GBM 3

3.5K 279 12
                                    

Kereta Audi R8 memasuki kawasan perumahan kondo mewah. Kereta di parking di bahagian basement. Beg di tempat duduk sebelah di ambil. Kaki melangkah keluar dari kereta dan di atur memasuki lif.

Sampai sahaja di tingkat 5, K.A menuju ke arah rumahnya. Kunci rumah di buka. Daun pintu di kuak tersergam indah rumah yang didiami oleh K.A dekorasi yang elegent, sesuai untuk K.A yang hanya tinggal sendirian.

A yang hanya tinggal sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mesti tertanyakan kenapa K.A di tinggal seorang diri, ha.. nanti author bagitahu.

K.A membuka mask lalu di buang ke dalam tong sampah. Kunci rumah di letakkan di atas bar. Badan di rebahkan di atas sofa. Baru sahaja dia mahu lelapkan mata, telefonnya berdering. Tertera nama atok di skrin telefon.

"Hello Assalamualaikum".

"Wa'alaikumsalam.. cucu atok apa khabar? Sihat? Duit belanja ada lagi ke?"tanya Atok melalui corong telefon.

"K.A sihat je tok, duit belanja ada lagi. Duit yang atok bagi bulan lepas pun tak berusik lagi. Duit hasil lukisan K.A pun tak bersentuh lagi".

"Duit lukisan tu, K.A simpan. Duit yang atok bagi tu K.A guna untuk belanja. Mummy ada call?". Terus mati senyuman K.A apabila di tanya soal Mummynya.

"Buat apa dia nak call K.A tok. Dia dah ada boyfriend baru buat apa dia fikir pasal anak dia ni. Daddy baru je meninggal tahun lepas. Terus mummy buat hal cari anak ikan. Mummy tu tak sedar ke umur dia tu dah meningkat. Dah lah boyfriend dia tu muda lagi"bebel K.A tidak berpuas hati. Ha.. itulah sebabnya kenapa K.A memutuskan untuk tinggal sendiri.

"K.A.. walau seteruk mana pun mummy K.A tu, dia tetap mummy K.A. Dia yang melahirkan K.A".

"Atok, pantas ke dia dipanggil mummy. Bawak lelaki balik rumah. Sebab tulah K.A decide nak tinggal sendiri".

"Macam ni lah. Walaupun K.A tak suka mummy tu, boleh K.A janji dengan atok yang K.A tak akan kurang ajar dengan mummy".

"Tengok lah macam mana tok, K.A nak pergi masak ni. Nanti apa-apa K.A call atok lagi".

Sebaik saja mengucap salam, terus talian di matikan. K.A bangun dari pembaringan lalu mencampakkan telefonnya ke tepi. Dia bangkit dari duduk, kaki di hayun melangkah menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Tudung sekolah di tanggalkan lalu di masukkan kedalam bakul. Tuala mandi di capai dan terus memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri.

~~~~~~

Hayiz keluar dari biliknya menuruni tangga. Dia yang sudah siap menyalin pakaian menuju ke arah ruang tamu.

"Ummi, Hayiz keluar kejap. Nak jumpa kawan"pinta Hayiz.

"Okay, jangan balik lambat sangat. Nanti papa bising"ujar Elly.

"Okay Mi, Hayiz pergi dulu"Hayiz menyalami tangan Umminya dan terus keluar rumah. Sempat dia mencubit pipi adik bongsunya Everlyn.

"Mi, Along pergi mana?"Tanya Elina yang muncul dari tandas bawah.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now