GBM 33

2.8K 235 35
                                    

Mata Hayiz liar mencari sesuatu. Kakinya di atur ke sana ke mari. Siapa yang di cari? Laju sahaja kaki Hayiz menapak sambil matanya liar melihat ke kiri ke kanan. Langkahnya terhenti di hadapan sebuah kedai. Kedai di mana dia bertemu dengan si gadis bertudung merah buat kali kedua.

Dia melangkah masuk dengan harapan dapat bertemu dengan gadis itu lagi. Boleh di katakan satu kedai di pusingnya, tetapi tiada bayang gadis bertudung merah. Dia mengeluh hampa. Langkah di atur ke bahagian buku kanak-kanak. Dah alang-alang ada di kedai buku, bolehlah dia belikan adiknya si Everlyn tu buku baru.

Sedang dia memilih sambil berpeluk tubuh, tiba-tiba tubuhnya di langgar oleh seseorang dan berteraburlah fail dan kertas di atas lantai. Orang yang melanggar Hayiz tidak henti mengucap kata maaf. Hayiz melutut bagi membantu orang itu mengutip barang.

"Nah. Lain kali hati-hati jalan"kata Hayiz menghulurkan fail dan kertas yang di kutip kepada orang itu.

Orang itu menyambut lalu mendongakkan wajahnya memandang Hayiz dengan ucapan terima kasih. Terkedu hayiz seketika apabila melihat orang itu adalah gadis bertudung merah.

Gadis itu menarik fail dan kertas dari tangan Hayiz dengan kuat apabila Hayiz masih tidak melepaskan pegangannya. Apabila fail sudah terlepas dari tangan Hayiz, barulah Hayiz kembali ke alam nyata.

"Kai, tak sangka dapat jumpa awak lagi dekat sini"ujar Hayiz yang masih melutut di hadapan gadis itu.

Gadis itu memeluk erat fail dan kertas lalu berdiri. Hayiz juga turut berdiri. Gadis itu melangkah maju untuk beredar tetapi Hayiz pantas menghalang laluan dengan mendepakan sebelah tangannya.

"Kai, saya nak minta tolong sikit boleh?"Tanya Hayiz memandang Gadis itu atau di kenali sebagai Kai.

"Apa dia?"jawab Kai tanpa memandang Hayiz.

"Tak sesuai kita bercakap dekat sini. Jom kita pergi tempat lain"Lantas Hayiz mengambil fail dan kertas dari pelukan Kai lalu di bawa ke kaunter pembayaran untuk di bayar.

"Eh!.."itu sahaja yang keluar dari mulut Kai. Kepala yang tidak gatal di garunya.

~~~~~~

Seorang pelayan datang membawa dua gelas air lalu di letakkan di atas meja.

"Terima kasih"ucap Kai dan Hayiz kepada pelayan.

"Erm.. apa benda yang awak nak saya tolong tu?"tanya Kai.

"Oh ya! Erm.. macam mana nak minta maaf dengan perempuan eak?"tanya Hayiz.

Kai sedikit tersentak dengam soalan yang di aju oleh Hayiz.

'Apasal tiba-tiba dia tanya aku soalan macam tu? Dia ni dah ada girlfriend ke?. Tak mungkin lah... tapi.. mungkin jugak. Haish!!'bisik hati Kai.

"Kai.. kai.."sahut Hayiz melambai di hadapan mata Kai.

"Hah? Erm.. apa?"Tanya Kai kembali yang baru sahaja tersedar dari lamunan.

"Saya tanya, macam mana nak minta maaf dengan perempuan?"ulang Hayiz.

"Erm.. girlfriend awak marah awak ke?".

"Bukan girlfriend.."

"Habis tu? Kawan?".

"Bukan jugak".

"Aik! Habis tu siapa?".

"Erm.. dia ni boleh di kira teman tapi mesralah.. so, macam mana?".

"Herm.. kalau awak rasa pergaduhan awak dengan dia tu berpunca dari awak, awak cuba buat sesuatu yang dia suka untuk buktikan yang awak ikhlas untuk minta maaf. Bagi sayalahkan, perempuan ni complicated sikit. So.. kena banyak bersabar untuk buat sesuatu perkara. "ujar Kai memberi pendapat.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now