GBM 51 (Final)

5K 300 131
                                    

Hayiz terjaga dari tidur terus dia menuju ke bilik air untuk menunaikan solat subuh. Seusai solat, dia akan mengejutkan isterinya untuk solat subuh. Hayiz menghampiri katil Kaisara lalu mengejutkan Kaisara. Tetapi tiada tanda-tanda Kaisara untuk bangun. Wajah Hayiz mula berubah. Dia mengejutkan Kaisara lagi sekali.

"Sayang bangun sayang. Sayang!!"Hayiz sudah mula cuak. Dia terus keluar menjerit memanggil doktor. Hatinya tidak tenteram.

Tidak lama kemudian, dia kembali bersama doktor dan doktor memintanya untuk menunggu di luar dan segera menelefon ahli keluarga yang lain.

Hayiz mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar, terus dia mendail nombor Mummy Maria.

"Mummy..".

~~~~~

Tidak lama kemudian, semua orang tiba di hospital. Mereka melihat Hayiz duduk menunduk di kerusi menunggu keresahan.

"Hayiz"sapa Elly dan Mummy Maria.

Hayiz mendongak melihat kedua orang wanita itu.

"Macam mana dengan Kaisara?"tanya Mummy Maria.

"Doktor masih tengah periksa".

Sejurus itu, kawan-kawannya yang lain turut tiba disitu. Mendengar saja khabar dari Hayiz, mereka terus bergegas ke hospital.

"Hayiz, Kaisara macam mana?"tanya Habibah.

Belum sempat Hayiz menjawab, pintu wad terbuka terpancul figura doktor di hadapan pintu. Pantas yang lain menerpa ke arah Doktor.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya doktor?"tanya Mummy Maria kerisauan.

"Saya harap puan dan yang lain dapat bersabar dan menganggap ini adalah salah satu ketentuan tuhan". Kata doktor dengan berat hati.

*pasang lagu di atas*

"Cik Kaisara Aulia telah disahkan meninggal dunia jam 6 pagi tadi"

Bam!

Bagaikan terkena satu tamparan yang dahsyat. Masing-masing tersentak mendengar tutur kata dari doktor.

"Ya Allah Kaisara!!!"Mummy Maria meraung dengan tangis. Habibah memeluk Mummy Maria yang terduduk hiba.

Hayiz yang mendengar khabar itu turut mengalirkan air mata kesedihan. Luluh hatinya. Elly menghampiri Hayiz lalu memeluk anaknya itu. Semua orang mengalirkan air jernih. Jiwa mereka sakit. Sakit apabila kehilangan orang tersayang.

Hayiz cuba untuk menguatkan diri. Air mata di hapus lalu menghampiri Mummy Maria. Dia membantu Mummy Maria berdiri lalu di pimpinnya masuk ke dalam wad bagi melihat wajah Kaisara.

Mummy Maria yang sudah teresak tangis lemah. Tangan itu terketar-ketar mahu menyelak kain putih yang menutupi wajah Kaisara yang terkujur kaku di atas katil.

Melihat sahaja wajah Kaisara yang pucat bersih terus Mummy Maria rebah di atas kerusi. Tubuh kaku Kaisara di peluk erat dengan tangisan. Hayiz yang cuba menahan tangis akhirnya pecah apabila melihat wajah kesayangannya yang pucat tidak berdarah terbaring kaku.

Dia terduduk menghambur tangis. Tangannya menggenggam cadar sehingga urat di tangannya kelihatan. Yang lain juga tidak dapat menahan tangis. Masing-masing menghambur tangis melihat Kaisara yang semalam ceria bergelak tawa kini sudah terbaring kaku tidak bernyawa.

Racer yang tidak sanggup melihat Hayiz begitu menghampiri. Belakang Hayiz di gosok bagi menenangkan Hayiz tetapi, ia tidak memberi apa-apa kesan.

"Sabarlah Hayiz. Kau tak boleh macam ni! Sabar"kata Imran yang turut mengalirkan air mata.

~~~~~

Jenazah Kaisara dibawa pulang setelah di mandi dan dikafankan di hospital. Semua ahli keluarga sudah datang memenuhi rumah Mummy Maria. Suasana hiba itu tidak dapat di bendung.

Hayiz yang siap berbaju melayu hitam mengatur langkah lemah sambil memakai songkok. Dia menawarkan dirinya untuk menjadi imam solat jenazah. Melihat keranda kayu di hadapannya membuat air matanya laju sahaja mahu mengalir. Pantas dia menghapuskan air mata itu. Bahu Hayiz ditepuk perlahan oleh seseorang. Dia menoleh. Wajah dato'Sri Nizam berdiri di belakangnya.

"Sabar Hayiz"kata Dato' Sri Nizam sayu.

Hayiz menyapu air matanya lalu mengimamkan solat jenazah itu. Ungkapan takbir di laungkan oleh Hayiz.

Mummy Maria masih tidak henti menangis. Habibah dan Balqis yang turut menemani Mummy Maria jelas kelihatan tangis mereka. Pemergian seorang insan yang menjadi sahabat dan selalu menceriakan hidupnya meninggalkan satu kesan yang sangat dalam buat diri Habibah begitu juga Balqis.

Usai solat jenazah, jenazah Kaisara di bawa ke tanah perkuburan Islam bagi menyempurnakan pengebumian. Hayiz turun ke dalam liang lahad yang sudah di gali bagi menyambut jenazah Kaisara. Hatinya sebak menahan tangis.

Tangannya mengais tanah menggunakan cangkul memenuhi liang lahad itu. Dia tidak dapat menahan tangisnya. Air matanya mula mengalir bersama peluh membasahi bajunya. Bayangan senyum dan tawa Kaisara bermain di fikirannya.

~~~~~

Mummy Maria memegang batu nisan yang tertera nama Kaisara. Air mata tidak henti membasahi pipi. Habibah membantu Mummy Maria berdiri. Kini giliran Hayiz melutut memegang batu nisan. Dia mengcium batu nisan itu dengan linangan air mata. Dia cuba untuk kuat tetapi keadaan mendorongnya untuk mengalirkan air mata.

Air matanya di seka. Mummy Maria menggosok belakang Hayiz bagi membantu Hayiz untuk kuatkan semangatnya.

Mereka mengatur langkah satu persatu pergi dari situ. Sempat Hayiz menoleh sekilas sebelum meneruskan langkahnya.

Sebaik sahaja mereka bergerak pulang, hujan turun membasahi bumi seperti mengiringi pemergian Kaisara.

Setibanya di rumah Mummy Maria, Hayiz menapak menuju ke arah bilik Kaisara. Pintu bilik itu dibuka lalu badannya membolos masuk. Pintu di biarkan terbuka. Setiap inci bilik itu di pandangnya. Kakinya melangkah menghampiri meja belajar Kaisara. Di situ letaknya frame gambar sewaktu pertama kali mereka keluar bersama. Ketukan pintu menyedarkan Hayiz. Pantas dia menoleh.

"Hayiz, ni ada buku catatan Kaisara yang dia letak bawah bantal wad"kata Habibah menghulurkan buku itu. Hayiz menyambut huluran itu tanpa sedikit senyum.

Dia melabuhkan duduknya di birai katil lalu membuka buku catatan itu.

Buat Hayiz Muiz suami ku tercinta,
Jikalau saya perlu pergi meninggalkan awak, saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada didalam hati awak sampai bila-bila. Jikalau pemergian saya membuatkan awak sedih dan berduka, percayalah bahawa pemergian saya ini akan diganti dengan kedatangan orang baru dalam hidup awak. Muhammad Hayiz Muiz bin Muhammad Ridzwan, sayalah 'Gadis Bertudung Merah' awak. Saya sayang awak sampai bila-bila. Kenang daku dalam doa mu.

Sejurus itu, air mata Hayiz merembes keluar. Dia menangis semahu-mahunya. Catatan itu di bawa ke pelukannya. Dia tidak bersedia akan perpisahan ini. Tetapi dia perlu kekal tersenyum kerana itulah yang Kaisara mahu.

"Kaisara akan sentiasa ada dalam hati abang. Takkan pernah ada pengganti yang mampu menggantikan sayang di hati abang. Sayanglah Gadis Bertudung Merah abang sampai bila-bila"tutur Hayiz dalam tangis.




-T̾A̾M̾a̾T̾-

Tamat sudah alkisah Gadis Bertudung Merah. Disini sis nak ucapkan terima kasih kerana menyokong Gadis Bertudung Merah sehingga habis. Mesti ramai yang tak puas hati dengan ending diakan.

Tak apalah. cerita ni sis buat melalui perasaan sis sendiri. If korang nak Gadis Bertudung Merah Season 2 komen banyak-banyak. Kalau sis berkesempatan, sis akan buat. Itupun kalau ada banyak permintaan.

Okay korang, Jumpa di cerita selanjutnya. Bye!!!☺️☺️😊😊

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now