GBM 19

2.6K 221 34
                                    

K.A masuk ke dalam kawasan sekolah bersama Habibah di sisi. Kedengaran suara pelajar yang berbisik sesama mereka sambil memandang K.A dengan pendangan jelek.

"Ee.. miskin sangat ke sampai sanggup jual badan"
"Tulah.. dah tahu miskin masuk sekolah orang kaya"
"Dasar murah"

K.A hanya menundukkan wajahnya memandang tanah. Walaupun dia tidak tahu dengan apa yang berlaku. Tetapi dia tetap malu. Langkahnya dan Habibah terhenti apabila sebuah motor berhenti di sisinya. K.A mengangkat wajahnya memandang tuan empunya motor.

"Hayiz"satu kata sahaja yang keluar dari mulut K.A.

Hayiz membuka visornya lalu memandang tajam ke arah pelajar yang mengumpat K.A dari tadi. Terus pelajar itu tertelan kata. Mereka berlalu sambil menunduk.

"Nanti kau datang bilik pengawas. Ada benda aku nak tunjuk"ujar Hayiz terus berlalu ke parking motor.

"Kenapa K.A?"tanya Habibah. K.A mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Habibah dan K.A melalui koridor menuju ke arah kelas masing-masing. Langkah K.A terhenti apabila tiga orang gadis berdiri di hadapannya sambil mencekak pinggang.

"Wow! Berani ya pelacur datang sekolah"Kata Bella dengan perkataan kesatnya.

"Apa kau cakap ni? Aku tak faham"Tutur K.A terpinga. Dia masih tidak memahami dengan apa yang di katakan.

'Apa ni? Jual badan? Pelacur? Aku tak faham lah' bisik hati K.A

Bella menggulingkan matanya menyampah terus dia keluarkan telefonnya dari poket baju lalu menayangkan satu video kepada K.A.

Membulat mata K.A apabila melihat video itu. Yang lagi mengejutkannya ialah, apabila mendapati orang di dalam video itu adalah dirinya.

"Okay. Cukup itu je. Sekarang kau dah faham kan. Pe. La. Cur"kata Bella menyebut satu persatu perkataan terakhir ayatnya itu.

"Berapa dia bayar kau? Mesti cukupkan untuk bayar yuran sekolah yang boleh di katakan mahal ni"tambah Balqis.

"Dah tahu diri tu miskin! Berangan nak sekolah orang kaya tu kenapa!"tambah Batrisya pula.

K.A diam memandang lantai. Dia masih lagi terkejut dengan video itu. Jangan- jangan video itu sudah tersebar luas. Apa perlu dia lakukan?

"Girls , bawak dia ni. Kita ajar dia sikit"arah Bella.

Batrisya dan Balqis memaut lengan K.A kuat lalu mengheret K.A ke kawasan belakang bangunan. Rontaan K.A di endahkan. Tubuh kecil K.A di tolak terjeluput di tanah.

"Korang ni dah kenapa? Ada aku kacau korang ke?"kata K.A hampir saja dia mengalirkan air matanya.

' jangan nangis K.A. Nanti diorang akan nampak kau lemah'desis hati K.A.

"Memang kau tak kacau we all. Tapi, kehadiran kau yang dah jadi pelacur ni. Menyemakkan permandangan aku"tuntas Bella dengan begitu angkuh.

"Aku bukan pelacur!! Aku kena perangkaplah!"teriak K.A seraya kedua belah tangannya menutup telinga.

"Do I care. Kau ingat kitorang percaya ke cakap pelacur macam kau ni. Nak tuduh orang. Padahal diri sendiri yang terdesak"tambah Balqis.

Bella menghampiri K.A lalu bercangkung di hadapannya. Mask K.A di rentap dan pipi K.A di cengkam kuat lalu mendongakkan wajah K.A memandangnya.

"Kau ingat dengan muka kesian kau ni.. aku akan lembut hati ke? Huh!"ujar Bella.

Bella menggerakkan jari telunjukkan sebagai tanda mengarahkan Balqis dan Batrisya menghampiri. Bella menolak wajah K.A langsung berdiri. Langkahnya di undur beberapa tapak.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now