aku dekat bus stop malam tu? Sebab dia minat sesama perempuan?"
Raisha meneguk kasar air liur. Mati dia! Nak kena kahwin dengan perempuan! Macam mana ni!?
TOK! TOK!
Pintu bilik Raisha diketuk beberapa kali mematikan soalan gilanya.
Dia terus membetulkan rambut yang serabai lalu berlari anak membuka pintu. Pintu bilik dibuka seluas harapan.
Mimik sedih milik Rayyan dipandang disebalik pintu.
"Apa hal kau ni?" Soal Raisha pelik dengan sikap adik bongsunya.
"Akak jangan lah kahwin.." Rayyan memeluk tubuh Raisha.
Raisha mengerut kening. Tangan kanannya naik memegang kepala Rayyan manakala tangan kiri memegang bahu Rayyan.
"Kenapa pula?"
"Nanti Ayyan nak main dengan siapa?" Soal Rayyan dengan mimik sedihnya. Mukanya di dongak sedikit memandang Raisha. Pelukan dikemaskan.
"Ayyan? Kenapa tiba-tiba tukar panggilan ni?" Soal Raisha. Pelik benor adiknya harini.
"Memang dari dulu lagi Ayyan bahasakan diri Ayyan, Ayyan kan?" Soal Rayyan pula.
"Ye ke? Bila masa?"
"Ish! Akak amnesia, akak mana ingat." Jujur Rayyan. Terdiam Raisha dibuatnya.
"Kak.. jangan lah kahwin.."
Raisha tersenyum lalu mengusap lembut kepala adiknya.
"Tak boleh lah. Nanti ibu marah." Lembut nada yang digunakan Raisha.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...