Sudah beberapa hari berlalu, Habibah datang menjenguk keadaan K.A yang dikatakan masih sama dengan beberapa hari lepas oleh Mummy Maria. Mummy Maria datang ke ruang tamu sambil mendulang air. Dulang air di letakkan di atas meja kopi lalu menuangkan air ke dalam cawan.
"Mummy, K.A macam mana?"tanya Habibah.
"Macam tu lah Bib, puas Mummy pujuk. Keadaannya tetap sama. Asyik termenung je dekat tepi kolam tu"mereka berdua memandang ke arah kolam di mana K.A sedang duduk termenung memeluk lutut.
"Banyak betul dugaan K.A kan Mummy. Bib yang selalu ada dengan dia pun rasa simpati. Tapi, K.A selalu senyum. Macam dia tak pernah ada masalah langsung"kata Habibah. Matanya masih lagi terarah pada K.A.
"Mummy rasa terkilan, sebab waktu Anak mummy sedih, mummy tak ada dengan dia. Mummy suka berfoya. Tak fikir tentang anak mummy sendiri"Mummy Maria menunduk kesal.
"It's okay Mummy. Sekarang mummy dah ada di samping K.A waktu K.A perlukan Mummy"pujuk Habibah.
Tiba-tiba kedengaran deringan telefon bergema di ruang tamu. Mummy Maria bangkit dari duduknya mendapatkan telefon yang tidak henti berdering.
Habibah bangun dari duduk lalu menapak menghampiri K.A di tepi kolam. Dia melabuhkan duduknya di sisi K.A. Habibah memandang K.A yang kelihatan tidak terurus. Wajah yang pucat dan tidak terjaga. Rambutnya nak hampir sama dengan hantu kak limah.
"K.A, sampai bila kau nak termenung macam ni? Kau tak nak ke tunjukkan dekat diorang diri kau yang sebenar. Biar ternganga sikit mulut diorang yang buli kau tu. Terutamanya si buaya darat tu"tutur Habibah. K.A hanya diam.
"Aku kesian tau tengok kau macam ni je. Dah nak masuk seminggu tau kau macam ni. K.A yang aku kenal tak macam ni tau"tambah Habibah lagi.
"K.A yang kau kenal dah mati"ujar K.A tanpa memandang Habibah.
"Honey, pergi naik siap. Atok nak datang"sahut Mummy Maria dari muka pintu gelangsar.
Pantas K.A berpaling. Orang yang dia rindukan selama ini akan datang menjenguknya. Tanpa berkata apa, pantas K.A bangun lalu mengatur langkah laju memasuki rumah menuju ke biliknya.
"Haih.. nampaknya Atok sajalah yang mampu menarik perhatian K.A sekarang ni."kata Habibah.
~~~~~~
Setiap hari minggu, Racer akan ke litar untuk menjalani latihan sebelum perlumbaan yang akan berlangsung lagi dua minggu. Imran yang sedang mengilap motornya terpandang akan Hayiz yang asyik termenung sahaja. Beberapa hari ni, dia perhatikan Hayiz sering sangat termenung. Risau pula hatinya. Takut-takutlah Kawannya itu dah mula angau. Kain lap yang berada di tangannya di gumpalkan lalu di balik tepat ke wajah Hayiz.
"Oi!"kata Imran seraya membalik kain lap.
"Ish! Kau pahal"Hayiz membaling kembali kain kepada Imran.
"Kau tu pahal. Termenung je dari tadi. Kau fikir pasal siapa?"tanya Imran.
"Tak de apalah"jawab Hayiz. Dia menyambung kembali kerjanya mengilap motor.
"Yiz, kalau kau menungkan si K.A tu.. baik kau lupakan jelah. Dia dah cakap yang dia tak akan maafkan kita sampai mati. Lagi pun, kau bukannya suka dekat dia punkan"kata Iskandar.
Hayiz hanya diam. Memang dia tengah fikirkan K.A. Dia tidak nafikan yang dia sekarang ni di belenggu rasa bersalah. Sudah puas dia bertanya pada Habibah tentang alamat rumah Mummy K.A. Tetapi, sikit pun Habibah tidak mahu buka mulut.
"Is, apa cerita pasal pertunangan kau tu?"tanya Safwan.
"Entah. Malas aku nak fikir. Benda aku tak suka, aku tak akan fikir"jawab Iskandar mendatar.
"Kau tak nak bagitahu Bib ke hal ni?"terhenti tangan Iskandar mendengar soalan yang keluar dari mulut Hayiz.
"Aku... aku tak nak dia sakit hati. Biarlah dia benci aku sebab aku jarakkan diri dengan dia. Bukan sebab pertunangan tu".
"Is, kau sedar tak apa yang kau buat? Kau tak kesian dekat dia ke? Lama tau dia tunggu kau"kata Safwan.
"Aku lebih kesian kalau dia tahu aku akan bertunang. Dah lah weh! Aku tak nak fikir pasal ni".
~~~~~~~
"Assalamualaikum..."sahut satu suara dari luar rumah.
K.A pantas mengatur langkah menuju ke arah pintu. Daun pintu di kuak dan terpancul wajah yang amat di rinduinya.
"Atok" lantas K.A menyalami tangan atoknya lalu memeluk atok ya erat.
"Atok.. K.A rindu atok"ujar K.A meleraikan pelukan.
"Atok pun rindu dengan cucu atok sorang ni. Mummy mana?".
"Ada dekat dalam. Jom masuk atok. Banyak sangat benda K.A nak cerita dekat Atok"tutur K.A tersenyum.
Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah. Seorang lelaki berbadan tegap turut mengekori dari belakang sambil membawa beg pakaian milik bossnya.
"Assalamualaikum Dato'sri"ujar Habibah yang duduk di ruang tamu terus berdiri dengan badan di bongkokkan serta tangan kanan di silang ke dada kiri.
"Wa'alaikumsalam.. kamu tak payah nak panggil Dato'Sri sangatlah".
"Alah atok ni. Bib nak bergurau sikit pun tak boleh".K.A ketawa kecil. Tersentak Habibah seketika apabila melihat K.A ketawa buat pertama kali setelah hampir seminggu tanpa tawa.
"Abah!! Rindunya Mar dekat abah!"sahut Mummy Maria berlari anak mendapatkan ayahnya.
"Tak payah nak rindu sangatlah. Mana pergi jantan kau tu. Dah mampus ke?"sindir Dato'Sri Nizam.
"Ish! Abah ni. Tak baiklah doa macam tu. Mana ada Mar keluar dengan lelaki".
"Kau tu anak aku. Aku kenal sangat dengan perangai kau tu".
Mummy Maria hanya tersengih menayangkan sebaris gigi. Dia tidak pernah nak terasa dengan abahnya. Dia tahu, itulah cara abahnya untuk bergurau dengannya.
Mereka duduk di ruang tamu. Habibah membawa sedulang air lalu di letakkan di atas meja kopi. Dia mengcapai secawan teh lalu di berikan kepada bodyguard Dato'Sri Nizam yang duduk di meja makan.
"Ada apa atok datang ni. Mustahil atok datang saja-sajakan"soal K.A.
"Eh? Salah ke atok datang nak jenguk cucu atok. Dengar cerita putus cinta"perli Dato'Sri Nizam.
"M..mana atok tahu?"anak mata K.A bergerak memandang Habibah.
"Bib! Kau bagitahu atok ea? Sampai hati kaukan"rajuk K.A.
"Dah tu, kau dah macam mati laki dah aku tengok. Aku bagitahulah atok".
"Dah.. tak payah nak merajuk. Atok dah tahu semuanya. Pengetua pun dah cerita dekat atok apa jadi dengan K.A masa di sekolah".
Terbuntang mata K.A memandang atoknya. Dia mula risau takut atok memarahinya kerana telah mencalarkan nama baik keluarga.
"Atok datang pun bersebab juga. Atok nak K.A terima jawatan pengarah syarikat Laskar Pura."
"Tapi.. K.A tak sedia lagilah".
"Kali ni atok tak terima penolakan. Esok K.A akan tandatangan jawatan pengarah. And, as director, you must be good looking. I will change you from head to toe"tutur Dato'Sri Nizam.
"Hah?!" K.A terkejut. Sudah banyak kali atoknya menyuruhnya untuk menerima jawatan pengarah itu. Disebabkan umurnya yang masih muda, dia menolak untuk menjadi pengarah Laskar Pura. Tetapi kali ini, dia tidak dapat menolak lagi.
Apa akan jadi dengan kisah Iskandar dan Habibah? Kerana K.A adalah satu-satunya cucu Dato'Sri Nizam, dia terpaksa menerima jawatan itu. Adakah kehidupan K.A akan berubah 360 darjah? Nantikan new K.A beraksi.
Sorrylah kalau cerita sis makin lama makin mengarut. Sis main tulis je apa idea yang keluar dari otak sis ni.
Xoxo❤️
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Teen Fiction{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...