Semua mata pelajar di dalam kelas itu tertumpu pada gadis yang sedang bercakap dengan cikgu dihadapan. Kaisara menghadap pelajar di dalam kelas itu. Terus terkejut pelajar melihat Kaisara.
"Kelas, kenalkan pelajar baru kelas ni. Kamu semua pasti kenal dengan dia. Sila perkenalkan nama"ujar cikgu.
"Hye, saya Kaisara Aulia. Selamat berkenalan"kaisara membongkokkan badannya tanda salam perkenalan.
Semua pelajar diam seribu bahasa. Bukan sebab benci tetapi tidak percaya yang Kaisara dulunya hodoh kini sudah berubah menjadi cantik bak bidadari salju.
"Kaisara boleh lah duduk ya"tutur cikgu.
Kaisara mengangguk. Langkah di bawa ke arah tempat duduk kosong yang berada di belakang kelas bersebelahan tingkap. Dia tidak duduk di tempat lamanya kerana posisi kelas sudah di ubah menjadi satu meja setiap barisan.
Mata pelajar meleret memandang Kaisara yang berjalan menghampiri mejanya di bahagian belakang. Kaisara melabuhkan duduknya lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap dengan wajah kosong.
"Baik, Baik"cikgu menepuk tangan dua kali bagi mengambil perhatian pelajar kembali.
"Kita sambung kembali pembelajaran kita ya"tambah cikgu. Pelajar mula memandang ke hadapan kembali.
~~~~~~
Kaisara dan Habibah memasuki kantin. Selangkah sahaja kaki Kaisara memasuki kantin, semua mata memandangnya. Kaisara dan Habibah mengatur langkah ke arah sebuah meja kosong di pojok kantin. Sengaja dia memilih untuk duduk di situ. Malas mahu menarik perhatian ramai.
Baru sahaja Habibah mahu berdiri untuk membeli makanan, tiba-tiba mak cik kantin sampai sambil membawa sedulang makanan.
"Eh! Untuk siapa ni?"soal Habibah.
"Untuk Cik Muda Kaisara dan Habibah" kata mak cik kantin.
"Tapi kitorang tak order pun"ujar Kaisara.
Mak cik kantin itu hanya diam dan terus berlalu dari situ. Kaisara memandang sesama sendiri. Makanan di hadapannya di renung kosong.
"Kau tahu siapa yang order ni?"soal Kaisara.
"Entah. Makan je lah"kata Habibah.
"Tak nak aku. Entah-entah orang yang order ni letak julap ke.. racun ke.. kalau kau nak, kau makan lah".
"Erm.. tak jadilah nak makan"Habibah menolak makanan itu menjauh darinya dengan wajah monyok. Mana tak monyok kalau dia tak dapat makan benda yang sedap depan mata.
Kaisara mengangkat wajahnya memandang sekeliling. Pandangannya terhenti pada meja Racer yang memandangnya dan Habibah. Pandangan dilarikan.
"Bib, aku rasa.. aku tahu siapa yang order. Kau tunggu sini jap"kata Kaisara langsung berdiri.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Novela Juvenil{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...