RAISHA terkedu. Hilang ingatan. Again?
"Macam mana boleh hilang ingatan?" Raisha menyoal lagi. Tiba-tiba air mata datin mengalir kembali.
"Kemalangan jalanraya.." hanya perkataan itu yang disebutnya. Dia bangun berdiri lalu menaruh bingkai tersebut diatas meja solek.
Raisha berdiri mengikutinya sehingga diambang pintu.
Tangan tua datin naik mengusap pipi Raisha.
"Cepat-cepatlah sembuh yer, sayang?" Itu ayat terakhirnya lalu dia berjalan menuruni tangga dengan tangan menyeka airmata.
"Aku ada sakit ke?" Raisha mula menyoal seorang diri. Raisha menutup pintu lalu berjalan dan berdiri dipintu kaca balkoni bilik.
Raisha memegang pintu kaca tersebut dimana ia memantulkan wajah Raisha.
"Who i'm?.."
☜ ☞
Hari demi hari berlalu. Dua hari Raisha telah menginap di rumah datin Zarina, ibu kepada encik Zayden.
Dan harini, Raisha telah dihantar ke universiti xxx di Shah Alam, Kuala Lumpur.
"Terima kasih, tuan." Ujar Raisha seusai sahaja beberapa bagasi miliknya dikeluarkan dari but kereta.
"Herm.." hanya itu yang dibalas Zayden lalu dia berjalan dan meloloskan diri kedalam perut kereta.
"Bye. Bawak kereta elok-elok tau!" Pesan Raisha. Zayden hanya mengangguk lalu memegang kemas stereng kereta.
"Kau pun sama. Belajar elok-elok." Itu ayat terakhir yang dipesan Zayden sebelum laju memecut pergi dari situ.
Raisha tergamam. Senyuman tadi. Sempat dia tangkap senyuman Zayden yang sangat manis terukir dibibir Zayden tadi. Raisha tersenyum seorang diri.
Akhirnya, dia dah boleh melihat senyuman manis itu.
"Yeay!"
"Raisha!" Panggil seseorang.
"Oi mak kau!" Latah Raisha. Terus terhambut ketawa besar milik Aliya. Raisha menjelingnya. Suka sangat gempar dia.
"Awal sampai." Perlinya. Raisha hanya tersenyum kerang busuk.
Ya. Sepatutnya mereka perlu menanda kehadiran semalam. Tapi disebabkan semalam tuan Zayden sibuk, jadi dia terpaksa tuang sehari.
"Jom. Nanti balik, aku bawa kau tunjuk rumah sewa kita dekat mana." Aliya membantu Raisha menarik beberapa beg bagasi roda itu.
Raisha hanya mengikut.
☜ ☞
"Baiklah. Nama saya Juwita Bahar. Saya yang bertanggungjawab atas kamu semua. Faham?" Madam yang bernama Juwita itu memperkenalkan diri lagi sekali.
Kerana dia tahu, ada ramai murid yang membolos kelas semalam. Itu perkara biasa sebagai seorang madam di universiti.
"Saya akan tanda kehadiran. Jadi tolong angkat tangan dan cakap saya jika nama kamu dipanggil." Madam Juwita memperbetulkan cermin mata lalu membuka bukunya.
"Faiq Farihan!"
"Saya!"
Seorang demi seorang nama dipanggil madam.
Raisha berpaling memandang Aliya disisi.
"Aliya."
"Ya?"
YOU ARE READING
ÉL ES MÍO
Fantasy❗️ CERITA INI DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA AUTHOR MENGALAMI BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. HARAP MAKLUM!! Nur Raisha Qistina. Indah nama diberi. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan? Penuh duka dan lara. Abah, abah, dan abah. Hanya pangg...