"NAIK, Raisha." Gegas tuan Abu Ghaz lagi. Raisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tak pelah, pakcik. Raisha boleh call abang Raisha je tolong ambilkan." Tolak Raisha akan ajakan Abu Ghaz dengan lembut.
Malu pula dia apabila tuan Abu Ghaz iaitu ayah kepada Aliya ingin menghantarnya pulang ke rumah.
"Rumah kita bukannya jauh berkilometer. Dekat aje. Naik. Pakcik hantarkan. Halah, dia ni. Macam tak biasa pula." Bebel tuan Abu Ghaz. Aliya terus menarik lengan Raisha menaiki kereta Alphard milik papanya.
Bagasi diangkat masuk kedalam but kereta oleh pemandu kereta tuan Abu Ghaz.
Raisha dan Aliya duduk dibelakang manakala tuan Abu Ghaz duduk disebelah pemandu Ghaz yang banyak membuka mulut. Aliya dan Raisha pula hanya jawap apa yang patut.
Sesekali ada juga Aliya mengerling Raisha disebelah. Setelah pulang dari makan-makan semalam, Raisha terus masuk kedalam bilik. Pagi tadi pun cakap dua tiga patah jer. Marah agaknya.
"Terima kasih, pakcik." Ujar Raisha lembut apabila rumahnya sudah selamat dituju.
"Sama-sama. Kirim salam dekat Hasnah yer." Raisha mengangguk.
Bagasi di but kereta belakang dikeluarkan oleh pengawal tuan Abu Ghaz. Setelah semuanya selesai, pengawal tersebut berjalan dan memasuki kereta.
Sesekali Raisha melambai tangan kearah Aliya didalam kereta Alphard tersebut dan lambaianya dibalas. Dia menghantar kereta tersebut menggunakan anak mata.
"Aih? Kereta depan rumah ni anak siapa punya?" Soal Raisha apabila melintasi kereta Nissan disebelahnya.
Dia melangkah kaki menaiki tangga kayu itu.
"Assalamualaikum.." salam diberi dan kaki kanan mendahului. Bagasi roda diangkat hingga tiba dimuka pintu.
"Ha, elok sangat dia dah balik." Ujar makcik Hasnah, ibu Raisha.
Dua lelaki berbaju suit dan seorang wanita berkebaya hitam dikerling Raisha.
Wanita itu berjalan bersebelahan Raisha.
"Congratulations again.." ujar wanita berkebaya itu dengan spek mata hitamnya diturunkan hingga paras hidung.
Raisha memandangnya dengan kening berkerut. Mata kanan dikejipkan sekali lalu spek mata dinaikkan kembali.
Mereka menuruni tangga kayu dan berjalan menaiki kereta Nissan. Terus kereta itu memecut pergi.
"Macam kenal.. kat mana entah?" Soal Raisha seorang diri.
"Elok sangat kau dah balik." Tegur Hasnah. Terperanjat Raisha dibuatnya.
Raisha berjalan dan menyalami tangan Hasnah. Dia terus duduk disofa itu apabila ditarik Raudhah.
"Ada apa ni?" Soal Raisha cemas apabila semua ahli keluarganya memandang ke arahnya.
"Ibu nak Raisha kahwin."
Ini lebih membuatkan Raisha terperanjat. Balik-balik kena kahwin. Apa ni??
"Ha? Ibu cakap apa ni?"
"Aih? Baru duduk dekat uni lima bulan dan pekak?" Tepat sasaran. Sakit hati Raisha mendengarnya.
Raisha hanya mendiam. Malas berbalah dengan ibunya.
"Apa pun keputusan kau, keputusan ibu lagi muktamad." Tegas Hasnah terus menerus.
"Kenapa tiba-tiba nak suruh Raisha kahwin ni? Raisha habis belajar pun tak lagi, ibu." Balas Raisha perlahan-lahan. Tidak mahu gesa-gesa. Nanti kena marah.
"Kau ingat, nak bela anak lima orang seorang diri, mudah ke?" Soal Hasnah sinis sekali kedengaran.
Raisha meneguk air liurnya.
"Kalau kau takde, senang sikit aku nak tampung."
"Duit yang Raisha bagi waktu Raisha kerja dulu, takkan tak cukup lagi? Hampir 5 ribu kut duit tu." Balas Raisha setelah lama membisu.
"Ehh! Kau ingat, 5 ribu cukup ke dengan ekonomi yang makin merosot sekarang ni?" Hasnah sudah mula naik angin. Tangannya sudah naik mengetuk-ngetuk atas meja.
"Raisha boleh berhenti uni dan tolong ibu kerja, tapi dengan keputusan ibu suruh Raisha kahwin, Raisha taknak." Tolak Raisha. Nadanya sedikit ditekan.
"Aku ada tanya ke kau setuju atau tak!? Dia anak orang kaya! Kalau kau kahwin dengan dia, keluarga ni takkan hidup miskin macam ni lagi!" Bentak Hasnah kuat. Kedudukannya tidak perlu dikatakan. Hasnah tika ini sudah dalam keadaan berdiri dengan dada turun naik kegeraman.
"Ibu!" Raisha turut berdiri. Geram dengan keputusan melulu ibunya.
"Raisha berhak bahagia! Raisha boleh pilih lelaki yang Raisha nak, bukan yang ibu nak!" Kata Raisha dengan nada sedikit kuat.
PANG!
Terteleng sebelah kepala Raisha.
"Ibu." Rasyid menarik ibunya.
"Makin aku bagi muka, makin kau melampau!" Jari telunjuk Hasnah naik menunjal-nunjal kepala Raisha.
"Ibu sudah!" Rasyid menarik lagi. Dia berdiri ditengah-tengah Raisha dan Hasnah.
"Kan dia dah cakap, jangan sentuh milik dia." Kata Rasyid dengan nada separuh berbisik kepada Hasnah.
"Ibu jangan naik tangan lagi dekat Raisha. Kalau dia tau, mat--"
Kata-kata Rasyid terhenti apabila tangan Raisha menolak dadanya kebelakang.
"Raisha."
Jari telunjuk Raisha naik kebibir Rasyid.
"Raisha terima perkahwinan tu." Ujar Raisha secara tiba-tiba.
Hasnah tersenyum sinis.
"Tapi.. sampai Raisha mati pun, takkan ada sesen pun duit lelaki tu jatuh ke tangan ibu."
Usai berkata dengan berani, Raisha berlalu pergi dari situ. Melangkah masuk kedalam biliknya.
Laungan namanya oleh Hasnah tidak dia hiraukan. Dia menghempas kuat pintu bilik.
Katilnya didekati. Tubuh dibaring kasar keatasnya.
Dia merenung siling. Sakit dipipi kerana ditampar ibu tadi tidak dihiraukan. Ini bukan pertama kali dia ditampar. Jadi sudah terbiasa.
Air matanya mengalir.
Selalunya, jika dia dimarahi ibu, dia akan dilindungi abah. Selain abah, ada juga seorang insan yang sering melindunginya. Tapi dia tidak begitu ingat siapa. Mungkin kerana memorinya full?
Entahlah. Tapi sekarang, dia sangat sedih dengan segala perkara yang menimpanya.
Pertama, dia tidak ingat siapa dirinya. Yang kedua dia sering kali bermimpi pelik. Yang ketiga dia merindukan seseorang yang asing baginya. Yang keempat, dia dipaksa kahwin oleh lelaki yang tidak dikenali.
Kenapa lah takdirnya begini..
Air mata laju mengalir. Ketukan di pintu diabaikan. Sakit betul hatinya dengan si ibu.
Ada ke patut suruh dia kahwin demi harta? Demi duit? Demi hidup mewah?
Semua tu hanya sampah. Mereka takkan bahagia kerana duit. Kerana harta seseorang.
Dia sangat sakit. Sakit dengan segala yang membuatnya patah.
"Awak.. hiks.. saya rindu awak.."
Itu ayat terakhir yang dikata Raisha sebelum matanya tertutup rapat. Sangat berat mata usai sahaja menangis.
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...