ZARA berjalan masuk kedalam rumah sambil bernyanyi.
"Kerna bersamamu semua terasa indahhhh!~"
"Gundah gulana hatiku--"
"Bersama siapa!?" Soal datin dengan gaya bercekak pinggang diambang pintu.
"Oi mak!" Terlompat kecil Zara. Dia tersengih seperti kerang busuk lalu berlari anak kearah mamanya.
"Bersama ibu lah.. bersama siapa lagi?" Zara mencuit lembut lengan mamanya. Datin lantas menjeling.
Tangan datin dicapai lalu disalaminya.
"Kata balik dengan Zayd. Mana dia?" Datin memanggul kepala mencari kelibat anak kedua.
"Dia dah balik. Dia kata dia banyak kerja." Zara berjalan masuk melepasi figura datin yang masih di ambang pintu. Dia melabuh punggung disofa dengan lengguknya.
Pin ditudung bawalnya dibuka satu persatu. Tudung ditanggalkan.
"Raisha mana?"
"Kan cuti dua minggu jer. Jadi dia dah balik uni lah pagi tadi sekali dengan abang Rel." Balas Zara seraya menekan-nekan skrin telefonnya.
"Lah. Sekejapnya cuti." Datin turut melabuh punggung diatas sofa berhadapan Zara.
Seketika Zara teringatkan gosip hangatnya. Terus telefon dicampak.
"Mama. Ara ada benda nak cerita ni." Zara berdiri lalu berlari anak mendekati mamanya. Dia duduk bersebelahan mamanya.
"Gosip ke? Kalau gosip tak nak lah. Dosa banyak lagi." Kata datin lalu menggeleng. Anaknya ni memang kerja mengumpat aje.
"Bukanlah." Zara mencebik. Datin tertawa kecil.
"Ni pasal abang Zayd tuu."
"Ha, kenapa dengan dia?" Soal datin pula. Bersemangat nak mengumpat anaknya tu.
"Tadikan kitaorang balik sekali, Ara cakap dengan dia, dia nampak tak fokus langsung." Zara sudah mula membuka cerita. Datin mengangguk.
"Ara rasa, ada benda yang tak kena dengan abang tu. Macam orang tak betul tahu tak." Ujarnya lagi.
"Dia tak betul macam mana?"
"Ara tak tahu lah nak bagitahu macam mana." Zara menggaru pipinya.
"Semenjak dia kahwin ni, dia sepatutnya happy. Tapi ini tak. Like, something has happened.." Zara berkata seperti detektif bunyinya.
Datin mengerut kening. Benda apa yang dah jadi dalam rumah tangga Zayden? Dia tak tahu apa-apa sebab anak keduanya bukan suka bercerita. Dia lebih suka memendam ade lah.
"Mama nak call tanya dia tak?" Soal Zara. Datin membalas pandangan Zara lalu mengangguk.
Zara mencapai telefon datin yang berada diatas meja bulat dihadapan mereka lalu telefon dihulur kepada datin.
"Here.." Zara menghulur dengan slay.
"Thank you." Datin pun tidak mahu kalah. Sebelah bahunya dijongket naik. Huluran disambut.
"Cepat-cepat." Gegas Zara. Datin menekan skrin telefon. Mencari nombor anak keduanya.
"Ehem." Datin berdehem sebelum melekapkan skrin telefon ditelinganya.
"Yer?" Talian bersambung.
"Ha, ada mana?" Soal datin. Zara turut mendekatkan telinganya ditelefon datin.
"Ada office lah. Mana lagi?" Balas Zayden pula. Salam tidak diberi, langsung datin masuk ke topik.
"Tengah buat apa?"
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...