Sudah hampir sebulan kaisara di tahan di wad dan dia terpaksa menjalani peperiksaan di hospital atas faktor kesihatan. Selesai sahaja peperiksaan di sekolah, Hayiz bergegas pulang ke rumah kerana ada satu perkara yang dia perlu bincangkan dengan ummi dan papanya.
Sesampainya di rumah, terus dia menerpa ke arah Umminya yang baru saja selesai memasak.
"Ummi. Hayiz nak kahwin".
Hampir terlepas senduk di tangan Elly apabila mendengar tutur kata dari mulut anak terunanya.
~~~~~~
Ridzwan dan Elly duduk di ruang tamu sambil memandang Hayiz. Wajah mereka sungguh tegang.
"Along dah habis fikir ke?"soal Ridzwan.
"Along dah Habis fikir pa. Please pa. Bagi along kahwin dengan Kaisara. Along nak bahagiakan dia".
"Kahwin ni bukan main-main long. Along tinggal satu lagi paperkan. Fokus pada exam dulu"kata Elly.
"Ummi please.. papa dengan Ummi tahukan keadaan Kaisara sekarang".
"Iya long.. ummi tahu. Kalau along ajak Kaisara kahwin mesti Kaisara nak along fokus dekat exam dulu. Nak membahagiakan seseorang bukan dengan berkahwin je long"balas Elly sebaik mungkin. Takut terguris hati anaknya itu.
"Ummi.. papa.. tolong.. kali ni along mintak dengan Ummi dan papa. Tolong pinangkan Kaisara untuk along. Along nak bahagiakan dia."tutur Hayiz dalam tangis. Kepalanya ditunduk memandang lantai.
Elly dan Ridzwan memandang sesama sendiri. Baru kali ini mereka melihat anaknya menangis kerana seorang gadis. Mereka kenal dengan Kaisara. Sepanjang berkerjasama dalam bidang perniagaan, tiada satu pun kesulitan yang Kaisara lakukan.
"Baiklah along, papa dengan ummi akan pinang kaisara untuk along. But you must focus on your last paper exam. Yang lain serahkan dekat Papa dan Ummi"kata Ridzwan memutuskan.
"Thanks pa, ummi"Hayiz mendapatkan Ridzwan dan Elly lantas memeluk kedua ibu bapanya itu erat.
~~~~~
Hayiz dan yang lain berkumpul di perpustakaan untuk belajar berkumpulan sebelum menempuh kertas akhir esok.
"Hayiz, aku dengar kau nak kahwin lepas last paper esok, betul ke?"tanya Imran.
"Ye, betul"jawab Hayiz bersahaja.
"Aku ada dengar jugak yang parent kau masuk meminang kaisara, betul ke?".
"Ye, betul"jawab Hayiz lagi. Matanya fokus pada buku pembelajaran.
"Aku dengar-"
"Eh! Berapa banyak soalan da..."sampuk Iskandar.
"Entah! Serabut tahu tak, duk aku dengar, aku dengar. Aku lempang karang"tambah Safwan.
"Lempanglah, kalau korang pengsan bau stokin aku, aku tak tanggungjawab"ugut Imran pula dengan senyum senget.
Iskandar dan Safwan memandang Imran tidak puas hati.
"Macam manalah Balqis boleh jatuh cinta dengan kau"kata Iskandar.
"Itu sebab aku guna senjata rahsia aku. Kau apa tahu".
"Hish! Korang bertiga ni nak belajar ke nak membawang"kata Hayiz yang sudah serabut dengan tiga sekawannya yang memekak.
"Untuk jawapan Imran, semuanya ya. Aku akan kahwin dengan Kaisara lusa dekat hospital. Dah, puas dengan jawapan aku. Sekarang korang fokus belajar sebelum sekor-sekor aku campak dalam kolam ikan"bebel Hayiz.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Novela Juvenil{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...