GBM 18

2.5K 230 20
                                    

Kedengaran deruan motor berkuasa tinggi dari luar pagar Villa. Pantas Habibah berlari keluar. Tepat sangkaannya apabila melihat Racer sudah tiba. Habibah menghampiri motor milik Hayiz.

"Hayiz, jom. K.A ada dekat dalam. Cepatlah.."ajak Habibah tergesa-gesa.

Racer pantas membuka helmet lalu turun dari motor. Kaki di atur pantas memasuki Villa. Mata hayiz melilau mencari kelibat K.A. Dia hanya membuntuti Habibah ke ruang tamu privasi.

"Mana K.A?"tanya Hayiz.

"K.A dalam bilik tu. Dia cakap sekejap je tadi"jari runcing Habibah di tunjuk ke arah bilik yang di maksudkan itu.

Hayiz menapak laju. Tombol pintu di pulasnya. Terkunci. Hayiz mengambil keputusan untuk menendang.

Bang! Pecah pintu bilik itu di tendang Hayiz. Terbuntang mata Hayiz apabila melihat Izam mencium leher K.A yang sudah tidak bertudung itu. Dia menghampiri Izam lalu menarik kolar baju Izam dari belakang.

Badan Izam di pusingkan menghadapnya lalu satu tumbukan melayang ke wajah Izam. Izam terus terjatuh ke lantai. Tangannya memegang hujung bibir yang sudah pecah di tumbuk Hayiz.

Habibah bergegas masuk menghampiri K.A yang terbaring tidak sedarkan diri. Hayiz duduk di atas Izam menggenggam kolar baju tshirt.

"Kurang ajar!"satu lagi tumbukan hinggap di muka Izam.

Safwan, Iskandar dan Imran menarik Hayiz kebelakang. Bahaya jika di biarkan. Boleh mati anak orang tu.

"Kau ingat K.A tu apa!"Jerkah Hayiz melepas amarahnya. Izam memegang rahangnya dengan nafas tercungap lemah.

"Aku tak akan lepaskan kau lepas ni. Aku jumpa kau dekat luar, mampus kau aku kerjakan!!"marah Hayiz.

Hayiz menghampiri K.A lalu mengcempung K.A dan di bawa keluar dari tempat najis itu. Yang lain turut membuntuti Hayiz. Hayiz membaringkan K.A ke dalam kereta.

"Is, kau bawak motor aku. Aku drive kereta K.A. Bib, kau masuk. Aku hantar balik rumah K.A"ujar Hayiz tegang.

Habibah hanya mengangguk. Badan dibolos masuk kedalam kereta. Kepala K.A di ribanya. Mahu menangis dibuatnya apabila melihat K.A di lakukan sebegitu. Hayiz memandu membelah jalan raya dengan di ikuti Safwan, Isakandar dan Imran dari belakang.

~~~~~~

Habibah meletakkan empat cawan air di atas meja kopi di hadapan televisyen. Habibah melangkahkan kaki menaiki tangga untuk memeriksa keadaan K.A.

"Kalau jadi apa-apa lepas ni!.. aku akan bunuh si Izam tu"kata Hayiz geram.

"Bawa bersabar sikit boleh tak Yiz. K.A tengah rehat dekat atas tu"kata Imran.

"Sabar apa?! Cuba kau cakap dekat aku? Dia nak rogol K.A tau! Dia ingat K.A tu apa!"Hayiz bengang. Air di dalam gelas di teguk rakus. Bagi melegakan hatinya yang membara.

Habibah membasahkan kain yang sudah kering di atas kepala K.A lalu meletakkannya kembali. Mata K.A terbuka perlahan-lahan. Tangan memegang kepala yang masih lagi pening lalat.

K.A cuba mencerna balik. Apa yang sudah terjadi. Dia melihat sekelilingnya. Tempat itu sangat familiar baginya. Terus kepala di raba.

"Mana tudung aku?" Tanya dia sendiri. Dia menoleh ke sisi terlihat Habibah yang berada di sisi memandangnya.

"Bib, apa dah jadi? Macam mana aku boleh ada dekat rumah?"tanya K.A.

"Nah minum air ni dulu. Lepas tu kau pergi cuci muka, pakai tudung. Aku tunggu dekat bawah"Habibah menghulurkan segelas air kepada K.A. K.A menyambut lalu meneguknya sehingga habis.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now