2

78 7 0
                                    

       AKU menunggu lama dihadapan pagar sekolah. Menunggu kedatangan kakakku untuk menjemput.

Tapi, hampeh betul. Aku balik pukul 2 petang tadi, sekarang dah pukul 4 setengah petang. Kau rasa?

Aku pun mengambil keputusan untuk order grab. Lah. Lupa pula aku data takde.

Jadi sekarang nak buat apa? Lama menunggu, aku pun balik jalan kaki. Kalau tunggu diorang tu, hmph! Magrib lah baru aku balik jawapnya.

Sekarang kan musim panas. Jadi aku rasa nak jer freehair tengah jalanraya ni. Tapi tulah. Neraka lagi panas. Nak buat macam mana? Redho jelahhh.

Lama aku berjalan kaki, akhirnya aku sampai ke perkarangan rumah aku. Nasib tak jauh. Mungkin hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam?

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam setelah melangkah masuk.

Baru sahaja aku tiba dari tangga kayu itu, aku melihat, kakak, abang berserta adik aku sedang diruang tamu. Aku jadi hairan? Tunggu aku ker? Heh! Lambert lagi.

"Waalaikumussalam." Balas Rasyid, abang sulung aku.

Aku melangkah kaki masuk berjalan mendahului mereka. Baru kaki ingin menapak masuk kedalam bilik, kelibat ibuku menaiki tangga dari dapur kelihatan.

Air liur diteguk pahit.

Dalam hati ni sudah meminta pertolongan Allah semoga takde apa-apa kejadian berlaku.

"Ibu.." sapa aku lalu aku berjalan menyalami tangan ibu. Ibu membiarkan aku mencium tangannya lalu terus dia berjalan ke ruang tamu.

"Syukur Alhamdulillah..." Aku berkata perlahan.

Aku menapak masuk kedalam bilikku. Tanpa berlengah aku terus membersihkan diri lalu terus solat asar.

Setelah semuanya selesai, aku keluar dari bilik ke ruang tamu. Semuanya masih setia disitu.

Aku berlalu dan duduk disofa bersama adikku, Rayyan.

"Ibu ada benda nak cakap." Kata ibu. Aku terus memandangnya.

"Ada apa, bu?" Soal aku pula. Sejujurnya aku takut sikit. Kena marah ke apa ke kan? Bukan nya aku tahu.

"Ibu nak kau kerja." Tegasnya. Aku terdiam. Salah dengar ke camne ni?

"Mak-maksud ibu?" Soal aku inginkan kepastian.

"Susah ibu nak sara hidup korang semua ni. Ingat senang ke nak jadi ibu tunggal?" Soalnya dengan wajah yang bengis. Aku mengetap bibir.

"Tapi.. Raisha kan belum habis sekolah? Macam mana Raisha nak--"

"Tak boleh ke kalau kau balik sekolah tu, pergi buat kerja? Apa yang susah sangat kau ni?" Cantas dia, pedas. Aku hanya mendiam sambil bermain jari.

"Mulai esok, kau cari kerja." Katanya sebelum bangun lalu berjalan keluar dari rumah.

Kami membisu. Tidak ada yang bersuara.

"Kak Raisha." Panggil adik bongsu aku seraya menggoncang lembut tangan aku. Aku berpaling memandangnya.

"Mana abah?" Soal Rayyan, selaku adik bongsu aku. Aku tersenyum kelat.

"Abah dah takde.." ujar aku ku perlahan lalu mengusap kepalanya. Apa akan jadi dengan Rayyan? Budak berusia 9 tahun sepertinya membesar tanpa ayah.

"Abah tak nak balik ke?" Soalnya lagi. Ini bukan kali pertama Rayyan menyoal seperti ini.

"Ehh, boleh kau berhenti tak tanya fasal abah!? Dia dah lama dah takde! Dia dah ma--" kata-kata Rasyid dipotong.

"Enough, abang!" Cantas Raudhah. Semuanya terdiam.

ÉL ES MÍO Where stories live. Discover now